Mesin basuh telah menjadi salah satu keperluan asas dalam kehidupan kita yang sibuk. Ia membolehkan kita mencuci pakaian dengan mudah dan berkesan. Namun, seperti semua peranti, mesin basuh juga memerlukan penjagaan yang rapi agar ia berfungsi dengan baik dalam jangka masa yang panjang.
Tips Cuci Mesin Basuh Berkeladak
Sementara itu dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook, turut dikongsi cara mudah bersikan mesin basuh automatik berkeladak dengan hanya 6 step. Tak perlukan bajet besar, korang pun boleh selesaikan sendiri masalah ini.
Baca Juga: Informasi Penting Yang Anda Perlukan Semasa Pindah Pejabat
Hasilnya memang memeranjatkan kerana peranti ini jadi lebih bersih dan lenyap terus keladak dalam mesin basuh berkenaan dan hasil cucian juga menjadi lebih bersih. Jom lihat perkongsian ini melalui Puan Julimasanum Ali yang telah dikongsi sejak tahun 2016 lagi.
1. Beli Sabun Pencuci ‘Tub Hygiene’
Mula-mula, kena beli ‘detergent’ untuk Tub Hygiene. Puan Juli mendapatkan Wash Drum Cleaner (Power Max) ini di Farmasi Cosway. Harga RM15.90 (non-member). Kalau jenis dan jenama lain mungkin ada juga, bergantunglah pada citarasa anda. Beginilah rupa Wash Drum Cleaner. 1 kotak ade 2 paket. Maknanya boleh digunakan untuk 2 kali cucian.
2. Baca Arahan Pada Kotak
Penting untuk anda membaca arahan pada kotak sebelum memulakan cucian peranti ini. Ini kerana, prosesnya memakan masa yang lama. Mungkin ia juga bergantung kepada tahap kekotoran yang dialami. Jadi, anda perlu setkan masa dan rancang sebaiknya supaya proses ini dapat diselesaikan sehabis baik. Menurut Puan Juli, beliau mengambil masa lebih 24 jam untuk memastikan mesin basuhnya betul-betul bersih.
3. Tuangkan Serbuk Pencuci
Masukkan 1 paket Wash Drum Cleaner dalam mesin basuh (Mesti guna 1 paket ya, jangan kedekut nak guna setengah paket!).
4. Pilih Menu Cycle-Wash
Seterusnya, pilih menu cycle -WASH sahaja dengan air yang paling maksimum. Biarkan mesin beroperasi dan biarkan ia terendam sekurang-kurangnya 5 jam (mengikut arahan pada kotak). Tapi, Puan Juli membiarkan selama semalaman. Esok pagi, barulah disambung lagi prosesnya.
5. Keluarkan Kotoran Dan Buang Airnya (Rinse)
Setelah direndam, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya yang ‘menakutkan’ dan ‘menggelikan’! Segala kekotoran dalaman akan keluar. Jadi, korang bolehlah mengutipnya dan buang sampah sarap yang terapung dan di dasar mesin basuh tersebut selepas proses membuang airnya atau ‘rinse’.
6. Bersihkan Penapis
Jangan lupa, bersihkan juga penapis yang terdapat dalam mesin basuh anda. Inilah ‘hasil’ di dalam penapis tersebut. Ini pula hasilnya selepas dah dilap dengan tisu dan dibuang sampah-sampah yang tertinggal sebelum ‘next cycle’. Masa ni kene PAUSE mesin dulu ya.
7. Ulangi Proses Sama
Ulangi proses tadi hinggalah tiada lagi kotoran yang keluar. Kalau nak buat ‘full cycle’ pun boleh (wash, spin, dan rinse). Tapi, Puan Juli hanya mengulang proses wash dan rinse sahaja. Puan Juli sendiri mengulangnya hingga lebih dari 5 kali. Memang agak lama prosesnya jika ianya tak pernah dicuci sejak bertahun-tahun.
8. Hasil Siap
Inilah hasil terakhir. Dah bersih macam ini, baru puas hati walaupun banyak pakai air. Selepas ini tiadalah lagi bau hapak atau ‘kepam’ pada baju yang dibasuh. Ini pula penapisnya yang dah dicuci. Licin!
