Buka Puasa Di Westin KL | Kesibukan kerja di pejabat walaupun berpuasa menyebabkan ada antara kita yang mengambil kesempatan untuk iftar di luar sahaja. Tak sanggup meredah jem balik rumah kerana bimbang berbuka dalam kereta.
Bagi yang begitu, tidak perlu risau mencari hidangan buffet yang sedap dan menyelerakan kerana kunjungan korang ke The Westin Hotel Kuala Lumpur pastinya tidak akan mengecewakan.
Mungkin korang akan tersenyum simpul melihat deretan pelbagai juadah disediakan. Apa lagi inilah masanya untuk membawa keluarga sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak dan mampu memenuhi citarasa. Maklumlah time bulan puasa, selera kita memang lain macam.
Hotel yang berada di tengah-tengah ibu kota berdepan Pavilion ini menawarkan lebih 300 masakan dengan bertemakan ‘Citarasa Anak Kampung’ yang mampu memenuhi selera tekak, setelah seharian berpuasa. Apa saja yang diingini ada di sini dan boleh makan tanpa limitasi.
Ini kerana rupanya bukan satu dua chef yang bekerjasama menyajikan pelbagai hidangan enak ini, tetapi seramai 7 orang Chef dipilih untuk mengetegahkan menu Citarasa Anak Kampung dengan menghidangkan signature dishes kampung halaman sendiri.
Chef Hamid
Antaranya Chef Hamid dari Petaling Jaya menghidangkan air tangan iaitu menu Kambing Golek Nasi Briyani. Nasi disediakan dengan rempah ratus istimewa dan dimasak secara tradisional menjadikan hidangan ini cukup enak. Ditambah kambing yang diperap 24 jam dengan pelbagai rempah ratus istimewa menjadikan pilihan popular untuk buka puasa di westin KL nanti.
Chef Firdaus Atan
Manakala Chef Firdaus Atan yang berasal dari Selangor pula menghidangkan masakan Rendang Ayam Kampung Pedas yang dipelajari dari resepi keluarga. Rugi tak cuba kerana terasa pedas dengan tekstur daging ayam dimasak sempurna. Terasa pedasnya lebih-lebih lagi enak dimakan dengan ketupat dan lemang yang turut disediakan untuk buka puasa di westin KL ini.
Chef Hafizi
Bagi Chef Hafizi dari Melaka pula mempersembahkan Portuguese Baked Whole Salmon. Menurutnya, resepi diinspirasikan dari arwah datuknya kira-kira 20 tahun lalu. Hidangan yang disediakan memang sedap dan kena dengan tekak walaupun menggunakan ikan salmon. Antara hidangan wajib cuba sewaktu buka puasa di Westin KL ini nanti.
Chef Iqbal
Untuk buka puasa di Westin KL juga kita akan dapat merasai air tangan Chef Iqbal dari Kuala Lipis yang menyediakan Ayam Opor dan Daging Dendeng Berlado. Resepi ini diwarisi daripada ibunya yang memang kena jika dimakan bersama lemang dan ketupat. Hanya ada di sini sempena buffet ramadhan 2023 kali ini nanti.
Chef Emy Fairuz
Dan bagi yang gemarkan menu kerabu, boleh layan hidangan disediakan Chef Emy Fairuz yang berasal dari Teluk Intan Perak. Paling sedap adalah Kerabu Perut Bunga Kantan. Confirm bertambah selera jika menjamahnya sekali.
Chef Syeriff Hafizal
Paling istimewa Kali ini pastinya Sup Kambing Merah disediakan Chef Sheriff Hafizal yang berasal dari Johor. Merupakan hidangan istimewa warisan kampungnya dan dia menggunakan Lamb Gearbox untuk dihidangkan sempena buffet Ramadhan Kali ini. Jangan terlepas peluang menikmati Sup Kambing Merah ini nanti.
Chef Sheikh Muzaffar
Untuk hidangan daripada Chef Sheikh Muzaffar berasal dari Negeri Sembilan pula adalah Daging Masak Lemak Cili Api. Menu yang dimasak menggunakan kayu api untuk membangkitkan aroma dan rasa lebih sedap. Memang terasa kepedasannya dan kuah cukup berlemak.
Pelbagai Sajian Lain Buka Puasa Di Westin KL
Selain itu, hidangan lain di sini nanti ada pelbagai seperti kaunter sup, masakan cina, noodle station, pencuci mulut, bubur lambut, buah-buahan dan pelbagai jenis minuman.
The Westin KL juga turut menyediakan station mengimbas zaman childhood menyediakan pelbagai jenis jajan yang popular di zaman kanak-kanak dulu. Semuanya free flow dan boleh diambil tanpa limitasi. Pasti korang akan tersenyum sambil mengenang nostalgia lama.
Early Bird Promotion
Jadi bagi yang berhajat untuk ke sini bolehlah buat tempahan awal untuk Early Bird Promotion. Daripada harga RM208 (dewasa) ke RM158 nett untuk dewasa. Walaupun begitu, tawaran ini hanya sah dari 24 Februari hingga 23 March sahaja.
Manakala harga biasa ditawaran untuk dewasa adalah RM208 dan RM104 untuk kanak-kanak. Bagi yang berumur 6 tahun ke bawah pula boleh makan secara percuma sahaja. So, apa tunggu lagi, bagi yang berminat membuat tempahan, boleh terus hubungi & layari laman web The Westin KL
Layari fanpage sitizurinamatsaman.com
Tengok pun dah tau sedap. Ada rezeki nak berbuka puasa di sini lah.
Banyaknya Buffet Ramadan….
Ikut bajet kalau nak cari buffet ramadan
Banyaknya Buffet Ramadan….
ajak family makan nnt
Banyak ye skrg buffet Ramadhan….
haha banyak time puasa memg mcm cendawan tumbuh