10 Tempat Menarik Di Perlis Korang Wajib Pergi

10 Tempat Menarik Di Perlis Korang Patut Pergi | Bulan 12 atau Disember adalah bulan paling popular untuk bercuti. Tak kiralah sama ada bercuti di luar negara ataupun dalam negara. Yang penting inilah masa inilah nak habiskan cuti yang terkumpul sejak awal tahun lagi kannnn.

Ada yang sengaja kumpul cuti dari awal tahun semata-mata bila hujung tahun boleh cuti lama-lama tanpa fikirkan masalah kerja atau urusan seharian.

Maklumlah bagi yang bekerja (sis dah pencen) mood bercuti itu secara tak langsung membara bila masuknya bulan November atau Disember.

Baca Juga: 8 Tempat Menarik Di Penang Wajib Pergi Trip 2 Hari 1 Malam 2023

Bajet Hujung Tahun

Waktu ini masing-masing sudah adjust pengurusan masa dan kerja (sudahkan kerja apa yang patut) untuk memastikan sepanjang bercuti seminggu, dua minggu atau lebih aman dan tidak dikacau oleh bossss.

Artikel Lain: Travel ke Jepun beri 21 Pengalaman Berharga

Bagi yang berkemampuan, boleh layan luar negara, lagi best sebab ada beberapa negara mengalami musim salji dan masa inilah juga nak layan salji dan jualan sale yang merata-rata dipromosikan.

Bab bajet, sis rasa ramai yang dah mula menabung, terutama untuk travel sejak awal tahun lagi. Seperti seorang teman sis Mama Jeni yang juga rajin berblog modernmumythingy yang akan kumpul duit tabung bersama suami untuk travel hujung tahun.

Tahun ni dia kata layan trip dekat2 je, bukan dalam negeri tapi negara jiran sebelah (nantikan tulisannya).

Tempat menarik di Perlis
Perlis negeri kecik tetapi best untuk kaki hiking, banyak bukit boleh diterokai…

Tempat Menarik Di Perlis

Dan bagi yang bajet ala2 tapi still nak bercuti atau bonding dengan family, sis cadangkan trip ke Perlis Indera Kayangan. Kenapa pilih Perlis trip menarik, bukan ada apa negeri kecik ni? Itu bagi yang belum pernah jejak kaki ke sini. Apa agaknya tempat menarik di Perlis yang boleh kita terokai keindahannya.

Perlis diibarat permata kecil yang jika kita bijak menggilapnya, keindahan akan terserlah. Lagi satu Perlis juga menjadi destinasi pilihan yang korang boleh pergi bila time musim tengkujuh. Cuaca kat sini confrim dalam keadaan bank (tapi dinasihat juga jeling2 lihat weather forecast) beberapa hari sebelum pergi.

Kalau trip2 sebelumnya kami memang selesa drive je sambal layan sightseing, tapi kali ini kita pilih nak public transport. Saja nak lebih adventure dan uji elok mana PT kat Malaysia ni especially perkhidmatan ETS. So, sis buat persiapan dua minggu (untuk urusan booking transport & penginapan).

Sambil jalan-jalan kat sana, kami sempat singgah rumah Abang Ipar & Kak Liza yang memang baik hati di Jitra. Rumah diorang untuk transit sebelum checkin di Perlis. Menurut Kak Liza, banyak tempat best di Perlis boleh kita layan. Lagi sis sabar nak tahu apa tempat menarik di Perlis ini.

Tempat menarik di Perlis
Ambik flight awal pagi…

Untuk pergi kami ambik tiket flight ke Kepala Batas, Kedah seawal pagi dan sampai lebih kurang jam 10 pagi. Harga tiket okay la, tak murah sangat tak mahal sangat. Total bajet flight dalam 500++ untuk 5 orang dewasa & kanak-kanak.

Oleh kerana masa tu tengah hangat movie Spiderman, jadi kami layan tonton, sambil bawa anak buah, Syed Muhammad Ikhwan di GSC Aman Sentral, Alor Setar. Sooo malam tu kita chill & santai di rumah Kak Liza, sambil usha tiket masuk ke Pulau Langkawi (eh kata trip Perlis je, nape masuk Langkawi nih…) haaa tunggu sambungan entri ni…plan pergi Perlis je tapi rupanya boleh jugal layan Langkawi dengan bajet mampu milik.

Perlis, negeri kecil terletak di utara Semenanjung. Sis jatuh cinta dengan Perlis, negeri yang diindahkan dengan landskap bukit/gunung pelbagai bentuk unik. Katanya sesuai untuk kaki hiking (next nak ajak geng hiking datang) sebab banyak bukit menarik boleh diterokai. Kalau kaki instagramle confirm memang syok selfie dengan view bukit bukau dan pergunugan cukup indah.

Anyway untuk trip kali ini kita hanya ada 4hari3malam layan utara guna ✈️🚝 memang best. Banyak destinasi baru & menarik korang boleh cuba. Jom kita tengok apa sebenarnya tempat menarik di Perlis yang viral sejak adanya perkhidmatan ETS di sana.

Sebenarnya Perlis sebuah negeri yang kecil so dalam dua hari layan pun dah onzzz semua tempat menarik di Perlis yang dicadangkan.

Atau korang juga boleh layan tempat menarik di Perlis one day trip dari pagi sampailah malam. Oleh kerana keluasannya tidak terlalu besar, jadi tidak ada masalah cari makanan minuman dan tempat menarik di Perlis.

