20 Pilihan Hadiah Untuk Lelaki Murah, Simple Dan Eksklusif. Confirm Mereka Gembira

Kadang-kadang rasa agak buntu nak cari hadiah untuk lelaki. Apa sebenar keinginan mereka, perlukah diberikan hadiah mahal atau sekadar ikut kemampuan? Bagaimana penerimaan golongan ini yang sememangnya kita tahu tak begitu cerewet bab hadiah.

Tetapi sebenarnya memang agak susah nak cari hadiah apa sesuai diberikan untuk lelaki. Walaupun dalam hati kata tak kisah beli apa pun, tapi mereka ini sebenarnya golongan yang sangat cerewet. Kalau boleh mahukan sesuatu yang berbaloi untuk digunakan.

Dan bagi sis hadiah untuk mereka ini harganya bukan jenis yang murah, tapi kebanyakan yang jadi keinginan dan keperluan mereka agak mahal harganya. Setanding dengan kedudukan lelaki itu yang berada dalam kelas tersendiri.

Jadi sebab dah memang sayang, soo mahal macam mana pun kita akan cuba beli ikut kemampuan. Mungkin kena kumpul duit setahun untuk dapatkan hadian yang betul-betul digemari oleh mereka.

Bagi yang kering idea tak tahu nak bagi hadiah untuk lelaki, sis ada buat survey dalam media sosial. Rata-rata yang bagi jawapan ini antara senarai hadiah untuk lelaki yang boleh kita berikan pada insan kesayangan ini.

Moga pemberian diberi berbaloi untuk buat mereka gembira dan tersenyum sampai ke telinga. Confirm andalah insan paling dicintainya till jannah. Tak percaya boleh cuba buat.

Baca Juga: Rahsia Hubungan Kekal Lama & Sentiasa Bahagia

Kena Cari Hadiah Ikut Hobi Lelaki?

Ada juga yang setuju benda ni. Kalau nak cari hadiah untuk lelaki atau suami murah atau mahal, lelaki kena follow karakter dan hobi , mereka. Ini bagi elak pembaziran. Contohnya suami atau pasangan jenis minat kereta atau motor, jadi kita boleh beli alatan hiasan untuk hobi berkenaan. Mungkin sesuai dijadikan hadiah untuk suami.

hadiah untuk lelaki

Namun begitu, bukan semua harga alatan hiasan ini murah dan harganya agak tinggi. Tapi kalau dah sayang tiada yang mustahil. Mungkin boleh beli topi kaledar secara berpasangan untuk menghargai hobi mereka ini. Atau juga belikan pewangi kereta yang diminati dan harganya pasti mampu milik.

Tapi awas kalau jenis pasangan yang hobinya suka gajet, terutama bertukar-tukar jenis smart phone. Jika mampu tak kisah boleh belikan, Kalau tak cukuplah sekadar casing phone atau yang boleh jadi kegunaannya seperti cable, atau smart phone yang mampu milik. Kata sayang, jadi tak mustahil untuk kita carikan hadiah eksklusif untuk lelaki yang juga insan kita sayang.

Idea Barangan Hadiah Untuk Lelaki

1. Jam Tangan

Jam tangan adalah hadiah yang praktikal dan berguna. Pilihlah antara rekaan yang klasik atau moden, mengikut citarasa penerima.

2. Pakaian Berkualiti Tinggi

Pakaian seperti jubah kulit, jaket berkualiti tinggi, atau kemeja berjenama boleh menjadi pilihan yang hebat.

3. Perkakas atau Alat DIY

Jika penerima suka melakukan kerja-kerja tangan, berikanlah perkakas berkualiti tinggi atau set alat DIY yang komprehensif. Ini antara hadiah untuk lelaki diy yang paling digemari oleh lelaki untuk ujia kreativiti mereka.

4. Barang Elektronik

Peranti seperti telefon pintar terkini, tablet, atau aksesori elektronik boleh menjadi pilihan yang berguna.

5. Perisian atau Permainan Video

Jika penerima adalah peminat teknologi atau gamer, pertimbangkan untuk memberikan perisian atau permainan video popular.

6. Alat Muzik

Gitar, piano, atau alat muzik lain boleh menjadi hadiah yang menginspirasi untuk mereka yang berminat dalam seni muzik.

7. Buku atau E-book

Pilihlah buku mengenai topik yang diminati oleh penerima, sama ada fiksyen atau buku berkaitan ilmu pengetahuan.

8. Peralatan Sukan atau Aktiviti Luar

Pilihlah alat untuk aktiviti seperti mendaki, berbasikal, atau memancing, sesuai dengan minat penerima.

