Penangan Ariana Rose, Kahwin New Norm Lebih Jimat

Penangan Ariana Rose drama penuh emosi memang sangat deep untuk sis kenang. Punyalah suka lagu ini sampai beberapa kali pun tak jemu. Lagi lama didengar lagi menusuk dalam jiwa.

Sampai saat ini sis begitu feeling dan hati sedikit sayu mendengar lagu yang saya kira cukup trending sekarang, Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah. Ini disebabkan gara-gara drama Ariana Rose yang sedang bersiaran sekarang ini.

Table of Contents

Artikel Lain: Tonton Drama Kerana Cinta Itu Ada Lakonan Mantap Nabila Razali

Penangan Ariana Rose

Penangan Ariana Rose

Sis mula start follow cerita ini dari episod 2 penangan Ariana Rose. Sis mula jatuh cinta dengan hero dalam cerita ini Keith Foo (dia ni orang Malaysia tetapi lama duduk di Indonesia & berbangsa Cindian katanya) dan juga sebab nama watak utama adalah Adam (my 2nd boy dan dia juga hensem macam Keith Foo-bila besar nanti).

Biarpun tak sempat melihat jam tujuh tetapi saya akan kuatkan semangat layan di tonton biarpun jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, sambil ditemani my 3rd boy, Aqil.

Dan dari hari-ke hari sis semakin tak sabar nak tengok episod seterusnya (macam cerita LYMA-saya kira lagi best dari drama itu). Inilah dikatakan penangan Ariana Rose.

Dan semalam sis sempat tengok episod 16 dan scene bagaimana Ariana Rose bercerita dengan Uminya mengenai persiapan perkahwinan yang diatur keluarga dan dalam masa tiga bulan lagi.

Sebagai seorang ibu, Uminya cukup risau takut tidak sempat buat persiapan memandangkan tempohnya cukup singkat. Teringat saya dulu masa buat persiapan kahwin mengambil masa setahun juga.

Lepas Tunang Terus Buat Persiapan

Cuma sebaik majlis tunang, terus kena buat persiapan. Apatah lagi di zaman sekarang ini yang rasanya maca-macam kerja kahwin perlu dibuat oleh bakal mempelai.

Pertamanya kena tahu nak buat kat mana? Rumah, dewan ataupun hotel. Tak kisah kat mana yang penting bajet. Sis dulu buat kat rumah jer…lagi senang dan kenduri pula buat secara rewang.

13 tahun dulu kahwin di dewan atau hotel tak berapa glamer lagi. Malah masa tu pun wedding planner ala-ala tak berapa ada. Kalau adapun mungkin cajnya mahal.

Buat di rumah lagi senang, murah dan lebih silaturrahim. Malah majlisnya lebih meriah kerana dari awal pagi hinggalah malah, kemeriahannya memang cukup terasa.

Jimat kahwin kat rumah.

Macam pesta pulak sebab rumah kita terang benderang dan ramai orang datang. Masa tulah kita gotong royong isi telur, bungkus hadiah dan macam-macam kerja lagilah sambil berdebar tunggu saat diijabkabulkan.

Lepas tu bakal mempelai kena fikir jemputan yang nak diundang berapa ramai, persiapan cenderahati, kad jemputan, persiapan dekorasi dan macam-macam lagilah.

Pelbagai Persiapan Dibuat

Memang kalau ikutkan 3 bulan tak menang tangan nak buat persiapan, lagi-lagi jika anda bekerja. Kalau nak senang serah sahaja pada wedding planner. Dia akan merancang segala-galanya untuk anda dan yang penting ada duit.

Namun perlu diingat, kita perlu sering berbincang dengan wedding planner supaya dia tak syok sendiri. Kerja kahwin bukan urusan main-main dan perlu kerjasama dari semua pihak.

Dan mempelai itu sendiri perlu hadiri kursus kahwin dan kalau boleh pergi sama-sama tunang supaya dua-dua dapat tahu hukum hakam dalam perkahwinan ini.

Teringat masa sis kursus di tengah-tengah kota iaitu di Kotaraya (tak pasti ada lagi ke tidak). Dalam masa 2 hari kami pelajari ilmu rumahtangga yang sis kira cukup memberi input yang bagus.

Sekarang katanya ada pemeriksaan untuk HIV dan ia wajib dilakukan. Nasib zaman sis dulu tak ada kerana sangat cukup takut dengan jarum ini. Fobiaaa sangat.

Artikel Lain: Jadi Ustazah Instan Selagi Mampu. Rugi Tak Cuba!

Bagi sis paling penting sekali adalah bajet. Kerja kahwin sekarang memang cukup mahal termasuk belanja kahwin. Paling busuk pun orang minta sekarang adalah RM20k (teringat Eizan cerita anak buah dia hantarannya mencecah RM15k).

Sis gelak bila dia cerita kerana hantaran sis dulu jauh berbeza berganda-ganda. Hanya RM5,500 sahaja termasuk RM22.50 duit mas kahwin.

Kahwin New Norm Tiada Lagi Penangan Arianna Rose

Tapi alhamdulillah majlis berjalan lancar dan belanja kahwin cukup. Mungkin kerana En Abah sudah bekerja 2 tahun sebelum kami berkahwin.

Pengantin masa kini jika baru kerja setahun dua dan hantaran sebegitu, sis kira mereka ini perlu tong tong duit belanja.

Kalau tak tunggulah 5 6 tahun dulu baru merasa bergelar raja sehari. Ataupun ikat perut demi semata-mata kumpul duit nak kahwin. Tak salah kumpul sikit-sikit lama-lama jadi bukit kann..

Itu cerita lapan tahun lalu. Tapi pengantin sekarang lebih jimat. Dalam pandemik Covid-19 ramai berkahwin di pejabat dan buat yang wajib saja.

Seperti anak buah sis, Jun salu genap setahun perkahwinan mereka yang dilangsungkan di pejabat agama. Tak sempat buat majlis di sebelah kami (Lelaki) tapi hidup pasangan ini kekal bahagia hingga sekarang.

Dah setahun Abam Hanif & Jua.

Mama Reen – 21/2/2014
(Selamat Layan lagu Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah)

Artikel Lain: Fesyen Suntik Vaksin Paling Sempoi & Ringkas

Leave a Comment

error: Content is protected !!