Jaket Serlah Penampilan Gaya Lebih Santai

Jaket serlah penampilan dan sentiasa menjadi pilihan sis sejak dulu lagi. Pemakaianya menjadi pelengkap dan penyelamat pada gaya santai atau formal. Tidak perlu banyak aksesori, cukup sekadar main warna menyerlah penampilan.

Seperti biasa, entri lama ini ditulis sekitar tahun 2013. Cukup lama tetapi isi kandungan masih boleh dipakai untuk panduan semua. Bercakap mengenai fesyen yang menjadi kesukaan dan minat sis sejak dulu lagi.

Lama sungguh tak menjengah laman blog ini…alasannya mestilah sebab sibuk menguruskan keperluan rumahtangga. Tetapi sis baca share seorang teman blog dari kelas Netty Ah Hiyer, katanya tetap akan menulis jugak even sibuk, laptop rosak dengan hanya menggunakan telefon blackberry (glamer dulu) yang kecil.

Dalam hati sis gigih betul dia menunaikan hajat yang satu. Sis sebagai penulis juga kadang-kadang tiba hari malas, terus tak sentuh sebarang gajet.

Kali ini semangat sis datang semula dan saya mahu tulis entri mengenai Gayaku Hijabku, iaitu pasal jaket serlah penampilan. Sebenarnya ide nak tulis entri ini sudah ada dalam benak fikiran, cuma kekangan masa.

Malam ini agak santai sedikit memandangkan anak-anak sudah nyenyak tidur dan En. Abah pula jauh di perantauan (jumpa awek Jepun katanya).

jaket serlah penampilan
Jaket kulit pilihan terbaik untuk special occasion.

Cuci Mata Pilih Gaya Jaket Serlah Penampilan

Ketika masih dalam tempoh bercuti tempohari, saya membawa kaki ini untuk ke AEON Bukit Tinggi (dekat rumah). Tujuannya hanya untuk cuci mata setelah sekian lama terperap dalam rumah.

Sis memang gemarkan aktiviti window shopping ini kerana ia bagai terapi kepada segala masalah. Kegembiraan berganda bila berjaya mendapatkan hasil tangkapan, walaupun bajet bawah RM100.

Artikel Lain: Gaya Amelia Berkebaya Dalam Cik Ayu Mee Sanggul

Dari satu kedai ke satu kedai saya lalu dan singgah. Dalam fikiran saya mahu mencari jaket sesuai. Kebanyakan yang sis lihat tidak menarik hinggalah melangkah masuk ke butik Levi’s (paling best untuk mencari jeans). Sis melihat patung di luar mengenakan jaket yang sis kira amat cantik dan begitu stail. Pemilihan yang betul menjadi sebab jaket serlah penampilan seseorang itu.

Harapan sis agar ada saiz sesuai tetapi setelah dicari, tidak ada saiz untuk sis. Memang betul-betul frust dan berharap akan ada di cawangan lain. Fikiran mula terbayang jika jaket denim itu dipadankan dengan jeans ataupun skirt. Dalam fikiran sudah tergambar jaket serlah penampilan dalam gaya memukau.

jaket serlah penampilan
Antara jaket denim paling best.

Memang sis akui jaket itu cukup cantik. Malah sesuai dengan gaya sis yang gemar dan mahu kelihatan ringkas sahaja setiap keluar bekerja atau acara outing.

Memang dah lama sis mencari jaket kerana bagi sis ia boleh dipadankan dengan apa jua padanan. Sarungkan sahaja dengan jeans, skirt, slack ataupun dres labuh. Ia tetap nampak cantik dan memikat hati.

Padanan bersesuaian menjadikan gaya anda nampak ranggi, menawan dan masih mengekalkan gaya Muslimah. Ada macam-macam jaket yang ada di pasaran, misalnya jaket atau blazer untuk yang mahu bergaya formal, jaket kulit untuk yang ranggi, jaket denim ataupun jaket yang bercorak seperti bunga (sis tidak berapa menyukai jaket motif floral).

Jika kita layari carian google, banyak butik online menawarkan jaket dengan harga berpatutan. Ada juga sis survey, tetapi pilihan gambar seperti lebih kepada mereka bertubuh kecil…amat frust sekali. Ternyata gaya dengan jaket serlah penampilan lebih outstanding.

jaket serlah penampilan
Lebih yakin dengan memakainya.

Beli Sendiri Ketika Belajar

Sis memang cerewet mengenai gaya yang satu ini. Kalau boleh saya mahu cuba dan acu padan di badan sendiri. Bagi sis fesyen jaket ini seperti lagu yang evegreen, akan sentiasa dicari orang walaupun lambakan gaya kini.

Dulu ketika belajar di USM, sis ada memiliki sehelai jaket yang dibeli di butik EIC (butik feveret untuk beli tshirt & beg). Sis gunakan jaket itu setiap kali menaiki motor di kampus untuk ke kuliah.  Jaket itu sis simpan dan guna even sudah masuk ke dunia pekerjaan.