9. Pakej Pengalaman atau Percutian

Hadiahkan pakej percutian atau pengalaman yang istimewa, seperti perjalanan ke destinasi eksotik atau aktiviti menarik. Ia juga menjadi hadiah untuk lelaki bersara apabila tiba masanya nanti. Pergilah dengan pasangan dan pastinya percutian jadi lebih bermakna.

10. Set Grooming atau Perfume Berkualiti Tinggi

Berikan set grooming lengkap atau botol parfum berjenama yang eksklusif.

11. Aksesori Kulit atau Dompet Berkualiti Tinggi

Dompet kulit, kasut, tali pinggang, atau beg tangan berkualiti tinggi boleh menjadi pilihan elegan.

12. Kursus atau Kelas Kreatif

Berikan penerima peluang untuk mempelajari kemahiran baru, seperti masakan gourmet, fotografi, atau seni lukisan.

13. Subscription atau Keahlian Premium

Berikan langganan untuk perkhidmatan atau keahlian premium, seperti langganan saluran streaming, kursus dalam talian, atau keahlian gimnasium.

14. Peralatan Elektronik Dapur atau BBQ

Jika penerima suka memasak, pertimbangkan untuk memberikan peralatan elektronik dapur berkualiti tinggi atau set BBQ yang canggih. Pastinya jika diberi ini ia jadi hadiah untuk lelaki dan perempuan yang paling best untuk lakan aktiviti outdoor bersama-sama.

Baca Juga: 10 Idea Dulang Hantaran Tunang Terkini Yang Simple Dan Praktikal

Idea Hadiah Mampu Milik, Simple & Eksklusif

Oh ye merujuk pada survey yang sis buat di media sosial, rata-rata sahabat memberi pelbagai idea untuk kita berikan sebagai hadiah untuk lelaki. Ramai yang memberi pandangan berikan sahaja hadiah yang mampu milik dan tidak membebankan si pemberi.

Sis senaraikan idea atau cadangan hadiah untuk kita berikan pada mereka ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kerana golongan ini memang agak cerewet dalam menerima barangan daripada pasangan masing-masing.

1. Jika mampu boleh belikan sahaja Smart Watch terutama yang ada aplikasi penuh untuk monitor tahap kesihatan masing-masing. Confirm dia insan paling dicintai jika dapat memberikan ini sebagai hadiah. Ia juga mungkin menjadi hadiah untuk lelaki hari jadi

2. Untuk yang mementingkan gaya, apa kata hadiahkan kaca mata hitam. Kalau boleh beli mengikut jenama yang digemari mereka. Contohnya Ray Ban atau Polaroid atau jenama Oakley, ini antara jenama kaca mata hitam paling digemari lelaki.

3. Untuk yang sentiasa mahukan penampilan sentiasa bersih dan wangi, korang juga boleh berikan perfumed yang disukainya. Kalau boleh beli size kecil sahaja dan jika habis boleh belikan dengan jenama yang lain. Lelaki suka bauan yang lebih macho dan seksis.

4. Lihat dulu jika wallet mereka masih dalam keadaan baik atau tidak. Ini kerana mereka memang suka pakai wallet ini hingga berpuluh tahun dan selagi tidak rosak. Walau nampak lusuh tetapi tidak ada keperluan untuk mereka membelinya yang baru. Mungkin jika korang yang memberinya, si dia akan hargai pemberian ini tak kisah mahal atau murah

5. Bagi yang sukakan aktiviti luar, boleh sangat belikan sneaker yang menjadi kegemaran. Atau lebih romantis, korang nak penampilan sama jika mahu keluar staycation. Belikan jenama yang digemari dan berbaloi pakai untuk tempoh lama. Jika suka denga aktiviti lasak seperti larian, korang boleh pilih sport shoes yang disukai seperti jenama Axis, Adidas atau Nike. Kalau dapat beli yang limited edition lagi dia bertambah sayang.

6. Pasangan korang jenis suka pakai Cap? Jika ye senang untuk berikan dia hadiah ini. Belikan cap yang paling latest design dan jenama yang digemarinya. Walaupun dah ada banyak cap, tetapi mereka senang untuk menjadikan ia sebagai koleksi kesayangan.

7. Rata-rata ramai yang gemar pakai sweater. Ini juga hadiah untuk lelaki yang paling praktikal. Boleh digayakan untuk sebarang jenis event santai atau ketika keluar berduaan dengan pasangan. Dapat yang design sama lebih romantik gitew.

8. Kalau tak mahu hadiahkan wallet, korang juga boleh hadiahkan sling bag. Ini antara aksesori hiasan yang jadi keperluan masa kini. Jika sayang, hadiah yang berjenama tanda kasih dan cinta pada pasangan. Mungkin boleh menabung untuk membeli jenama yang disukai pasangan. Jadikan ia sebagai hadiah birthday untuk lelaki yang merupakan insan kesayangan korang kan.

