Belajar Buat Blog Sendiri, Moga Ilmunya Bermanfaat

Belajar buat blog sendiri tak semudah disangka. Sis mula belajar beberapa tahun lalu. Walaupun bergelar penulis tapi tak semudah membuat blog sendiri. Umpama diari yang boleh kita simpan apa juga cerita di dalamnya.

Lebih-lebih lagi di zaman digital ini, semua info terletak di hujung jari. Kalau dulu setiap hari sis akan beli paper hari Ahad sebab isi kandungannya paling best.

Cerita dunia, semasa, gosip semua ada dalam tu. Sis pun memang tak lepas peluang beli, sama ada kedai mamak atau kedai buku. Tapi itu cerita 10 tahun lepas. 

Artikel Lain: Bergelar Mak Pengantin, Momen Indah Untuk Dikenang

Penulisan Digital Kuasai Dunia Penulisan

Kini penulisan digital menguasi dunia penulisan. Biarpun kepuasan tak seperti tulisan di paper, tetapi matlamat sama. Nak dapat info terkini. Malah lebih cepat dari dunia paper sendiri.

Cuma yang tak best bila ada antara content dibuat ada kalanya merepek dan tiada info tepat. Bak kata pensyarah sis dulu, Mana 5W1H (who, where, what, whe, why & how  ) kalau tak ada ini, tak lengkap suatu berita itu.

Apa-apa pun bila di kenang balik blog lama sis yang dibuat 10 tahun dulu, ada gunanya.

Inilah masa polish/update bahan baru yang lebih segar & trendy. Biarpun sudah 10-20 tahun akan datang, blog ini akan terus beri informasi berguna sekali hujung jari click button carian.

Belajar buat blog

Ada seorang lagi geng blogger, Fasya Fazida. Dia juga suka menulis. Tapi lepas bersara dari dunia penulisan, Fasya lebih suka cabaran baru bertugas sebagai perunding kewangan. Sis doakan perjalannya dipermudahkan. 

Jadi kepada yang berminat nak beli insuran, boleh je terus hubungi dia di nombor sebab servis diberikan superb. Maklum bekas reporter & editor yang hebat di zaman kegemilangannya. 

Kena Belajar SEO & Term Lain

Kepada geng blogger lain, teruskan menulis dan berkata. Blog sendiri tak perlu protokol tulisannya, lebih santai lagi bagus. Cuma kenalah belajar SEO dan terms dalam dunia penulisan digital. Luas rupanya ilmu digital ini.

Walau apapun, bukan semua orang dianugerahkan bakat menulis. Bakat itu semulajadi dan penulis yang hebat pastinya dapat memberi sentuhan tersendiri dan menyuntik emosi warga netizen (panggilan bagi mereka yang melayari media sosial)

Inilah Mama Reen yang vogue…
 
Salam uolssss..it’s me mama reen…my first word…hari ini saya belajar buat blog dari wartawan MW yang gojesss..netty ah hiyer.
 
Kawan-kawan lain pun sedang tengok saya belajar buat blog….sapa lagi kalau bukan jawa tempe dan fasyafazida dan mama yang juga gojes…mama ita
 

Leave a Comment

error: Content is protected !!