Fesyen Pelik Uyaina Arshad Dalam Drama Love Elsa

Fesyen pelik Uyaina Arshad yang digayakan drama Love Elsa yang kini trending menyebabkan sis akan setia duduk depan TV tepat jam 10 malam.

Walaupun tenaga ketika itu dah capai level 30 peratus, tetapi demi Love Elsa kita paksa tahankan je mata yang layu. Tak mahu ketinggalan lihat drama terbaru ini yang pasti akan trending tak lama lagi.

Love Elsa lakonan Uyaina Arshad dan Zul Ariffin memang agak lain dari drama lain. Walaupun plot ada sedikit klise bila anak orang kaya balik dari luar negara dan terus dapat kerja di syarikat ‘Megah Holding’ gituuu.

Fesyen Pelik Uyaina Arshad

Tetapi kelainan pada watak Ammara lakonan Uyaina Arshad menyuntik rasa seronok untuk kita menontonya. Boleh sis katakan lakonan Uyaina makin lama makin bagus. Tidak kekok seperti di awal drama lakonannya dalam Lelaki Kiriman Tuhan.

Apa sis boleh katakan Uyaina bakal pengganti kepada Mira Filzah kalau betul-betul Juara Pencarian Nona Manis dan Puteri Muslimah Asia2018 ini mendalami lakonan lebih cemerlang. Maklumlah rupa ada, gaya ada dan paling penting penonton kita suka selebriti yang tidak banyak kontroversi.

fesyen pelik Uyaina Arshad
Lakonan mantap Uyaina Arshad

Love Elsa & Ammara

Okay berbalik pada cerita Love Elsa ini, menceritakan bagaimana seorang gadis bernama Ammara yang mempunyai kebolehan dan kelebihan mengembara melihat masa silam orang yang disentuhnya. Jika perkara dilihat serius Ammara boleh jatuh pengsan atau seperti mahu pitam.

Disebabkan penyakit misteri ni, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya. Ammara kemurungan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dan disisihkan oleh ayahnya sendiri.

Kebolehan ini juga menyebabkan tercetus perkenalan dengan Ridza Kim lakonan Zul Ariffin yang baru pulang dari Korea bagi membantu bisnes keluarga dikendalikan pakciknya.

Oleh kerana Ammara terpegang tangan Ridza ketika membeli bunga di kedai tempat Ammara bekerja, dia melihat perkara yang menyedihkan ketika Ridza masih kecil.

fesyen pelik Uyaina Arshad
Gandingan pelakon hebat.

Guna Kebolehan Bantu Ridza

Ammara kasihan melihat kesengsaraan Ridza dan cuba untuk menolongnya. Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza dan kemudian lahirnya perasaan cinta.

Daripada situ lebih banyak timbul konflik yang rupanya membuka kepada sebuah rahsia. Walaupun baru beberapa episod tetapi sis tak sabar nak tahu kesudahan drama 24 episod ini.

Artikel Lain: Penangan Ariana Rose, Kena Ingat Nak Kahwin Kena Kumpul Duit

Paling sis teruja melihat OOTD Ammara yang digambar sebagai wanita pelik. Dia mengakui untuk lakonakan watak itu perlu memakai baju berlapis-lapis bagi menjayakan gadis bernama Ammara.

fesyen pelik Uyaina Arshad
Menggayakan fesyen berlapis-lapis untuk kelainan.

Biarpun gaya tersebut berbeza dengan penampilannya dalam drama sebelum ini, tetapi Uyaina berjaya menggayakan fesyen pelik dengan OOTD yang sangat cantik. Katanya dia perlu memakai 18 sarung tangan untuk drama ini.

“Bagi saya, gaya pemakaian dalam drama itu sesuatu yang fresh dan berbeza dengan watak-watak saya sebelum ini. Selama saya berlakon, tak pernah pakai macam itu.

“Gaya itu direka oleh penata gaya untuk drama itu… sesuai dengan watak Ammara yang dilihat seperti perempuan pelik atau aneh. Sebab Ammara ini seorang perempuan lain daripada yang lain,” kata pelakon berusia 28 tahun ini.

Bukan Selalu Dalam Fesyen Pelik Uyaina Arshad

Walau bagaimanapun menurut Uyaina lagi, jika berada di luar dia tidak akan bergaya begitu kerana tidak sesuai dengan gaya harian dan cuaca tempatan.

Namun jika menghadiri majlis hiburan atau acara yang memerlukan tema sebegitu gadis manis ini tidak ada masalah untuk menggayakan fesyen pelik begitu.

Seperti melihat drama Kdrama yang biasa kita saksikan pelakonnya memakai baju berlapis-lapis. Kalau di sana perkara biasa dek cuaca yang sejuk memang perlu pakai baju berlapis-lapis. Walau apa pun drama arahan Micheal Ang berjaya mencetus dunia fesyen tersendiri di kalangan peminat Uyaina.

fesyen pelik Uyaina Arshad
Bakat yang semakin menyerlah.

Matching Dengan Fesyen Pelik Uyaina Arshad

Lagi satu tertarik dengan tudung digayakan Ammara. Walau diselimpang begitu, tetapi tetap cantik dan stailo. Tidak perlu lilit bagai, apa yang penting matching dengan OOTD digayakan Ammara setiap hari. Sesuai dengan karakter bekerja di kedai bunga.

Apa yang sis kagum dengan Uyaina, biarpun mengikat tudung begitu, tetap menjaga batas aurat. Bahagian leher pasti ditutup sebaik mungkin dengan inner. Inilah juga antara tarikan fesyen pelik Uyaina Arshad.

Begitu juga jika memakai skirt, Uyaina akan gayakan dengan seluar atau stoking panjang yang menutupi auratnya. segalanya sangat perfect dan tidak mengundang kecaman daripada warganet. Mungkin fesyen pelik Ammara bakal jadi trend tak lama lagi.

fesyen pelik Uyaina Arshad
Antara pelakon lain yang turut membintangi drama ini.

Jangan main-main dengan pelajar Jurusan Undang-Undang UIA ini, yang memang sangat menjaga penampilan dan Uyaina juga turut menjaga batas ketika berlakon bersama Zul Ariffin. Tiada adegan berpelukan atau bersentuhan yang terlalu rapat.

Artikel Lain: Lilitan Hijab Sehebat Profesional. Ini Gaya Paling Best!

Bagi yang mahukan OOTD lebih banyak dari Ammara jangan lupa saksikan drama Love Elsa yang diadaptasi dari karya Acik Lana, setiap hari Isnin hingga Khamis di saluran Slot MegaDrama Astro Ria setiap jam 10 malam.

Bukan saja anda tergoda melihat lakonan mantap Zul Ariffin, tetapi anda juga akan terpesona dengan kecantikan serta OOTD si gadis bunga Ammara.

Setiap Isnin – Khamis di slot MegaDrama

4 thoughts on “Fesyen Pelik Uyaina Arshad Dalam Drama Love Elsa”

Leave a Comment

error: Content is protected !!