9. Boleh juga hadiahkan barangan yang dijadikan sebagai koleksi kesayangan. Seperti pandangan seorang sahabat lelaki, mintak diberikan kereta hiasan R34. mungkin ini akan menggembirakan si dia walaupun sekadar kereta mainan. Atau komik StarWars seperti yag diberi kepada Abah sempena hadiah hari jadi pemberian anak-anak. Tidak mahal tetapi kepada peminat siri ini pastinya mampu buat mereka tersenyum gembira. Atau buku berunsur keagamaan seperti Sirah Rasulullah. Pastinya ini menjadi hadiah untuk lelaki Islam yang amat bermanfaat.

hadiah untuk lelaki
Koleksi buku SW untuk hari jadi Abah.

10. Barangan lain yang boleh diberi adalah shaver kit. Nampak simple tetapi sangat berbaloi untuk dimiliki. Mungkin juga sebagai satu sign menyuruh pasangan kita sentiasa nampak bersih serta kemas dalam penampilannya agar sedap mata memandang.

11. Salah satu hobi mahai yang sering menjadi minat lelaki adalah memancing. Korang juga boleh hadiahkan set memancing dari jenama Shimano Stella yang berharga ribuan ringgit. Jika dapat berikan pada kaki pancing, pastinya pemberian ini akan dikenang till jannah.

Baca Juga: https://surihack.com/kasih-sayang-dan-cinta-perlu-sentiasa-dibaja/

Tip Beli Hadiah Untuk Suami

1. Beli Ikut Kemampuan

Walaupun untuk yang tersayang, kita kenalah ukur baju di badan sendiri. Biarlah bajet mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Kalau betul nak beli yang mahal, pastikan korang menabung sedikit demi sedikit. Tapi kalau ada bajet, boleh je beli yang lebih mahal dan berkualiti.

2. Beli Ikut Citarasa Pasangan

Kalau boleh beli hadiah untuk lelaki ini biarkan ikut taste mereka. Bukannya apa, kalau tak pakai atau tak guna buat korang sakit hati pulak nanti. Tanya je apa diorang nak untuk hadiah hari jadi atau ulang tahun perkahwinan. Ada jenis tak kisah, belikan apa saja dan ada pula agak cerewet bab ini.

3. Beli Barang Yang Si Dia Tak Pernah Pakai/Miliki

Ini lagi memudahkan kerja. Kena perhatikan apa barangan yang dia jarang atau tak pernah pakai atau miliki sebelum ini. Contohnya kasut atau baju atau jersey jenis limited edition yang hanya ada beberapa helai dijual di pasaran. Jika anda mampu membelinya, pasti anda akan jadi kesayangan dan dihargainya sepanjang tahun.

4. Elak Beli Perfume Atau Cologne Tanpa Rasa

Bau adalah keutamaan peribadi. Mengambil risiko membeli wangian tanpa pengetahuan pasti tentang pilihan penerima boleh menjadi risiko. Dan lelaki juga agak cerewet bab pemilihan perfume ini. Kalau tidak kena dengan cita rasa mungkin tidak akan dipakai.

5. Pakaian Dalam Tak Sesuai

Pilihan yang agak peribadi dan boleh menimbulkan keengganan jika tidak sesuai dengan citarasa atau saiz. Bab ini, biarlah mereka saja yang membelinya kerana tahu mana paling bersesuaian.

6. Beli Mainan Atau Barang Kanak-Kanak

Kebarangkalian penerima tidak berminat dalam mainan atau barang kanak-kanak adalah tinggi, kecuali jika ia diminta secara khusus. Atau ada barangan yang limited edition, pasti sukar untuk si dia menolaknya bukan?

7. Pakaian Dengan Saiz Tidak Sesuai

Elakkan membeli pakaian tanpa mengetahui saiz yang tepat. Ia mungkin tidak sesuai dan sukar ditukar. Kalau nak beli baju, pastikan tahu size yang design dan jenama yang sering jaga kegemarannya. Misalnya dia suka pakai jenama Nike atau Adidas, jadi jika ada new item terus je lah beli sebagai hadiah.

Sambutan simple tapi cukup bermakna

Walau apa barangan atau hadiah sekalipun yang diberi, yang penting nawaitu adalah untuk menggembirakan pasangan. Bukannya setiap bulan nak kena bagi hadiah, tapi khusus untuk hari-hari tertentu saja seperti hadiah hari jadi atau ulang tahun perkahwinan. Murah atau mahal yang penting dari pemberian itu adalah ikhlas.

Leave a Comment

error: Content is protected !!