Smoked Kingdom by Don Daniyal Perkenal Menu ‘Kepak Ayam’ Rai Ulang Tahun Ke 3

Smoked Kingdom | Ustat Don Daniyal bukan saja hebat dalam menyampaikan ilmu dakwah dengan cara tersendiri, tetapi juga figura ini boleh dicontohi dalam dunia bisnes.

Membuka Smoked Kingdom by Don Daniyal seminggu sebelum pasca Covid, iaitu tiga tahun lalu sebagai satu langkah berani kerana tidak goyah walau negara dilanda krisis hebat dan mampu bertahan sehingga kini.

Ternyata usaha tiga tahun lalu membuahkan hasil apabila masih boleh survive dengan membuka bukan satu tetapi sudah ada tiga cawangan.

Baca Juga: Resepi Ayam Goreng Kunyit Rangup Guna Tepung Bestari. Rasa Memang Padu

Ulang Tahun Ketiga Smoked Kingdom by Don Daniyal

Dalam perkongsian ketika menyambut ulang tahun ketiga di cawangan Shah Alam, beliau bersama rakan kongsi membuka cawangan pertama di tepi Tasik Putrajaya.

Siapa sangka seminggu selepas buka di sana, negara dianda Covid-19 hingga menyebabkan berlakunya PKP. Namun walaupun waktu PKP, Smoked Kingdom tidak pernah menghentikan operasi dan tetap berjalan seperti biasa.

“Pelbagai usaha dilakukan sepanjang tempoh itu dan alhamdulillah. Kata orang tua-tua, kalau time PKP boleh survive, keadaan selepas itu boleh bertahan.

“Kami membuka cawangan kedua pada September 2021 di Vista Alam, Shah Alam dan kemudian cawangan ketiga pula di Wangsa 118. Di sini agak lain kerana berkonsep ‘fine dining’ dengan pemandangan indah dari puncak bangunan, jadi bagi yang nak merasai suasana itu boleh datang je ke sana,” katanya di majis sambutan ulang tahun ketiga baru-baru ini.

smoked kingdom

Menurutnya, ketiga-tiga restoran ini mempunyai lebih daipada 80 jenis pilihan makanan dan minuman hingga mendapat tempat istimewa di kalangan penggemarnya.

Menu yang cukup istimewa dan terkenal adalah Youyu Melted Steak yang dihidangkan dengan daging berkualiti tinggi yang cukup leemput dan seperti cair dalam mulut pada setiap gigitannya.

Justeru dalam majlis berkenaan, turut diraikan pelanggan setia yang selama ini tidak putus-putus memberikan sokongan padu. 

Baca Juga: https://surihack.com/chilli-butter-cream-clam-two-sons-bistro/

Perkenal Menu Baru Kepak Ayam 4 Rasa Berbeza

Sebagai menambah hidangan sempena sambutan ulang tahun kali ini, juga turut memperkenalkan menu terbaru iaitu ‘Kepak Ayam Ranggi atau Manis. Menu edisi serhad ini didatangkan dengan 4 rasa iaitu Oppa Spices, Fiery Perry, Hunny Lemon dan Cheesy Sensation pada carga RM17.90.

“Sebagai penggemar kepak ayam dan pemilik restoran ini, saya amat gembira dengan menu yang terhasil ini. Menu terbaru ini adalah bagi membawa sedikit kelainan untuk ulang tahun ke-3 Smoked Kingdom dan diharapkan dapat menambat hati pelanggan baru dan sedia ada,” tambah Ustaz Don Daniyal yang turut memotong kek bersama rakan kongsi sempena sambutan ulang tahun kali ini.

smoked kingdom

smoked kingdom

Selain itu, bagi yang pertam kali datang, boleh turut mencuba menu lain seperti sajian Azian, Dessert, pasta, burgers dan juga appetizer. Juga boleh menikmati salina seperti Japanese Youtu Steak, Smoked Duck Carbonara, Smoked Duck Masak Lemak yang ditawarkan pada harga cukup berpatutan.

Dan yang pasti semua makanan dihidangkan adalah 100% barbecue halal yang boleh dinikmati seisi keluarga. Jadi bagi peminat setia Ustaz Don Daniyal, boleh berkunjung ke Smoked Kingdom, mana tahu rezeki berjumpa pemilik restoran ini.

Baca Juga: Biodata Penuh Ustaz Don

2 thoughts on “Smoked Kingdom by Don Daniyal Perkenal Menu ‘Kepak Ayam’ Rai Ulang Tahun Ke 3”

Leave a Comment

error: Content is protected !!