Entri Panas Enjin, Lepas 8 Tahun Berbloging

Entri panas enjin lepas lapan tahun, akhirnya kami bergabung. Kalau dulu keseorangan menulis blog, tapi kali ini paduan cukup hebat menghasilkan info untuk para suri di luar sana. Nak tahu lebih lanjut kenalah click terus di SuriHack.

Sebenarnya kami, Mama Itt, & Netty Ah Hiyer memang dah lama buat blog ini. Masa tu semangat memang mencanak-canak. Padahal kerja masing-masing memang menulis.

Tonton Drama Kerana Cinta Itu Ada Lakonan Mantap Nabila Razali

Entri Panas Enjin

Rasanya tiap-tiap hari ada saja entri baru nak ditulis. Tapi dek kekangan kerja ketika itu, kalau rajin barulah berisi blog kami. Dan ini antara catatan entri sis pada 2014.

Huh…lamanya saya tidak menulis di blog ini. Bukan sahaja tidak menulis malah menjenguk pun bagai tidak mahu. Padahal carian internet lain sis boleh pula layarinya.

Entahlah sis pun tidak tahu sindrom apa yang melanda diri. Sebulan yang lalu, idea begitu mencurah-curah untuk membuat entri baru. Tetapi (bila kerja mengejar deadline) sais mula tidak berminat untuk menulis dan membuka blog.

Geng aktig blog Mama Itt.

Artikel Lain: Fesyen Suntik Vaksin Paling Sempoi & Ringkas

Ingatkan saya seorang sahaja berperasaan begitu, rupanya teman-teman blog lain seperti cikgu Netty dan teman seshopping Mama Itt juga sama. Lata mereka, memang dah lama tak jenguk blog apatah lagi tulis entri baru.

Blog Santai Lebih Best

Dan hari ini sambil dilayani lagu dari penyanyi kegemaran saya Celine Dion, jejari sis mula laju menari di papan keyboard.

Aduss….banyak ide tetapi as usual sis suka tulis sesuatu yang simple dan sweet. Tak payah nak berinfo sangat la, sebab dah banyak blog cerita bab informasi padat ni.

Otak sisbergerak laju (macam gerabak MONOREL) mencari idea terkini untuk sis lakar di blog..ikutkan banyak momen yang ingin sis kongsi dengan pengikut setia blog ini (ada ke pengikut?) Hehehe, harapnya ada kerana sis kini sudah ada 4378 yang rajin buka blog tak seberapa ini.

Tatkala sis buka blog ini, saya terkejut melihat grafnya. Percaya atau tidak, walau tiada entri tetapi graf yang membuka blog ini cukup tinggi (lagaknya seperti graf jika ada entri baru yang sis tulis). Tiba-tiba semangat itu mula muncul dalam diri ini.

Ye betul, mood untuk menulis bukan boleh dipaksa-paksa. ia secara semulajadi. Jika tiada mood, walau depan kita ada gajet (smart phone or ipad) tangan tetap kaku kematu.

Ternyata tidak semua orang boleh menulis. Ada yang menulis sebab nak catatan seperti diary dan ada juga yang sekadar mahu melihat momen manis kelak.

Baik sis tekan remote TV melihat cerita kegemaran atau melayan kerenah Aiman yang semakin laju jalannya (maklum dah dapat kaki).

Artikel Lain: Hiking Setia Alam Trail – Tips Untuk Beginner

Aiman yang makin seronok diajak bermain oleh abang dan kakaknya.

Perasaan sis sedikit lega apabila berjaya selesaikan 20 sec (ketika menerajui Majalah Pesona Pengantin) dalam masa yang ditentukan.

Biarpun berdepan beberapa cabaran getir untuk menyiapkannya. Sis minat kerja itu dan akan sis akan teruskan selagi ia tidak terlalu membebankan.

Nota Cinta Untuk Entri Panas Enjin

Bagi sis blog ini untuk kita berkongsi kisah apa sahaja (opsss bukan yang peribadi, kerana En Abah tidak suka ia dikongsikan).

Dan esok, esok dan esok sis akan bercerita mengenai perihal anak-anak, movie yang sis tengok (latest tonton filem Agro-menang best picture dalam OSCAR 2013) dan apa sahaja yang terlintas dan terpandang di mata.

Lakonan mantap Ben Affleck.

Artikel Lain: Khasiat Sayur Pak Choy Untuk Kesihatan

Rasanya cukup untuk hari ini, kerana fikiran sistidak boleh berfikir lagi (untuk benda-benda lain), idea dah gone seketika .

Biarlah ini dikatakan entri ‘panas enjin’ agar sis terus diberi semangat dan kekuatan untuk terus menitipkan nota-nota cinta di sini. Buat rakan-rakan blogger saya, Netty, Izan, Mama Itt, Intan, ayuh teruskan nota-nota cinta dalam blog ini.

Dengan Netty & Kak Miri.

*Memang tidak guna banyak masa untuk menulis, tetapi ia perlukan satu mood yang sukar untuk diluahkan (curahan idea). Hanya mereka yang in love dapat situasi ini akan dapat rasa feel itu. Dan berterusan hingga hari ini di tahun 2021

Mama Reen – 24/2/0142

Artikel Lain: Fesyen Suntik Vaksin Paling Sempoi & Ringkas

Leave a Comment

error: Content is protected !!