Tempat menarik di Perlis
Gua Kelam yang tak kelam, ada cahaya gituuu

Tempat Menarik Di Perlis

Cuma sis rasa kalau sapa nak datang boleh lepak homestay berbanding hotel. Kat sini ada satu dua je hotel lima bintang, selebihnya hotel besha2 je. Dan bagi sis kalau bercuti, memang tak laa mencari penginapan mewah, cukup sekadar untuk berehat seketika sebelum JJCM.

Sis cadangkan yang datang Perlis cari homestay yang view sawah padi next boleh liaise dgn Khairilazhar Ismail mak metua isterinya, Farhanah Mohd Khalil ada sedia servis homestay cantik.

Tempat menarik di Perlis
Wang Kelian, port best tengok awan pagi…

Port Menarik Di Perlis 2023

  • Gula Kelam✅
  • View Point Wang Kelian✅
  • Padang Besar✅ (tapi x shopping sangat sebb x bwk 💰💰💰💰diorg x de sistem CC atau trf)
  • Taman Ular & Reptilia✅
  • Taman Anggur✅ (lalu je sebb belum musim berbuah)😅
  • Taman Herba✅ (tak dapat 10k🦶sebab byk sec close😌
  • Street Art, Kangar✅
  • Empangan Timah Tasoh✅
  • Warung Tepi Sawah ❌ (ramai Q nak BF sini😌)
  • Ikan Bakar Lia❌ (menjelang malam, perut dah kenyang)
  • Anjung Keli – pergi makan untuk lunch tapi banyak lauk dah habis …recommended katanya
Tempat menarik di Perlis
Port wajib selfie..titik 0 KM dari Perlis

Disclaimer: Oh yer sis sempat day trip ke Langkawi. Saja layan Mangrove di Kilim Geoforest Park. Rasanya kena banyakkan aktiviti tour sini. Tak banyak (mayb diorang stay beberapa jam untuk mandi kot). Mungkin sekarang lebih menarik, sebab Kalau tak memang agak boring sedikit. Rasanya baik naik Cable Car walaupun dah pernah naik beberapa kali.

Tempat menarik di Perlis

Sempat Day Trip Ke Langkawi

Tapi sis paling recommend Wildlife Park. Berbaloi bayar dengan aktiviti di sini esp bagi makan haiwan & kalau berani boleh selfie dengan🐍. Haaa lagi satu mintak pengurusan pihak tertentu topup 🍫 macam tak lengkap tak bawak balik jajan ni kannnn.

Ada jual, tapi bukan yang viral, semua soldout. Tapi itu cerita setahun lalu, katanya sekarang tak susah pun pengunjung nak beli coklat. Tak perlu ke HIG pun sebaliknya kedai-kedai biasa pun banyak coklat boleh diborong.

Oleh kerana hanya daytrip ke Langkawi, sooo itu antara port menarik yang korang boleh cuba. Masuk seawal pagi, balik servis feri paling last. Sekarang nak beli tiket feri pun melalui booking online.

Download saja Apps Cuti-Cuti Langkawi dan dekat situ dah ada date feri yang availabe atau tak. Harga standard dan servis lebih tersusun dan sistematik.

Dalam feri juga ada sedai bajet jual jajan, mana tahu sepanjang 1 jam 45 minit dari Kuala Perlis ke Langkawi lapar, boleh layan kudapan dijual.

Sooo trip ke Perlis/Langkawi ini bagi sis memang mampu milik. Untuk 5 orang pergi balik, terma suk penginapan dan makan serta jajan, kami spend bawah RM2K. Kami tidaklah beli pelbagai barangan, sekadar kekacang saja memandangkan travel ala2 backpackers. Oh ye, untuk perjalanan balik ke KL, kami naik servis Electric Train Service. Jenuh mencari tiket balik sebab rata-rata semua station sudah penuh.

Lepas try and error, kami akhirnya naik dari station Alor Setar yang makan masa sejam dari Jitra. Bertolak dua jam lebih awal kerana tak tahu situasi macam mana di pickup point. Rupanya sama macam Komputer yang memang on time. Kalau time 2.30, janganlah sesekali lewat, ETS tak akan panggil kita punnnn.

Perjalanan memang selesa untuk 4 jam ke KL Sentral. Dihidangkan view cukup indah terutama melalui Bukit Merah Lake Town dan melihat matahari terbenam tika ETS meluncur laju.

Tak perlu sesak nafas menahan jem, sakit mata melihat kereta jalan macam siput kerana ETS membawa kita terus sampai ke destinasi dalam masa ditetapkan. Alhamdulillah sambil layan tempat menarik di Perlis, dapat juga layan Langkawi dan menerokai keindahan pemandangan sepanjang perjalanan balik menaiki ETS.

Ada juga yang alang-alang dah sampai ke Perlis, boleh terus layan trip ke Krabi. Dapat Bercuti Di Krabi yang merupakan destinasi syurga makanan pastikan menjanjikan keseronoka berterusan. Jangan lupa untuk rakamkan momen indah jika berkesempatan bercuti ke Krabi ini.

Artikel Lain: Port Makan Best & Viral Kat Selangor. Rugi Tak Cuba!

2 thoughts on “10 Tempat Menarik Di Perlis Korang Wajib Pergi”

Leave a Comment

error: Content is protected !!