Kata orang ada nilai tersendiri memandangkan dibeli dengan duit sendiri (mahal kerana itu masih bergelar student). Tetapi jaket itu kini sudah MIA (missing in action). Puas sis cari tetapi tak jumpa. Dan sampai sekarang sis masih lagi berharap jaket itu kelak kembali kepada tuannya.

Walau apa sekalipun, jaket adalah pelengkap gaya seseorang. Dua tiga tahun lepas, sis kira gaya kardigan menjadi fenomema.

Ia berfungsi seperti jaket, cuma labuh sedikit dan berbentuk meleret di hujungnya. Kardigan ini biasanya dipadankan dengan tshirt sahaja. Kalau beli time sale memang untung especially beli di Uniqlo. Paling penting cantik dan selesa.

jaket serlah penampilan
Ini antara yang sesuai untuk aktiviti sántái.

Gaya Jaket Serlah Penampilan Pelengkap OOTD

Macam-macam warna dan sis juga memilikinya sehelai (tidak mahu ketinggalan gitu). Begitu juga demam balero, seperti kardigan tetapi pendek sedikit dan lebih stail.

Baik kardigan atau balero masih lagi jadi pilihan pengguna dan siapa mahu yang murah dan cantik, panjat sahaja Kenangan Wholesale Center.

Artikel Lain: Fesyen Suntik Vaksin Paling Sempoi & Ringkas

Namun awas, anda tidak boleh beli sehelai tetapi 3 helai bagi mendapatkan harga istimewa. Jadi sangat dialu-alukan membawa teman ketika shopping di sini.

Lagi satu paling sis suka jaket ala kimono yang sangat labuh dan boleh kita gayakan dengan seluar atau skirt. Tidak perlu beli yang mahal sebaliknya cari sahaja di kedai bundle (yang premium) dan anda akan dapat semurah RM50 sehelai.

Kardigan kimono pilihan terbaik.

Lebih Cantik Jaket Serlah Penampilan Jika

  1. Dipadankan dengan boot.
  2. Sesuai dengan tshirt pendek atau tiada lengan (agar tidak panas).
  3. Cari jaket yang tidak terlalu panas untuk aktiviti luar.
  4. Jika baju dalam berbunga, elakkan pilih jaket motif flora.
  5. Digayakan oleh meraka yang punya ketinggian.
  6. Terpulang pada gaya anda, jika pejabat pilih yang formal seperti blazer, jika untuk aktiviti lasak, kulit atau denim amat sesuai.
  7. Warna selamat seperti, biru tua, coklat ataupun kelabu (boleh juga jika berani pilih jaket warna merah ataupun ungu seperti model Kimora Lee).

Sedikit Tip Ketika Shopping

  1. Buat survey dua tiga kedai sebelum ke sesuatu tempat.
  2. Bandingkan harga barang yang mahu dibeli.
  3. Jika membeli di kedai borong, pastikan membawa kawan supaya harga lebih murah.
  4. Untuk jimat, jangan bawa wang yang banyak ataupun kredit kad.
  5. Ajak kawan untuk membuat pilihan barangan.

Artikel Lain: Ibu Hamil Patut Ambik Vaksin Elak Bahaya

15 thoughts on “Jaket Serlah Penampilan Gaya Lebih Santai”

  1. Alamak jaket denim tu cun la pulak. Nampak sesuai je kalau dalam tu t shirt putih. Padankan dengan seluar denim….Jaket ni macam ala ala cardigan juga la…pelengkap gaya kan?.

    Reply
  2. Betul apa akak tulis ni. Jaket memang penyelamat penampilan selain membantu para muslimah menutup aurat. Saya paling berat hati utk Marie Kondo jaket ke pusat derma. Hahaha. Sayang jaket ni. Tambahan yang leather dan susah nak cari warna yang kita minat tu. Sweater, cardigan, jaket, jaket kulit. Ini akan saya simpan dan jadi khazanah. Haha. Pandemik ni, saya hanya pakai jaket kulit ke tempat ambil vaksin je. Kemudian sweater or cardigan utk ambil parcel posmen. Oklah tu kan.

    Reply
  3. Betul la macam Nell pun I prefer to wear jacket or cardigan juga…if tak pakai rasa macam kurang sesuatu… satu lagi sebab i jalan kaki g kerja from KLCC about 15 minutes juga dulu2.. so kena pakai jacket if not berpanas jemur under the sun la juga 😛 cantik dan smart juga kan bila ada jacket…

    Reply
  4. Suka pakai jaket juga sebab nampak cool gitu , tapi sekarang lebih banyak pakai hoodie sebab itu jer yang senang nak dapat. Ada berkenan 1 jaket Levis nih tapi belum lagi dapat beli sebab harga dia boleh tahan mahal. Ehehehe

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!