Melatih Anak Sifat Kepimpinan. Tugas Ibu Atau Ayah!

Melatih anak sifat kepimpinan merupakan satu tugas berat bagi seorang ibu. Cabarannya lebih terasa lebih-lebih lagi di zaman digitalis, semua info di hujung jari.

Sebagai seorang ibu cabarannya sangat berat sejak mereka kecil lagi. Ketika kecil lain cara didikannnya dan bila sudah besar cabarannya juga jadi berganda.

Artikel Lain: Rangsang Otak Bayi Supaya Jadi Lebih Sihat

Jadikan Insan Hebat

Tugas seorang ibu ini, bukan saja menyediakan makan minum mereka. Tetapi jauh lebih besar menjadikan anak-anak insan yang bukan saja hebat (dalam apa jua bidang), tetapi memastikan mereka boleh berdikari.

Ya, bukan senang melatih anak sifat kepimpinan ini sejak kecil lagi. Dari mula mengenal alam persekolah di prasekolah , kemudian sekolah rendah, menengah dan sambung pengajian di mana-mana IPTA, sifat kepimpinan inilah yang perlu diterapkan kepada anak-anak supaya kelak menjadi insan berguna.

Bukan sekadar anak manja yang meminta ‘Mama nak ni, mama belikan itu. Mama macam mana nak basuh baju, Mama macam mana nak goreng telur”.

Sis beruntung apabila anak-anak mula dewasa, mereka makin bijak berdikari. Anak yang sulung yang gelarkan dirinya kakak cantek, Syarifah Nurul Syafiqah sudah pandai masak (beberapa lauk) setelah hari-hari tolong sis masak di dapur sepanjang PKP ini. Masa inilah kita nak melatih anak sifat kepimpinan yang baik

Melatih anak sifat kepimpinan
Kakak cantek, terserlah sifat kepimpinan.

Malah boleh lihat sikap kepimpinan apabila dia bertindak sebagai ‘cikgu’ apabila menguruskan persekolahan online adik-adiknya.

Maklum sis kerja so, tiada masa setel bab jadual online mereka. Seawal pagi adik-adiknya sudah dikejut, dibuatkan jadual kelas dan ditepek di dinding almari.

Kadang-kadang kedengaran suaranya marah apabila adik-adiknya tak bangun lagi tidur. Belum lagi tika mengajar mereka membuat kerja rumah. Setakat ini hanya Syed Muhammad Aqil dengar kata. Tapi dalam pada itu turut merungut, ‘kenapa kakak asyik marah saja’.

Melatih Anak Sifat Kepimpinan

Baca ini: Covid-19 VS Pneumonia, Simptom Sama. Rupanya Hampir Ragut Nyawa!

Anak ketiga sis, Syed Muhammad Aqil pula kalau lapar tak payah cari mama. Dia akan ambik air fryer dan masak nuget dalam tu. Atau kalau nak makan nasi lemak bertelur, dia sendiri akan goreng telur tanpa minta bantuan sesiapa. Pendek kata kalau perut dia lapar, pandailah nak cari makanan sendiri.

Yang nombor empat pula, sebab masih kecil sikap berdikarinya agak slow sedikit. Tapi yang ni paling cepat nak mintak tolong jika mahukan sesuatu. Contohnya, tiba-tiba rajin basuh pinggan, sikat rambut mama atau urut kaki mama sebab bersebab. Syed Muhammad Aiman jadi penawar ceria dalam hidup sis sekeluarga.

Cuma anak nombor  dua sis ni lain sikit. Bukanlah sebab Syed Adam Hakimi tak boleh berdikari dan tiada ciri kepimpinan, tapi banyak benda memang mama yang kena buat. Dia sis akui lebih berdikari bab lain.

Misalnya pilih baju, kasut, gajet atau apa saja yang digemari. Agaknya bab remeh dia tak berapa gemar tetapi tugas membuang sampah sis serahkan padanya. Tak pernah tolak walaupun sedang sibuk melayan game onlie.

Tapi bab makan (contoh goreng telur atau masak nuget) memang dia tak berapa terror. Setakat buat roti tepek jem tak de masalah. Malah kalau musim persekolahan, sis yang kena kejutkan dan pastikan dia bangun dari tidur serta menaiki van ke sekolah.

Cabaran didik 3 anak lelaki.

