Filem thriller Children ini memang suspen dan jadi pilihan setelah mencuba untuk love drama Korea. Sebelum itu sis suka layan yang romantik sebab best nak tengok OOTD.
Selain itu, suka lihat pemandangan dan cuaca sejuk yang macam best giler kalau dapat tinggal di sana. Dah la pelakon mereka kacak dan cantik dengan kulit putih kemerahan.
Tetapi rupanya kdrama thriller ini juga sangat seronok untuk dilayan. Mujur ada subtitle, kalau tak memang tak faham apa yang cuba disampaikan.
Cuma sis nak pesan betul, bila dah habis layan tak kisahlah filem atau drama bersiri, mesti kita nak layan cerita lain pula. Kalau tak percaya cuba jatuh cina dengan kdrama ini.
Lewat petang dua hari lepas, bagi menghabiskan masa senggang sis membelek siaran tv. Maklum banyak sangat channel di astro sampai tak tahu nak tengok yang mana (apatah lagi cerita yang disiarkan selalunya cerita sama berulang kali).
Dalam menekan butang siaran, tangan sis berhenti pada siaran KX HD. Sis kira siaran Korea ( dulu namanya Kixx HD, tak silap).
Filem Thriller Children Kisah Benar
Filem dari kisah besar ini (memang suka tonton kisah benar) mengisahkan pembunuhan 5 orang kanaka-kanak di sebuah tempat di gunung top ap-nama sebuah perkampungan, kalau tak silap. Kanak-kanak lelaki ini masing-masing berusia antara 6 hingga 12 tahun.
Kehilangan mereka menjadi igauan ngeri di kalangan penduduk kampung. Malah dikhabarkan 300 ribu orang mencari kehilangan kanak-kanak ini.
Namun setelah lama, kes ini semakin dilupakan hinggalah ada seorang profesor membuat hipotesis bersama seorang wartawan. Menurutnya, mungkin ibu bapa seorang dari kanak-kanak itu yang membunuh mereka.
Malah rumahnya dijejaki oleh polis untuk mencari bukti, namun hampa. Ibu bapa kanak- kanak ini seperti sudah reda dengan kehilangan anak mereka dan sudah letih berhadapan dengan pelbagai usaha yang dilakukan.
Hampir 10 tahun kes ini berjalan tanpa mereka tahu sama ada kanak-kanak ini hilang ataupun dibunuh. Dan akhirnya kes penuh tragis ini berakhir pada 2012 apabila tempat pembunuhan dijumpai dengan longgokan tulang mereka berlima.
Rupa-rupanya kanak-kanak itu dibunuh dengan kejam oleh seorang psikopat yang bekerja di tempat sembelihan lembu. Memang sangat menyedihkan apabila tahu pengakhirannya begini kdrama thriller children ini.
Melihat cara kanak-kanak ini dibunuh cukup menyeramkan di mana baju mereka dibungkus di kepala dan diikat buku sila. Bayangkan apa daya kanak-kanak ini untuk melawan apatah lagi pembunuh itu melayan mereka (beri makan dahulu sebelum bunuh) dengan baik.
Biarpun filem kdrama thriller children ini agak slow, tetapi menarik minat saya untuk menontonnya hingga habis. Tanpa pelakon yang sis kenal, kusyuk untuk mengetahui dalang disebalik pembunuhan kanak-kanak ini. Piqa, Adam dan Aqil juga melihat cerita ini dan mula bertanya itu ini.
Sis pun mula menasihati mereka jangan pergi mana-mana tanpa sis tahu. Kadang-kadang yang kita anggap baik itulah yang sebenarnya musuh dalam selimut. Jadi kalau orang asing, jangan nak jadi peramah sangat.
Beringat Sebelum Kena
Bukan sahaja dalam situasi begini, tetapi dalam banyak hal termasuk urusan kerja atau dalam persahabatan. Dalam bab ini, kita perlu berhati-hati dan jaga percakapan sebaik mungkin.
Berbalik pada kisah tadi, sis kira kita juga pernah dengar cerita kanak-kanak hilang seperti kisah Nursyarlini yang sampai sekarang tidak tahu masih hidup atau mati. Malah keluarganya juga mengharapkan anak mereka ini masih hidup.
Bahaya ada dimana even di sekitar rumah. Ada juga Adam ushar sis untuk pegi taman..tapi sis cakap ‘no’..bukan halang mereka menikmati zaman kanak-kanak, cuma beringat sebelum kena.
Tidak dinafikan betapa perit dan laranya jiwa melihat anak yang kita kandung 9 bulan tiada depan mata. Walau segarang mana kita pada anak-anak, merekalah buah hati pengarang jantung kita. Bila ada rasa rimas ( sebab bising) tapi bila takde rasa sunyi.
Tip elak kemalangan/crime di kalangan kanak-kanak:
- Pastikan ada orang besar jika anak main di luar.
- Sentiasa sekali sekala perhatikan anak-anak bermain.
- Sering ingatkan anak jangan cakap dengan orang tidak dikenali.
- Ingatkan anak bagi tahu jika mereka nak kemana-mana.
- Elakkan bermain di longkang atau tasik.