Penuh Sampah
Tak sangka pula ada banyak sampah dalam mesin cucian ini. Ingatkan, bila cuci baju, mesin basuh pun akan sama dicuci sekali. Bagi yang tak pernah buat, sekarang dah tahu. Jadi, marilah kita sama-sama cuci mesin basuh di rumah. Barulah hasil basuhan pakaian akan menjadi lebih wangi dan segar!
Baca Juga: Biodata Penuh Zizi Kirana Dan Kongsi Petua Cantik Tradisional Dengan Amal Jus Kunyit
Fungsi Utama Mesin Basuh
1. Jimat Masa dan Tenaga
Salah satu fungsi utamanya adalah ia membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga yang berharga. Dalam zaman yang serba sibuk ini, mencuci pakaian secara manual boleh menjadi tugas yang meletihkan dan memakan masa. Mesin basuh membolehkan kita meletakkan pakaian ke dalam mesin, mengatur tetapan yang diperlukan, dan membiarkannya menjalankan proses pembersihan dengan sendirinya. Ini memberi kita lebih banyak masa untuk melakukan aktiviti lain yang lebih penting.
2. Untuk Kebersihan Dan Kualiti Pencucian
Fungsi utama lain yang tidak dapat disangkal dari mesin basuh adalah keupayaannya untuk memberikan kebersihan dan kualiti pencucian yang unggul. Mesin basuh dilengkapi dengan pelbagai program pencucian yang dirangka khas untuk jenis bahan dan tahap kotoran yang berbeza. Ini memastikan bahawa pakaian kita tidak hanya dicuci, tetapi juga dicuci dengan bersih dan segar. Tambahan pula, teknologi terkini dalam mesin basuh memastikan pengagihan air, sabun, dan pergerakan pakaian yang optimum, menyumbang kepada kualiti pencucian yang lebih baik.
3. Penggunaan Air Dan Tenaga Yang Efisien
Dalam usaha untuk menjadi lebih lestari, mesin basuh moden direka untuk menggunakan air dan tenaga dengan lebih efisien. Fungsi utama ini membantu mengurangkan jumlah air yang digunakan semasa proses pencucian, serta mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Pengoptimuman ini tidak hanya membantu menjimatkan kos penggunaan, tetapi juga memberi sumbangan positif kepada alam sekitar.
4. Pelbagai Program Pencucian
Satu lagi fungsi utama yang membezakan mesin basuh adalah kepelbagaian program pencucian yang disediakan. Mesin basuh moden datang dengan pelbagai pilihan program, seperti pencucian lembut, pencucian intensif, pengeringan, dan banyak lagi. Ini membolehkan kita mengadaptasi cara kita mencuci pakaian mengikut keperluan dan jenis pakaian yang berbeza. Kepelbagaian program ini memberi kita lebih banyak kawalan terhadap proses pencucian dan menjaga pakaian kita dengan lebih baik.
Mengapa Penjagaan Mesin Basuh Penting?
Sebelum kita menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membersihkan mesin basuh, penting untuk memahami mengapa penjagaan mesin basuh itu sendiri begitu penting. Mesin basuh yang kotor atau rosak boleh menyebabkan masalah seperti pakaian yang tidak bersih, bau yang tidak enak, atau kerosakan kepada mesin itu sendiri. Dengan melakukan penjagaan yang berkala, anda boleh mengelakkan masalah ini dan memastikan mesin basuh berfungsi dengan sempurna.
Langkah 1: Membersihkan Lapisan Luar
Pertama sekali, kita perlu membersihkan lapisan luar mesin basuh. Gunakan kain lembap yang dicelup dalam campuran air suam dan sabun lembut untuk mengelap permukaan luar mesin. Pastikan anda membersihkan butiran debu dan kotoran yang mungkin melekat pada permukaan. Hindari menggunakan bahan kimia keras yang boleh merosakkan permukaan luar mesin.
Langkah 2: Pembersihan Talian Paip
Talian paip pada mesin basuh boleh menjadi tempat pengumpulan kotoran, lintah, dan serpihan kain. Ini boleh menghalang aliran air yang betul semasa proses pencucian. Untuk membersihkannya, pertama-tama matikan bekalan air dan aliran kuasa kepada mesin. Kemudian, buka paip dan gunakan sikat halus untuk membersihkan kotoran. Pastikan anda memeriksa sama ada terdapat sebarang sumbatan dalam talian paip.