Walau apa pun kita sebagai ibu tidak boleh bebankan kerja rumah tangga pada anak-anak 100 peratus. Memang perlu melatih anak sifat kepimpinan, tetapi dalam masa sama anak-anak ini ada kebebasan tersendiri. Bagi sis, boleh ajar perkara basic (tentang hidup) tapi biarlah berpada dan mengikut usia.

Apa yang penting didikan agama dan nilai kasih sayang dalam keluarga. Kalau bab ini ditolak ketepi, bonding bersama mereka pasti susah untuk dipupuk. Menjadi tugas kita sebagai ibu bapa untuk melatih anak sifat kepimpinan sebagai persediaan melangkah alam dewasa.

Kalau boleh ajak anak-anak solat berjemaah, ajar mengaji atau paling tidak, ajak mereka main game (contoh kad UNO), kayuh basikal atau main ping pong bersama-sama. 

Bagi sis pula, ada beberapa perkara terlepas pandang (misalnya sembahyang berjemaah dan mengaji) tapi biasanya kalau time makan sis akan pastikan semua ada barulah boleh menikmati hidangan.

Waktu inilah kita mula usik mengusik sesama sendiri. Ada yang tersipu dan ada pula cuba menafikan. Kalau nak puji pencapaian mereka, inilah masa paling sesuai.

Tak Mudah Melatih Anak Sifat Kepimpinan

Tak mudah sebenarnya pupuk sikap kepimpinan dalam diri anak-anak, lebih-lebih lagi anak lelaki. Tetapi sebagai ketua keluarga (emak atau ayah) perlu yakin dengan kebolehan anak-anak sendiri. 

Insya-Allah apabila mereka sudah dewasa dan ada kehidupan sendiri, pasti boleh menjadi ketua terbaik dalam keluarga. Sebagai ibu bapa jangan putus doakan ana-anak menjadi insan berguna dunia akhirat.

Catatan ini sebenarnya adalah update dari diari posting lama yang sis buat beberapa tahun lalu. Waktu anak-anak masih kecil dan betapa dugaan menjaga sementelah kesibukan En Abah yang kerja (malam baru balik rumah).

Terasa lega dapat melabuhkan punggung di kerusi merah Ikea. Setelah seharian bergelumang dengan kerja-kerja rumah.

Baru terasa sunyi tanpa riuh rendah suara Kakak, Adam, Aqil ataupun Aiman yang berselang seli meminta itu dan ini. Belum lagi tangisan Adam atau Aqil yang berebutkan sesuatu. Cabaran sebenarnya nak melatih anak sifat kepimpinan bila anak-anak masih kecil.

Melatih anak sifat kepimpinan
Ketika Aqil & Aiman masih kecil. Tiada ciri kepimpinan lagi masa ni.

Sungguh sis akui lelah menjadi seorang ibu. Apatah lagi tanpa pertolongan pembantu rumah. Dalam erti kata sebenar sayalah bibik, maid, ibu dan juga nanny untuk keluarga kecil ini.

Semuanya terletak di tangan dua kerat dan dua kaki ini. Tidak dapat saya bayangkan sekiranya saya sakit. Rasanya lumpuh lah urusan rumah. Yalah mana nak masak, lipat dan sidai kain ataupun mengemas rumah.

Memang ada En. Abah yang menolong membantu apa yang patut. Tetapi anak-anak tetap mahukan mama dia. Tetap mengadu pada mama ataupun meminta sesuatu pasti dengan mama.

Kadang-kadang jeles tengok teman-teman yang ada ada sorang atau dua, seronok pergi bercuti tanpa ada halangan. Namun setelah difikir bagus juga punya anak ramai kerana nanti bila tua meriah sikit rumah.

Cuma menjaga anak lelaki agak memeritkan. Mereka sangat nakal dan begitu bersemangat meniru aksi super hero yang ditonton. Ada macam-macam gaya, Ultraman, Spiderman, Batman, Ben 10, B-daman (baru tahu ada watak ini ) dan macam-macam lagi aksi yang ditiru.

Belum bab main air hinggakan pernah plug air panas rosak gara-gara dipasang terlalu lama. Akibatnya Adam & Aqil dimarah dengan beramaran oleh En. Abah jangan lakukan perkara sama.

