Layan Drama, Cara Terbaik Kawal Emosi ‘Burnout’

Tahu tak rupanya layan Kdrama boleh kawal emosi kita menjadi ‘burnout’. Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya.

Burnout, satu fenomena baru yang mana gejalanya adalah tidak seronok datang kerja, penat, sering marah-marah dan sakit badan.

Sebagai isteri memang kita kadang-kadang tak lepas dari masalah stres. Lagi-lagi sekarang work from home.

Bukan je nak siapkan kerja pejabat, tapi juga urusan budak-budak termasuk Berja-kerja dapur.

Kalau tak biaas, memang akan jadi mental. Tapi perasan tak ramai yang suka layan Drama. Bukan saja-sajat tengok, tetapi rupanya layan KDrama ni dapat hiburkan hati kita.

Tak percaya cubalah. Seperti yang dikongsi oleh Doktor Redza Zainol di laman twitternya.

Saya perhati je dari pagi.

Isteri saya duk baring-baring di sofa. Tak lama lepas tu, dia bangun dan masuk ke bilik. Ditariknya laptop naik ke atas katil dan dia mula tengok cerita Korea pula.

Sambil melayan cerita tu, saya nampak dia tersenyum seorang diri dari celah pintu.

“Tengok cerita apa tu?” saya tanya.

Entah dia jawab. Baru tengok katanya. Dalam hati ni, saya rasa dah 1 jam juga.

Masuk waktu tengahari, dia pergi ke meja dan mula baca buku kegemaran dia sampai ke petang.

Serius dulu saya ingat aktiviti berehat ini sia-sia je.

Dulu saya ni jenis yang agak serius. Saya cuma fikir kalau ada masa, baik kita buat kerja. Masa tu pada pendapat saya, berehat ni hanya untuk orang yang malas.

Itu dulu.

Sampailah beberapa tahun yang lepas isteri saya tak sihat waktu berpantang.

Saya kena jaga anak, kena melayan kehendak anak sepanjang hari.

Mengadap perkara yang sama setiap hari buat saya jadi letih. Penat pada fizikal dan paling ketara ialah penat pada emosi.

Waktu tu, kalau saya dapat keluar rumah sekejap pun dah rasa gembira.

Kalau dapat buat perkara lain selain dari menjaga anak, rasa lega sangat.

Masa tu baru saya sedar pengorbanan isteri saya. Banyak kali dia mengadu penat dan saya cakap rehatlah.

Saya silap.

Selama ni saya ingatkan dia penat fizikal, rupanya dia penat pada emosi. Penat pada emosi itu tak boleh hilang dengan tidur atau rehat semata-mata.

Sebenarnya, selama ni isteri saya ambil masa berehat hanya untuk dia keluar dari “Emotional burnout”.

Suami kena hati-hati. Penat pada emosi ni tak nampak pada mata kasar.

Kadang-kadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang burnout.

Suami kena hati-hati. Penat pada emosi ni tak nampak pada mata kasar.

Kadang-kadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang burnout.

Percayalah, bila isteri dapat cukup rehat begini, dia akan mula bekerja keras semula untuk keluarga.

Sebab waktu tu, emosi dan psikologinya jadi segar dan terjaga semula.

Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai suami isteri yang tahu. Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan anggota badan yang lain

Artikel Berkaitan:

Leave a Comment

error: Content is protected !!