Niat Puasa Ganti | Walaupun bulan Ramadan lambat lagi tiba, tapi yang belum ganti puasa wajib gantikannya segera. Antara sebab seseorang itu wajib ganti adalah sengaja tak berpuasa dan wanita yang keluar darah haid atau nifas.
Niat ganti puasa atau qadha puasa ini wajib dilakukan pada bulan sebelum datangnya Ramadan kembali. Kena ganti puasa mengikut jumlah yang kita tinggalkan.
Kalau boleh segerakan berpuasa ganti terus sebaik masuknya 2 Syawal dan jika tidak dilakukan seseorang boleh dikenakan fidyah. Jangan main-main bab ganti puasa ini kerana boleh jadi berganda jika tidak dilakukan pada waktu sepatutnya.
Baca Juga: https://sitizurinamatsaman.com/fadhilat-bulan-syaaban-dan-kelebihannya/
Golongan Yang Wajib Ganti Puasa Ramadan
- Sengaja tinggalkan puasa Ramadan tanpa sebab
- Mereka yang bermusafir (bukan disebabkan maskat) melebihi 2 marhalah
- Wanita kedatangan haid dan nifas
- Perempuan menyusukan anak dan bimbang keselamatan dirinya dan anak jika berpuasa Ramadan
- Mereka yang sengaja lakukan perkara batal puasa
- Orang yang pitam/mabuk ketika bulan puasa
- Mereka yang sangat lapar dan dahaga dan tidak membolehkan berpuasa di bulan Ramadan
Hukum Niat Ganti Puasa Ramadan
Perlu tahu hukum ganti puasa ini adalah wajib bagi yang mencapai usia baligh. Dan dikecuali dari berpuasa disebabkan beberapa perkara seperti datang haid bagi wanita. Justeru perlulah mengganti semula puasa mengikut jumlah berapa hari yang ditinggalkan.
Dalam firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 183-184 yang bermaksud :
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain ;dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.
Waktu Sebenar Niat Ganti Puasa
Korang boleh gantikan puasa Ramadan ini bila-bila masa. Tapi sangat digalakkan buat terus sebaik masuk 2 Syawal hinggalah sebelum datangnya ramadan cembali. Jika dapat puasa dalam 6 Syawal, insyallah akan datang keberkatan pahala puasa ganti dan puasa 6 syawal.
Walaupun masa puasa ganti masih panjang, tetapi sangat digalakkan utuk mempercepat niat puasa ganti bimbang ada perkara lain yang berbangkit hingga menyebabkan puasa perlu ditunda tahun lain.
Hari Haram Berpuasa
Namun begitu, korang kenalah juga patuhi bila waktunya yang dilarang berpuasa.
- Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 1 Syawal
- Hari Raya Aidiladha iaitu pada 10 Zulhijjah
- Juga pada hari Tasyriq iaitu pada 11,12,13 Zulhijjah.
Hukum Gabung Niat Ganti Puasa (Ramadhan) Dengan Niat Puasa 6 Syawal
Dalam hal ini terdapat dua pandandan mengenainya. Pandangan Pertama jumhur ulamak mengatakan seseorang itu perlu niat puasa ganti dahulu kemudian barulah mulakan puasa sunat enam Syawal.
Manakala pandangan kedua, ada sebahagian kecil fuqaha berpandangan bahawa seseorang itu boleh melakukan niat puasa ganti sekaligus dengan puasa sunat 6 Syawal. Dan insyallah kita akan mendapat dua-dua pahala puana (qadha dan sunat)
Dan dalam perkara ini, terpulang pada kita mahu gunakan pendapat yang mana satu. Jika pilih pandangan pertama pun boleh dan pandangan kedua juga boleh. Apa yang penning melakukan ibadah puasa ganti ini.
Pandangan Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan yang memberitahu diharuskan menggabungkan beberapa niat dalam satu puasa sunat terutama jika hari puasa sunat itu beserta sekali dengan puasa enam Syawal, hari-hari putih, Isnin dan Khamis.
Sebahagian ulama’ mensyaratkan supaya digabungkan niat, manakala sebahagiannya tidak, bahkan memadai meniatkannya sebagai puasa sunat secara umum bagi mendapatkan pahala berganda.
Waktu Afdhal Niat Puasa Ganti
Hendaklah niat puasa ganti itu dilakukan pada waktu sebelum terbitnya fajar (Subuh) atau bila sahaja sebelum waktu berbuka puasa (Maghrib) pada hari yang akan berpuasa itu nanti.