Tetapi nama pun budak-budak, hari ini takut dengan jelingan En. Abah, esok lusa tulat mereka sudah lupa akibat kena marah. Apa yang mereka tahu keseronokan menjadi kanak-kanak. Belum ada rasa tangungjawab dan rasa untuk melatih anak sifat kepimpinnan dalam diri mereka waktu ini.

Kadang-kadang sis terasa mahu kembali ke zaman kanak-kanak yang seronok bermain tanpa fikir masalah. Cuma zaman kanak-kanak sis agak sukar kerana kekangan keluarga yang hidup susah.

Melatih anak sifat kepimpinan
Lain cabarannya kalau bergelar ibu tunggal, adik sis.

Kalau budak-budak ini mandi air panas tetapi sis dulu nak ke sekolah mandi air sejuk. Belanja sekolah hanya bawak beberapa sens sahaja tetapi kini seorang RM4-RM5. Cukup mewah.

Itu dulu. Sekarang sudah jauh berbeza. Mungkin juga lelah emak sis tidak seperti sis alami sekarang. Kalau dulu arwah emak atau arwah bapak tidak pernah mengingatkan sis pasal periksa, pandai-pandai sendiri.

Tetapi kini budak-budak jika tidak diingatkan akan tonton tv 24 jam. Bukannya apa bimbang ketinggalan dengan teman-teman lain.

Hubungan sis dengan anak-anak memang cukup mesra. Sis ibaratkan diri seperti semut. Pantang ada, semua akan berkerumun. Misalnya jika sis naik ke bilik atas untuk mandi dan solat, mereka juga akan cepat-cepat ikut.

Walhal tengan makan atau tonton tv tetapi semua akan mengikut. Ada masanya sis bergurau dengan menyorok dan mereka tercari-cari di mana. Begitu juga jika sis dan En. Abah nak keluar even ke kedai membeli roti, semuanya akan ikut sama.

Merekalah Penghibur Kita, Tugas Kita Melatih Anak Sifat Kepimpinan

Dalam lelah menjaga mereka, tetapi anak-anak juga penghibur kami berdua. Biarlah sis penat sekarang menjaga mereka, biar juga mereka membontoti setiap pergerakan, asalkan bila dewasa nanti sis juga tidak akan mereka lupakan.

Walaupun perjalanan masih jauh, namun disudut hati ini mengharapkan mereka tetap akan sentiasa mengadu, meminta dan juga memanggil sis apabila anak-anak beransur remaja dan seterusnya dewasa.

Sis sentisa mendoakan kesejahteraan mereka dan akui walaupun penat tetapi itu adalah tanggungjawab saya sebagai ibu menjaga dan mendidik mereka menjadi insan berguna.

Namun sis akui bukanlah ibu terbaik dalam melatih anak sifat kepimpinan kerana masih banyak kekurangan yang perlu diatasi dari masa ke semasa.

Aiman, penghibur keluarga.

Anda akan terasa dihargai anak-anak bila:

  • Setiap kali balik sekolah mereka akan sibuk berrcerita mengenai pengalaman sepanjang berada di sekolah.
  • Tanpa disangka-sangka anda mendapat kejutan di hari lahir anda. Misalnya kad ucapan, bunga sempena hari ibu ataupun hadiah kad ucapan yang direka anak-anak.
  • Apabila anak-anak memuji masakan anda. Walhal anda hanya menggoreng telur ataupun ayam goreng. Pujian anak-anak adalah ikhlasbkerana mereka ini adalah jujur.
  • Ada yang menjaga anda apabila anda diserang sakit seperti demam. Misalnya ada yang menyelimutkan anda, mengurut kaki ataupun kepala.
  • Anak menyalam dan mencium anda setiap kali mereka pergi ke sekolah.
  • Ucapan terima kasih setiap kali anda membelikan merka barang yang disukai. Seperti mainan, aiskrim ataupun buku cerita.
  • Walaupun sudah besar, tetapi anak-anak mahu tidur bersama anda sambil memeluk ataupun berdekatan dengan anda.
  • Tidak mudah melatih anak sifat kepimpinan, tetapi kita yang perlu mengatur dan memastikan perjalanan mereka mudah apabila dewasa nanti.

Hot Mama Reen – 31/1-2021 (1.43 am)



Leave a Comment

error: Content is protected !!