Diary Hot Mama

Suka Menulis Apa Sahaja

Vaksin Pfizer Bahu Lenguh, Ini Kesan Sampingannya

Vaksin Pfizer kesan sampingannya akan buat bahu jadi lenguh. Lain orang lain lain kesan sampingannya (bergantung pada vaksin jenis apa). Ada yang demam, sakit kepala, cirit birit, menggigil kesejukan dan kesan sampingan lain. Tapi bagi sis, lepas beberapa jam ini, hanya alami lenguh bahu.

Ini perkongsian sis yang jadi penerima suntikan vaksin Comirnaty atau nama glamer Pfizer. Katanya dicipta oleh dua saintis Muslim berpengkalan di Jerman.

1st day Malaysia total lockdown untuk kali kedua, sis tunai tanggung jawab jadi penerima vaksin. Diberitahu akan dapat vaksin jenis Corminaty or Pfizer (alhamdulilah). Kata orang rezeki, sebab kebanyakan dapat vaksin AstraZeneca.

Kena Q Untuk Check Point

Sebelum ini tak dengar lagi pengalaman orang lain disuntik Pfizer di Sunway Convention Centre. Jadi tak tahu bagaimana kesannya pada badan kita. Sebaik sampai, sama semua tempat kena Q untuk setiap check point.

Ramai warga emas jadi penerima hari ini & masing-masing ditemani penjaga. Yang tak larat berjalan (maklum kena keliling dewan) ada wheelchair disediakan pihak Pusat Vaksin Centre (PVC).

vaksin pfizer
Macam biasa kena Q, tapi tak lama.

Dalam 5 second je momen disuntik, (padahal dua malam sebelum tak boleh tidur pikir kesannya).. tq pada team PVC atas kelancaran program & melayan warga emas dengan baik sekali (golongan ini diberi keistimewaan) Side effect Pfizer lepas beberapa jam, sis takde simptom lain kecuali macam cakap kat atas tadi hanya lenguh je kat bahu.

Vaksin Pfizer Sesuai Untuk Warga Emas

Tapi kita tunggu 48H nanti. Dan menurut pembacaan & pemerhatian, vaksin ini sangat sesuai untuk warga emas. Ini kerana tiada kesan sampingan menakutkan seperti yang dimomokkan sebelum ini. Hingga menyebabkan ramai yang jadi anti vak (ada dalam kalangan geng sis sendiri).

Sebenarnya ramai juga geng sis lain yang turut mendapat suntikan vaksin jenis AstraZeneca. Sebelum itu dia yang sis panggil Mama Jeni kena kuarantin kendiri disebabkan anak lelaki tunggal positif Covid-19 (dapat di sekoah). Jadi disebabkan tidak mahu masalah berulang, dia dan suami turut battle (sesi pertama dulu) untuk dapatkan temujanji AstraZeneca di PWTC. Baca pengalamannya di sini.

Pesan sis, sebelum jadi penerima, elok baca QnA dekat Mysejahtera. Kat situ ada info kenapa kena ambik vaksin & side effect (tak payah cari info lain yg merepek, bukak je MySejahtera baca).

Banyak masa lapang dari tau dapat date ke hari suntikan). Jangan malas, sekurang-kurangnya hilangkan rasa takut, maklumlah ada antara kita yang kali terakhir disuntik 10 tahun lalu ketika buat pemeriksaan ibu mengandung.

Vaksin Pfizer
Sis done #vaccinated.

Momen 5 Second Digigit Semut

Bagi sis lagi takut dicucuk untuk check gula atau ambil darah sebab jarumnya lebih besar. Ini macam gigit semut dan lepas 5 second tak rasa apa dah..

Apa yang buat sis terkesan melihat kes kematian yang semakin tinggi disebabkan virus ini cepat menyerang organ dalaman terutama paru-paru. Sis terbayang saat diri hampir separuh nyawa melayang disebabkan terkena jangkitan pneumonia. Mungkin simptom sama (demam, batuk) tetapi virus ini 1000 kali lebih JAHAT.

Jadi kepada mana-mana yang belum daftar untuk jadi penerima vaksin, segeralah berbuat demikian di MySejahtera bagi mencapai target 80 peratus populasi telah divaksin. Dan yang bestnya kali ini tak payah sistem battle kerana menurut KJ semua akan dapat dengan kadar lebih cepat.

Vaksin Pfizer
Daftar di bahagian Covid-19.
Tip Tambahan:
  • Datang setengah jam lebih awal
  • Pastikan isi perut bersarapan sedikit supaya tidak rasa terlalu lapar
  • Jangan lupa pastikan kadar bateri kena full, kerana akan banyak gunakan aplikasi MySejahtera
  • Bawah pen sendiri untuk elak apa-apa jangkitan
  • Sila pakai doule face mask seperti disaran DG, atau boleh juga pakai Face Shield untuk ekstra perlindungan
  • Pastikan sentiasa alert dengan penggumuman/panggilan nama dibuat
  • Jangan lupa juga untuk membawa hand santizer & cuci tangan sebaiknya lepas lakukan semua urusan

Mama Reen – 2/6/2021

Artikel Berkaitan:

Belajar Buat Blog Sendiri, Moga Ilmunya Bermanfaat

Layan Drama, Cara Terbaik Kawal Emosi ‘Burnout’

Related Posts

4 thoughts on “Vaksin Pfizer Bahu Lenguh, Ini Kesan Sampingannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!