Entri Tak Habis Ditulis, Idea Tak Datang

Entri tak habis ditulis disebabkan idea yang tak datang. Pernah tak korang berdepan pengalaman ni. Mula-mula pelbagai idea dalam kepala. Tapi bila dah depan happy, semua gone.

Kadang-kadang situasi ini berlaku sekejap dan ada kalanya makan masa. Oleh sebab itu kebanyakan penulis (tak kisah filem/buku/drama) sanggup bertapa di mana-mana semata-mata tak mahu ketandusan idea.

Dalam kamus hidup penulis, idea itu makanan atau nyawa. Kalau tak datang, boleh sebabkan hidup jadi huru-hara. Sebab itu ada istilah makan tak lalu, tidur tak kenyang dek kerana ketandusan idea.

Sis sambung entri ini, untuk imbas kembali situasi yang berlaku 8 tahun lalu. Ketika sis tinggal di Bandar Puteri, Klang dengan kerenah anak-anak yang masih kecil. Segalanya masih segar diingatan.

“Mama coklat yang warna purple tu tak boleh makan dah yer…cikgu cakap” terpancul soalan dari anak kedua, Adam. Sis katakan yer..Adam dah tak boleh makan coklat tu…ada benda tak elok dalam kandungannya. Alhamdulillah Adam faham kenapa coklat yang jadi kegemarannya itu tidak boleh dimakan lagi.

Kredit Foto: Pexel.com

Oh! memang anak kedua sis ini seorang yang chocolate lover. Dia memang suka giler dengan coklat, aiskrim, kek keju, kek coklat dan seumpamanya.

Perangainya mungkin ikut En. Abah yang juga penggemar coklat dan aiskrim (dalam peti sejuk mesti ada stok aiskrim). Sis selalu juga order aiskrim legen CocoBar, sedap giler layan time panas.

Dan bila tak boleh makan coklat warna purple itu sis seperti kasihan padanya. Coklat itu memang mernjadi feberet terutama yang dibungkus kecil-kecil. Dalam hati sis berkata ‘Bukan mama tak kasi tapi dah tak boleh makan…”

Entri tak habis ditulis ini akhirnya siap dikarang pada bulan lima hari itu. Ketika satu negara kecoh pasal coklat warna purple ini….bila nak sambung balik..i have no ide..

Apa yang pasti, selepas kejadian itu, sis bukan lagi pembeli tegar coklat purple ini. Walaupun rasanya sedap, tetapi biarlah dulu. Biarpun ada pelbagai iklan dibuat untuk memberitahu bahawa ia kini berstatus halal dulu, kini dan selamanya.

Malah sisa juga tiada kesahihan bila mana ada yang mendakwa sebenarnya isu ini diperbesarkan kerana ia adalah satu konspirasi untuki menjatuhkan orang Islam. Ermmm…macam-macam dan sis juga sudahkan entri ini begini sahaja…

Apa-apa pun kanak-kanak memang sukakan coklat atau gula-gula. Benda yang manis, siapa saja tak suka, even orang tua pun sama gemarkannya. Kini, sis jarang beli coklat itu sebaliknya beralih yang lain.

Bukan sebab isu lapuk ini, tetapi anak-anak dah besar dan mereka lebih gemar coklat/gula-gula yang ala-ala boleh sedut lama dalam mulut dengan rasa berangin. Cuma aiskrim tetap seperti dulu, kalau ada brand yang kayangan depan huruf M, mesti mama kena pow.

Mama Reen – 18/7/2014

Artikel Lain:

Penangan Durian, Terus ‘Flat’. Mungkin Side Effect!

Homemade Spageti Carbonara, Rasa Memang Power

2 thoughts on “Entri Tak Habis Ditulis, Idea Tak Datang”

Leave a Comment

error: Content is protected !!