Baca Juga: https://sitizurinamatsaman.com/kelebihan-puasa-bulan-rejab-kejar-syafaat/
Niat Ganti Puasa Ramadhan
Niat Puasa 6 Dan Puasa Ganti
Lafaz Niat Ganti Puasa Digabung Puasa Sunat Lain
Tak Sempat Ganti Puasa, Wajib Bayar Fidyah
Pengertian Fidyah
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.
Hukum Bayar Fidyah
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Golongan Yang Wajib Bayar Fidyah
1. Uzur Tunai Puasa Wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
2. Perempuan Hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
3. Ibu Menyusukan Anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
4. Orang Yang Telah Meninggal Dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
5. Musafir Dan Pesakit Yang Tidak Qadha puasa Pada Tahun Ia Ditinggalkan
Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Taksiran Fidyah
(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH
Kadar Bayaran Fidyah
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).
Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2019, secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 4.00.
FAQs
1. Apakah hukum Ganti Puasa ini (Puasa Ramadan)
Jawapan: Hukumnya wajib kerana puasa Ramadan adalah difardhukan ke atas semua umat Islam
2. Bolehkah lafaz niat puasa ganti dalam bahasa Melayu
Jawapan: Boleh. Tak menjadi masalah untuk berniat puasa dalam apa-apa bahasa yang mudah difahami.
3. Adakah puasa ganti Ramadan ini wajib dilakukan secara berturut-turut
Jawapan: Tidak disyariatkan untuk berpuasa berturut-turut. Boleh dilakukan secara berselang-seli hari. Begitu juga dengan puasa enam pada bulan Syawal (iaitu Puasa Enam).
4. Adakah boleh ganti puasa ini dilakukan secara berselang seli
Jawapan: Dalam bab ini tiada masalah. Boleh dilakukakan selagi belum sampai masa datangnya bulan Ramadan yang seterusnya. Jika disegerakan puasa ganti ini lebih elok.
5. Boleh atau tidak gabung puasa ganti Ramadan dengan puasa sunat lain
Jawapan: Dibolehkan. Sebahagian kecil fuqaha berpandangan bahawa kita boleh melakukan puasa ganti sekaligus dengan puasa sunat yang lain. Jadi kita akan peroleh dua-dua pahala (qadha dan sunat).
6. Bolehkah ganti puasa untuk orang yang tak mampu berpuasa tapi masih hidup
Jawapan: Tidak boleh. Jika orang itu memang tidak mampu berpuasa seperti orang tua yang tak larat kerana penyakit tua, hendaklah ahli keluarganya membayar fidyah bagi pihaknya.
7. Bagaimana jika meninggal dunia sebelum sempat ganti puasa
Jawapan: Ada dua perkara boleh dilakukan:
– Ahli keluarga (ahli waris) si mati akan melakukan puasa ganti untuknya.
– Membayar fidyah yang diambil daripada harta pusaka si mati.
Bolehkah sekiranya orang lain (Ajnabi) yang bukan ahli waris si mati melakukan ganti puasa bagi pihaknya
Jawapan: Mereka wajib mendapat keizinan daripada ahli waris di mati, barulah boleh ganti puasa si mati. Melainkan jika si mati pernah berwasiat supaya ada orang lain yang melakukan puasa ganti apabila dia mati nanti. Sama ada diberia upah atau tidak iaitu sama seperti ibadah haji.
Hukum Puasa Sunat Hari Jumaat
Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Terengganu, ada memberitahu mengenai hukum berpuasa pada hari Jumaat.
Puasa sunat itu memang digalakkan dalam ajaran Islam. Tetapi mesti dilakukan dengan disipilin-disiplin tertentu. Dan dalam bab puasa sunat hari Jumaat dalam Mazhab Syafie jika dilakukan tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat hari Sabtu, maka ia adalah Makruh.
Dalilnya ialah pada hadith:
Daripada Muhammad bin Abbad bin Ja’far katanya, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi s.a.w melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat? Jabir menjawab: “Ya.” (Riwayat Muslim)
Hadith lain ialah:
“Daripada Juwairiah katanya, “Bahawa Rasulullah s.a.w masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: “Tidak”. Sabdanya: “Adakah engkau akan berpuasa esok?” Saya menjawab: “Tidak.” Baginda bersabda: “Hendaklah engkau berbuka.” (Riwayat Bukhari)
Hadith lain lagi:
“Hari Jumaat itu adalah hari al-Aid (hari raya), maka janganlah jadikan al-Aid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (Riwayat Ahmad)
Hadith Nabi s.a.w:
“Daripada Abi Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya”. (Riwayat Muslim)
Join telegram untuk lebih info https://t.me/+3ln-5mO-1NZhMmU1