Langkah 3: Pembersihan Lekapan Pintu
Lekapan pintu mesin basuh sering menjadi tempat kumpulan air, sabun, dan kotoran lain semasa proses pencucian. Ini boleh menyebabkan pertumbuhan kulat dan bau yang tidak enak. Untuk membersihkannya, gunakan campuran air dan cuka putih untuk mengelap kawasan lekapan. Kemudian, gunakan kain kering untuk mengeringkannya dengan baik.
Langkah 4: Pembersihan Taba dan Laci
Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan laci atau taba untuk meletakkan bahan pembersih, pastikan anda membersihkannya secara berkala. Laci atau taba boleh menjadi tempat tumpuan kotoran dan habuk. Keluarkan laci atau taba dan basuh dengan air suam dan sabun lembut. Pastikan ia kering sebelum dimasukkan semula.
Langkah 5: Menjalankan Pembersihan Automatik
Kebanyakan mesin basuh moden dilengkapi dengan fungsi pembersihan automatik. Fungsi ini membantu membersihkan dalaman mesin dari kotoran, kulat, dan bakteria yang mungkin berkumpul seiring masa. Rujuk kepada panduan pengguna untuk mengetahui bagaimana untuk menjalankan program pembersihan automatik ini. Amat penting untuk menjalankan program ini secara berkala untuk mengekalkan kebersihan mesin.
Langkah 6: Penjagaan Berkala
Selain daripada langkah-langkah pembersihan di atas, pastikan anda menjalankan penjagaan berkala pada mesin basuh. Ini termasuklah membersihkan lint filter selepas setiap kitaran pencucian, memeriksa tali paip dan paip pembuangan untuk sebarang sumbatan, dan memastikan mesin berada dalam keadaan yang betul semasa tidak digunakan.
Baca Juga: 10 Idea Dulang Hantaran Tunang Terkini Yang Simple Dan Praktikal
5 Jenama Paling Berbaloi 2023
1. Toshiba 10.5KG Fully Auto Washing Machine
Diinspirasikan daripada pelukis dari negara Jepun, ‘The Great Wave off Kanagawa’ kerana inovatif teknologi digunakan diberi nama ‘The Greatwaves’. Menjadikan cucian lebih efektif , tidak bising dan melindungi pakaian daripada memgembang. Menggunakan motor jenis inverter iaitu lebih jimat pengunaan elektrik.
2. Khind Fully Auto Washing Machine (12kg)
Mesin basuh terbaik ini berkapasiti besar dan dijual pada harga berpatutan. Boleh muat sehingga 12 kg muatan dan sangat jimat elektrik apabila mendapat 4 star energy rating. Kataya nak basuh toto pun boleh muat.
3. Electrolux UltimateCare™(10kg)
Dicipta dengan bukaan pintu front loading dan antara terbaik di pasaran. Mempunyai kuasa halaju pusingan yang boleh capai sehingga 1200rpm dan mampu kesan kotoran secara automatik. Tidak mudah luntur warna dan baju juga menjadi tidak terlalu berkedut.
4. Midea Fully Auto Washing Machine (7.5kg)
Butang kekunci yang mudah digunakan dan istimewanya tidak perlu diselenggara dengan kerap. Mesin juga tak terlalu bising dan boleh muat sehingga 7.5KG. Sesuai untuk yang baru berkahwin kerana muatan kecil.
5. Sharp Fully Auto Washing Machine (7kg)
Dilengkap engin fungsi Soak Wash yang membolehkan pengguna pilih rendam pakaian sebelum basuh. Dilengkapi juga dengan sistem PCB FUzzy Control yang membolehkan berfungsi secara automatik dengan pilih program sedia ada. Boleh juga guna fungsi Quick Wash yang boleh jimatkan masa, tenaga dan air.
6. Samsung Top Load Washer With Wobble Technology (13kg)
Mesin basuh Samsung ini mempunyai kapasiti sehingga 13kg dengan teknologi Wobble dapat elak pakaian berikat satu sama lain ketika proses mencuci. Juga berfungsi tanggalkan pelbagai jenis kotoran seperti solekan, tanah, makanan atau darah kerana adanya sistem intensive Wash.
Nak cari mesin basuh yang tengah kaw2 Sale boleh Click sini