Jadi ustazah instan di tahun 2016. Siapa sangka kan. Tak cuba tak tahu, dah cuba memang selamanya akan kekal dalam ingatan.
Ya hari ini masuk hari keempat di tahun baru. Apa ye excitednya bila tahun baru ni? Rasanya pastilah azam dan keterujaan kaum ibu, mummy, mom, emak, ummi, atau mama menghantar anak ke sekolah buat kali pertama.
Maklum hampir sebulan buat persiapan membeli barangan mereka dan inilah detik dinantikan kaum ibu (bajet persiapan anak-anak memang agak mahal, dek kerana kenaikan harga barang & GST.
Super Excited
Tidak dapat bayangkan yang punya anak ramai, mungkin hanya membeli yang perlu sahaja). Macam juga dengan sambutan hari raya lagaknya. Super excited & saya percaya pasti ada yang tak tidur malam sebelum itu.
Sis juga tidak terkecuali. Tetapi tahap excitednya sooo sooo sahaja. Iyelah sorang tahun 2, sorang lagi tahun 4 dan sorang lagi tingkatan 2. Cuma yang tahun 2, my Aqil yang perlukan penjagaan lebih (dengan kata lain kena teman ke sekolah).
Katanya “Aqil takut la nak pergi sekolah esok sebab tak tahu kelas”…ye sis faham biarpun badannya agak demukkkk tapi dalam hati ada taman..
Pagi itu macam biasa saya alarm jam 6.15 am tetapi rupanya salah bajet time. Sedang Adam bersiap-siap terdengar bunyi horn dari Cik Mala si empunya van.
Ayooo sian pulak pada my Adam terkial-kial memakai stoking. So esoknya saya mesti alarm lebih awal maklum nak kejut Adam agak payah berbanding Aqil. Luckly Adam dan Aqil lain sesi jadi tak berebut bilik air
Selamat kembali belajar ye Aqil yang demokkkkssss |
Seharian menyelesaikan urusan pembayaran (terutama sekolah agama), sis berehat menanti budak-budak balik. Harapnya tiada kejadian apa-apa sebab sebaik hantar Aqil sis terus sahaja balik dan mengandaikan Aqil boleh berdikari.
Aqil, 4 dari belakang, sengih duduk beratur di hari pertama perhimpunan. |
Apa yang sis boleh kongsi, my Aqil mencipta ceritanya sendiri pada hari pertama sesi 2016. Balik sahaja, dia terus bercerita bahawa dirinya didenda berdiri atas kerusi gara-gara nakal dalam kelas. Sis tanya Aqil tak malu ke? Dia cakap “Tak adalah Aqil tenang je mama”.
Dapat sis bayangkan dia yang badan besar berdiri di atas kerusi sambil disaksikan mata-mata pelajar lelaki dan perempuan. Nampaknya Aqil sudah makin besar sebab dia tidak rasa malu biarpun mungkin ada yang ketawakan dia.
Jodoh Kuat
Itu cerita Aqil, kalau Adam pulak memang banyak kali hilang wallet. Dan kali ini hilang lagi. Tapi sis percaya jodoh dia begitu kuat dengan wallet yang katanya diberi oleh seorang temannya. Balik sekolah agama, alhamdulillah wallet itu dijumpai.yang ni pulak lain kisahnya.
Dia tak mahu sis teman even nak peluk atau pegang tangannya. Mungkin dia malu kot. Pada mulanya saya rasa kecik hati tapi lama kelamaan sudah biasa. Harapnya bila dewasa kelak sifat dia tak malu nak peluk sis (tapi tak sampai sekarang sudah Tingkatan 3, dia langsung tak geng dengan sis)
Syafiqa pula memang dah jadi anak dara. Satu je saya pesan jaga diri elok berikutan kes awal tahun yang sis rasa memang malas nak ulas apa-apa. Rasanya semua ingat kes budak Amirah. Full stop.
Memang rata-rata semua laman sosial hari ini cerita mommy hantar akan ke sekolah, teman anak lunch, hantar ke asrama dan apa sahaja pasal persekolahan. tidak kira sekolah swasta atau gomen.
Bagi sis tidak kisah diorang nak sekolah anak kat mana yang penting mampu dan berkemampuan. Sebab ada yang bising di laman sosial mengatakan mereka ini sengaja menunjuk-nunjuk. Komen sis, itu perkara biasa kerana perkongsian di laman sosial hak privasi dan itu juga jadi tanda keluarga kita happy dengan apa dilakukan.
Di hujung hari keempat 2016 ini saya memang teruja. sehari bergelar housewive memang amat membahagiakan. Selain dapat hantar mereka ke sekolah, memasak makan malam (walaupun menu simple, tomyam pilihan adam, kailan ikan masin pilihan kakak dan ikan ala-ala bakar untuk En Abah).
Sis ada panjangkan anganan untuk bergelar full time house pada En Abah, tetapi katanya “Ermmm tak payah laaa..nanti dah sehari kata bosan”. full stop. Tak pe kita berangan jadi ustazah instan je lah.
Jadi Ustazah Instan
Lagi satu yang buat teruja, dek kerana susah nak cari guru mengaji, sis tekadkan diri mengajar anak-anak. Sis siap cerita pada mereka, “Dulu Atuk Saman (pun masa update entri ni Atuk Saman dah meninggal dunia tahun lalu) ajar mama ngaji sampai nangis dan tak ada suara”. Semoga sis boleh jadi guru ngaji untuk anak-anak walaupun sisjuga tidaklah begitu mahir bab tajwid.
Tapi untuk tahun 2021 ini sis memang tak jadi ustazah dah sebab panggil orang lain yang lebih layak. Lagipun tak salah kongsi rezeki pada ustazah ini. Bukan jadi ustazah kepada dua orang, tapi dah tambah lagi seorang anak lelaki sis, Syed Muhammad Aiman yang sangat notty.
Permulaan yang baik untuk 2016 ini. Tidak salah menjadi insan yang lebih baik dan semoga ia berkekalan hingga hujung tahun. HARAP & DOANYA….
LOL
Mama Reen – 1/4/2006