Lancar Kempen Bulan Kesedaran Faraid Harta. MAIS Semai Minat Ilmu Pengurusan Pusaka

Faraid Harta| Ilmu Faraid itu merujuk kepada pengetahuan mengenai pembahagian harta pusaka (perwarisan) ataupun ilmu yang berkaitan dengan harta peninggalan si mati.

Siapakah waris yang layak untuk menerima, berapa jumlah peratusan pembahagian yang diterima dan bagaimana cara kira dan pelaksanaannya dilakukan. Adalah hukumnya wajab seperti mana hukum syariah lain.

Hukum Bab Faraid

Hukumnya sama seperti yang disyariatkan ke atas umat Islam seperti hukum berpuasa dan lain-lain hukum. Seperti dalam nas Al-Quran, al-Sunnah serta ijma’ ulamak berkaitan pensyariatan hukumnya dalam Islam ini.

Pensyariatan hukum syariat ini jelas berdasarkan firman Allah SWT:

لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ ۚ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا

Maksudnya: Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah). (Surah al-Nisa’: 7)

Baca Juga: MAIS Lancar Kalkulator Fidyah Puasa Platform Mudah Kiraan Ganti Puasa

faraid harta

MAIS Perkenal K-Faraid

Salah satu usaha MAIS dalam bab faraid ini juga adalah memperkenalkan sistem kalkulatir faraid majlis agama islam (K-Faraid MAIS) yang dicipta untuk memberikan pandan dan pendidakan kepada umat Islam tentang pembahagian harta pusaka  mengikut hukum szarak.

Sistem K-Faraid ini membolehkan pengguna mengetahui bahagian setiao ahli waris yang ditinggalkan oleh si mati secara pantas dan memudahkan. Ia juga mempunyai maklumat tambahan kepada pengguna untuk memahami dan melakukan pembahagian harta pusaka dengan penerangan asal masala, pengiraan mengrkut nilai harta dan pokok waris.

Kempen Kesedaran Bulan Faraid Negeri Selangor

Menyedari ramai di kalangan orang Islam kini yang seakan tidak ambil tahu atau lupa mengenai ilmu faraid atau pengurusan harta pusaka menjadikan pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertanggunjawab melancarkan kempen Kesedaran Bulan Faraid Negeri Selangor.

Kempen kesedaran Bulan Faraid Negeri Selangor 2023 ini bermula 18 Ogos sehingga 15 September 2023 yang bertujuan bagi memupuk kesedaran masyarakat cintakan ilmu faraid yang kian dilupakan kini dan mengurus harta pusaka. 

Sebelum itu, pelancaran disempurnakan oleh Puan Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS semasa merasmikan Seminar Harta Pusaka Penyambung Silaturrahim di sini hari ini. Seramai lebih 500 jemputan hadir bagi memeriahkan seminar yang diadakan di Dewan Muzakarah Masjid Negeri Selangor baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Puan Hajah Norzaihan turut mendedahkan sebanyak 70 bilion harta pusaka yang masih beku disebabkan pelbagai faktor. Antaranya perbalahan di kalangan ahli keluarga dan jumlah waris serta ketidakfahaman masyarakat mengenai kaedah dan prosedur pengurusan harta pusaka yang betul juga menjadi penyumbang kepada permasalahan ini.

Justeru Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mempunyai kuasa ke atas harta umat Islam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu:

“Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.”

Sejak tahun 2006 sehingga kini, lebih 3,000 surat wasiat dan 2,500 dokumen hibah telah dikendalikan di MAIS. Bukan itu sahaja, MAIS juga telah mengendalikan lebih 1,500 fail harta pusaka yang terletak hak ke atas Baitulmal sejak tahun 1970 hingga kini. Angka ini menunjukkan MAIS komited dalam pengurusan harta umat Islam khususnya di Negeri Selangor. 

Baca Juga: Lafaz Niat Puasa Ganti Wajib Dan Hukum Puasa Sunat Hari Jumaat

Program Yang Dijalankan

Pelbagai program diatur sepanjang kempen berlangsung bermula 18 Ogos hingga 23 September ini dalam usaha menyebarkan kesedaran kepada orang ramai berkenaan ilmu faraid ini. Antaranya:

  • Hebahan informasi berkenaan Faraid dan Harta Pusaka,
  • Kursus Faraid, Seminar Harta Pusaka,
  • Forum Perdana Pusaka, Hari Bersama Baitulmal,
  • Tik Tok Live Pusaka
  • Kuliah Maghrib Khas Pusaka
  • Slot Celik Ilmu Pewarisan Radio IKIM
  • Slot Rancang Harta Urus Pusaka Radio Klasik
  • Siaran Secara Langsung Selamat Pagi Malaysia RTM dan Assalamualaikum TV Al-Hijrah

Tujuan Kempen Bulan Faraid Harta

Agar kempen anjuran MAIS ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat Islam khususnya di Negeri Selangor ini dalam menimba ilmu pengurusan harta.

Sekiranya tidak pasti dalam pengiraan, kedudukan waris-waris atau isu-isu berbangkit yang melibatkan pengurusan dan pembahagian harta pusaka, bolehlah rujuk ke MAIS untuk mendapatkan maklumat dan pandangan yang lebih tepat.

Teruskan berusaha dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat Islam khususnya di Negeri Selangor dan Malaysia amnya dalam membantu memberikan pendedahan dan informasi berkaitan kebaikan pengurusan harta. 

Cara Untuk Sertai Kempen Dianjurkan

Bagi yang berminat untuk terbabit dengan aktiviti dianjurkan dan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai ilmu faraid ini bolehlah mengetahui perkembangannya di media sosial:

  1. Platforrm media sosial MAIS iaitu Facebook, Instagram dan Tik Tok Majlis Agama Islam Selangor. 
  2. Atau layari laman web MAIS www.mais.gov.my. 
faraid harta

Baca Juga: Cara Solat Hajat Ringkas Sekali Doa : Panduan Pertama Kali Buat

Leave a Comment

error: Content is protected !!