Minggu Kalut: Antara MH370 | Peristiwa MH370 yang berlaku beberapa tahun lalu memang sangat menggemparkan seluruh masyarakat dunia. Ketika itu juga sis ingat berdepan minggu kalut dengan anak ketiga, Syed Muhammad Aqil.
Kes kehilangan pesawat MH370 yang mengejutkan ramai pihak. Ramai tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi hinggakan dikatakan kapal boeng 777 itu membawa 239 termasuk krew dan penumpang hilang tanpa dapat dikesan. Ada antaranya memang sis tidak kenal, tetapi kenalan kepada kawan-kawan di opis.
Table of Contents
Minggu Kalut: Antara MH370 Gemparkan Dunia
Memang terkesan dengan peristiwa yang sukar untuk diduga dek akal fikiran dan tidak pernah terjadi sebelum ini.
Malah sis juga antara penunggu setia depan TV untuk mengetahui perkembangan terkini di Astro Awani (jadi pilihan memandangkan ada siaran langsung).
Dan masa itu juga saya rasa macam nak melanggan siaran CNN, BBC, Aljazeera ataupun stesen tv lain dari negara asing (untuk dapatkan xtra berita).
Pada masa sama juga, kami sekeluarga turut diuji Tuhan apabila anak ketiga, Aqil dimasukkan ke hospital.
Pada mulanya si gemuk ini (panggilan untuknya) hanya demam biasa. Tetapi hampir tiga hari demamnya tidak kebah dan dia mula muntah-muntah.
Malah dia juga yang selalunya makan tak hengat dunia, tiba-tiba tak lalu nak makan. Seleranya bagai hilang.
Sualah apa sahaja makanan, Aqil akan menolaknya. Sis mula risau dan terpaksa membawanya ke hospital.
Setelah diperiksa, apa lagi Dr Roliza dari DEMC (dirokemen oleh Intan Jastina), dia suruh check-in. Bermulalah sesi ‘kelam kabut’ sepanjang Aqil berada di dalam wad.
Oleh kerana En Abah baru bercuti, jadi nak tak nak terpaksa sis korbankan diri untuk cuti menjaganya di wad. Walaupun dihambat kerja yang mengejar deadline ketika itu, tetapi sis cuba untuk ‘manage’ masa.
Seawal pagi sis gigih ke pejabat dulu dan kemudian barulah seharian di hospital menjaganya. Sis juga bersyukur kerana teman-teman sekerja (ketika itu kerja di bawah team Pesona Pengantin) begitu sporting dan bersedia menolong sis apa yang patut.
Sebelah malam pula, sis pulang ke rumah dan turn En Abah menjaga Aqil. Walaupun Aqil macam tak nak sis pergi, tetapi sis perlu pula memberikan masa untuk Aiman kerana dia masih ‘mengempeng’ saya.
Sis juga perlu sediakan kelengkapan sekolah anak-anak lain untuk keesokan harinya. Hampir tiga hari tiga malam rutin sis dan En Abah begitu. Aqil memang sudah mula sihat tetapi dia tak nak makan.
Sis masih bimbang kerana dia memang seorang yang kuat makan. Pantang sis makan apa, dia akan mintak sedikit.
Teman-teman opis suruh sis pujuk dengan belikan dia apa yang dia suka makan, tetapi semuanya tak jalan. Nasi ayam KFC, wedges, aiskrim semua Aqil pandang sepi.
Seleranya bagai ditutup. Memang minggu itu sis cukup stress, namun sis cuba berlagak senyum dan terus bertabah. Belum lagi berdepan dengan sikapnya yang tidak mahu makan ubat dan mengamuk apabila disuruh.
Dan sis rasa juga sebagai nurse, perlu berhadapan dengan sikap budak-budak yang sukar atau mengamuk ketika makan ubat.
Siapalah suka makan ubat, apatah lagi time sakit. Sis perhatikan nurse itu bersikap seperti marah atau dalam erti kata lain fedup berhadapan dengan karenah budak-budak yang agresif sebegini.
Beri Gaji Laksanakan Tanggungjawab
Ye mungkin dia penat atau bosan setiap hari menghadapi sebahagian kerenah budak-budak. Tetapi itu adalah tanggungjawab dia. Dia diberi gaji dan perlu laksanakan sebaik mungkin. Jika malas, baik tak payah kerja, elok duduk rumah goyang kaki sahaja.
Artikel Lain: Khasiat Sayur Pak Choy Untuk Kesihatan
Setelah hampir lima hari rawatan, Aqil boleh keluar dan sis menarik nafas lega. Terasa rutin harian sis kembali seperti biasa. Tiada lagi minggu kalut seperti sebelumnya.
Walaupun ketika balik ke rumah, dia masih tak mahu makan dan sis sekali lagi di ‘pow’ membeli mainan kegemarannya. Demi anak sis ikutkan jua dan kali ini memang sis beralah.
Dia juga tidak mahu ke sekeolah (ketika artikel ini)..mungkin sebab dah lama tidak ke sekolah. Macam-macam sis taburkan dan alasannya takut muntah, sakit perut dan macam-macam lagi.
Memang sis ikut sahaja kehendak si gemuk ini kerana keadaan dirinya yang tidak sihat sepenuhnya. One more thing, bila dia tak sihat memang sedih tengok sebab lembik semacam, tetapi bila energy sudah mari…ermmm suara petir ini sahaja yang kedengaran.
Sis akui bila anak sakit, banyak perkara lain terjejas. Maksud sis perkara yang sudah kita rancang sebelum itu terpaksa di cancel. Keutamaan kita pastilah kesihatan anak. Bila dia sakit kita jadi risau.
Kitalah Bibik Sebenar Di Minggu Kalut
Apapapun apa yang berlaku ada hikmahnya. Macam sis dan En Abah, kami perlu ‘put aside’ benda-benda lain dan perlu saling bantu membantu dalam urusan rumahtangga.
Maklum bibik tiada dan ‘bibik ini (merujuk diri sis) pula kena uruskan orang sakit. Memang minggu lepas mingu yang betul-betul hot ketika itu.
Bukan sahaja hot mengenai diskusi ke mana hilangnya MH370, tetapi juga hot berhadapan dengan minggu kalut melayan kerenah Aqil yang sakit. Waktu ini peranan kita sebagai mama amat diperlukan tika berdepan dengan situasi anak diduga sakit.
Artikel Lain: Catuan Air Selangor, Terus Check-In Hotel