Makan Durian Lepas Vaksin & Kesan Sampingannya

Makan durian lepas vaksin memang buat sis surrender. Lagi-lagi lepas dapat vaksin. Semalam terus ‘flat’ dengan badan panas sejuk dari siang ke malam. Bukan itu je, kepala pulak berdenyut sampai rasa nak hentak ke dinding.

Lain-lain, sis rasa nak muntah setiap kali tengok telefon, TV atau apa saja benda bergerak. Sudahnya mata terkebil-kebil tunggu layu.

Ceritanya pada 22/6 sis dapat second dose vaksin comirnaty di Sunway. Macam biasa, pergi setengah jam awal. Tapi kali ini proses tak seperti masa dapat suntikan first dose.

Sebaik sampai tak Q panjang, terus je dibawa ke kaunter pendaftaran dan setelah dipastikan kad vaksin dan IC (benda penting perlu bawa untuk second dose) terus di bawa masuk ke bilik suntikan.

makan durian
Setel second dose.

Tak Sampai 30 Saat Setel

Tak sampai 1 minit menunggu, nama dah dipanggil. Dalam 30 second setel dicucuk. Kali ini tusukan jarum tidak seperti suntikan firts dose. Ditambah suara lembut Medical Assistant (MA), Nurul Azzah yang diberi tanggungjawab menyuntik sis buat kita lupa proses itu.

Macam biasa selepas itu, terus minta izin untuk ambil gambar dan video buat kenangan. Nanti boleh cerita pada anak cucu, nenek dia pernah kena cucuk disebabkan penularan Covid-19 yang menghuru-harakan seluruh dunia. Apa pun sis bersyukur kerana dapat awal vaksin jenis Comirnaty ini disebabkan kuota Tabung Haji.

Selepas itu terus ke ruangan observation selama 15 minit sebelum dibenarkan balik. Bila dah tiada apa-apa sis pun keluar dari dewan PVC dan seterusnya sesi selfie dengan bangganya pegang banner ‘I have completed my 2nd dose’. Bagi teman-teman sis yang belum dipanggil, insyaAllah ada rezeki nanti.

makan durian
Selfie paling penting

Dalam 10.30 semua proses setel dan boleh balik. Kali ini sis ada driver, En Abah yang volunteer nak temankan. Jadi otw balik rumah, ternampak pulak gerai durian.

Katanya baru hari pertama buka gerai dan durian baru sampai dari Tangkak, Johor. Teruja punya pasal, beli sampai 3 biji untuk dua orang makan.

Sebab dah lama sis tak makan durian, bukan seulas dua, tapi lebih 10 ulas sis makan. Punyalah sedap dengan rasa lemak manis pahit semua ada. Masa makan memang tak ingat yang diri baru lepas vaksin dan kita tak tahu side effect macam mana.

Bahu Je Lenguh

Sepanjang hari tu, memang bahu je rasa Lenguh, tak ada ada rasa side effect lain. Dalam hati kata ‘mesti macam 1st dose hari tu tak de apa-apa’, tapi rupanya dia datang hari kedua, keesokan harinya. Bangun je untuk solat subuh sis dah rasa lain macam.

Dahi rasa panas, badan sekejap rasa sejuk sekejap rasa panas. Ditambah dengan kepala mula berdenyut-denyut. Sis macam biasa sempat beli breakfast (kononnya cuti masak la sebab bahu lenguh kat tempat jab). Lepas breakfast yang macam tak ada selera, sis terus baring depan TV.

Kononnya berehat sambil layan movie, tapi rupanya ‘sis is cannot’. Rasa nak muntah pulak tengok TV, terus naik untuk baring. Sempat berbalas WA dengan beberapa grup WA, walaupun tak lalu nak pandang phone. Kepala memang rasa berdenyut giler.

Situasi sama macam sis alami waktu diserang pneumonia tahun 2013 dulu. Cuma tak batuk dan berak cirit. Waktu ini selera makan memang hilang terus, tekak rasa loya dan nak makan/minum benda masam.

Malamnya sebab tak tahan, terus telan panadol/paracetamol dua biji dan terus berehat. Tapi ingatkan boleh terus lelap mata.

Time ni pulak, mata terkebil-kebil tak boleh pejam. Dengan kepala yang masih berdenyut-denyut sis harapkan ada la salah seorang anak sis tolong picit.

Mujur Aiman datang tolong picit kepala mama, ‘Mama Love U Aiman’… Lepas letak segala macam minyak kat kepala, dahi & tengkuk, barulah mata boleh terpejam. Deritanya semalaman (kalau boleh tak nak dalam situasi ini).

makan durian
My love, Aiman.

Dan alhamdulillah keesokan harinya sis dah ok. Tiada lagi sakit kepala atau badan panas. Tiada lagi ‘feel not well’. Memang tak suka feel tu sebab buat kita hilang segala macam kenikmatan di dunia. Tak tahulah demam semalam ini sebab makan durian atau side effect vaksin.

Makan Durian Lepas Vaksin

Apa pun sis nak pesan, sebelum atau selepas suntikan vaksin, jangan sesekali makan durian. Kita tidak tahu side effect vaksin pada badan kita. Jadi kalau tak mahu jadi apa-apa elakkan dari makan durian.

Sis ada juga baca dari website doctoroncall mengenai persoalan ini. Doktor menjawab walau tiada kesan sampingan makan durian ledas vaksin, sebolehnya jangan ambil elak langkah berjaga-jaga.

Kalau sayang diri jangan makan sebab sis ada dapat kiriman WA, ada yang meninggal lepas suntikan dan makan durian. Inilah dikatakan penangan durian, buat kita lupa seketika bab kesihatan.

makan durian
Raja buah paling sedap.

Tetapi dinafikan kerana katanya disebabkan masalah jantung. Apa sekalipun, kalau boleh janganlah makan walaupun sis tahu musim durian sekarang ni.

Harga Kayangan Makan Durian

Simpan dulu keinginan pada Raja Buah tu sebab kesihatan lebih penting. Buatnya yang ada sakit kronik, jadi asbab untuk kesan lebih buruk.

Sis tak takutkan pencinta durian, tetapi elok berwaspada. Cuma terpulang pada diri masing-masing. Manalah tahu ada yang memang mengidam nak makan dari musim sebelumnya, tapi mungkin boleh makan seulas, bukan berulas-ulas macam sis. Oh ye lagi satu, harganya sekarang memang kayangan.

Mama Reen – 25/6/2021

Artikel Lain:

Belajar Buat Blog Sendiri, Moga Ilmunya Bermanfaat

Tips Bahagia Dengan Pasangan, Kuncinya Kena Jujur!

2 thoughts on “Makan Durian Lepas Vaksin & Kesan Sampingannya”

Leave a Comment

error: Content is protected !!