Tonsil atau tonsilitis adalah gumpalan tisu limfoid yang terletak di bahagian tekak (orofarinks). Ia juga merupakan antara sistem imun tubuh badan yang paling penting. Rupanya ramai tak tahu sakit tonsil juga boleh sebabkan kematian jika tidak dirawat segera.
Kedudukan Dan Size
Setiap dari kita mempunyai 2 biji tonsil berbentuk bujur dan terletak di dinding sis tekak (orofarink di antara tiang anterior dan tiang posterior).
Size sebenar tonsil adalah lebih besar dari apa yang biasa kita lihat. Ini kerana kedudukannya memanjang ke arah lelangit, memanjang ke arah pangkal lidah dan memanjang ke arah lengkung palatoglosal di sisi.
Fungsi Utama
- Bangunkan sis keimunan dan antibodi badan (peringkat awal usia)
- Melindungi saluran pernafasan dengan mengawal pintu laluan udara pernafasan
- Membentuk sel limfosit dan plasma untuk pertahanan badan.
- Pantau dan beri amaran pada badan jika ada jangkitan bakteria masuk melalui udara dan makanan.
Masalah Radang Tonsil
Tonsil ini juga menjadi benteng atau dinding untuk elak organisme seperti kuman, bakteria dan virus yang boleh sebabkan jangkitan. Jika ini berlaku akan menyebabkan korang terkena radang tonsil. Biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak, remaja dan belia dan jarang berlaku pada Warga Emas.
Dan selalunya juga masalah kesihatan ini berlaku hanya bersifat jangka pendek saja. Antara simptomnya permukaan tonsil akan kelihatan merah cerah dengan bintik putih serta garis nanah yang menyebabkan kesakitan.
Radang tonsil ini juga sangat bahaya jika tidak dirawat dengan segera. So korang kena segera jumpa doktor jika berdepan masalah kesihatan ini. Barulah radang tonsil sembuh seperti sediakala. Jika berlarutan juga boleh menyebabkan masalah kanser.
Simptom Dan Komplikasi
Korang kena alert jika terkena radang tonsil dan antara simptomnya termasuk:
- Kelenjar limfoid membesar
- Tonsil membengkak
- Berubah warna merah dengan bintik putih serta garis nanah
- Timbul ulser pada sekitar kawasan tekak
- Sukar menelan makanan dan minuman pejal
- Hilang selera makan
- Suara berubah garau
- Nafas berbau busuk
- Sakit tekak
- Sakit telinga
- Sakit perut
- Pening kepala
- Demam panas
- Lemah badan
Dan antara komplikasi mungkin berlaku adalah kesukan bernafas disebabkan saluran pernafasan tersekat gara-gara tonsil yang bengkak. Boleh berlaku semasa sedar atau sedang tidur.
Boleh Sebabkan Kematian
Jika tak dirawat dan tonsilitis jadi lebih teruk boleh bawa maut. Ini kerana risiko saluran pernafasan penderita yang tersekat disebabkan tonsil yang bengkak masih lagi tinggi.
Lebih berisiko kalau terjadi waktu sedang tidur kerana tidak sedar dan tak mampu mintak pertolongan. Jadi bagi yang mengalami masalah ini jika teruk teruslah berjumpa dengan doktor. Ingat ia bawa maut jika tidak dirawat dengan segera.
Seperti juga tonsil, ulser juga ada bahayanya. Ulser boleh muncul pada sebelah dalam pipi, hujung lidah atau pada pangkal gusi.
Secara amnya tidak bahaya tetapi boleh ganggu keselesaan terutama pada kanak-kanak kerana sukar untuk makan dan minum dan juga tidur. Ada diantara masalah ulser mulut bayi ini berulang-ulang dan selalunya diwarisi daripada keluarga.
Keperluan Pembedahan Buang Tonsil
Ini Perlu Buat Kalau Sakit
1. Rehat Secukupnya
Selalunya sakit di bahagian ini akan datang dengan demam panas atau gejala lain seperti hilang selera makan dan bengkak pada bahagian sekitar leher.
2. Minum Air Kosong
Pengambilannya boleh kurangkan risiko dehidrasi. Jadi minum lebih banyak air masak untuk elak masalah ini berlaku.
3. Habiskan Antibiotik
Jika berjumpa doktor korang akan diberi ubat antibiotik jika disebabkab masalah jangkitan bakteria. Sangat penting untuk bunuh bakteria dan elak jangkitan berulang. Jadi sila habiskan antibiotik mengikut masa telah ditetapkan.
4. Ambil Makanan Lembut
Korang kena ambik makanan lembut sepetti aiskrim, bubur atau sup sayur yang boleh beri kelegaan pada tekak waktu makan. Ini akan bekalkan tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Jadi sepanjang beberapa hari diserang masalah kesihatan ini, ambillah makanan lembut dan elak yang keras.
Petua Tradisional Atasinya
Untuk legakan masalah ini, korang juga boleh cuba beberapa petua semulajadi yang confirm selamat. Selain berjumpa doktor, ini juga ikhtiar yang boleh kita lakukan.
1. Guna Daun Pudina
Ambil segenggam daun pudina, didih bersama secawan air. Kemudian tapis dan tambah satu sudu madu. Minum dua hingga tiga kali sehari. Daun pudina mempunyai kandungan bakteria, jadi virus yang membiak pada bahagian ini dapat dihapuskan.
2. Kulit Kayu Manis
Campurkan satu sudu kulit kayu manis dan dua sudu madu ke dalam secawan air panas. Amalkan pengambilan dua hingga tiga kali sehari selama seminggu untuk mendapatkan kesan yang efektif.
3. Kunyit Serbuk
Ambil satu sudu kunyit serbuk dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Amalkan dua kali sehari untuk mendapat kelegaan dengan cepat. Kandungan penyembuh yang ada pada kunyit mampu melawan pembiakan bakteria dan virus yang menyumbang kepada jangkitan. Bengkak akan berkurang dengan pengambilan kunyit kerana ia membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh anda.
Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info