Rezeki Tak Kemana. Just Go With The Flow.

Rezeki tak ke mana. Kata orang Go With The Flow. Haha rasa tak percaya malam ini sis gigih untuk update blog yang dah setahun tak tulis apa-apa entri.

Kadang-kadang sambil lalu je kat blog ni tanpa ada hati nak tulis. Ermm agaknya sebab selalu update bahan digital, jadi keinginan tu melewati hati untuk menulisnya.

Apa sis nak share hidup ini umpama roda. Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Tak tau apa nasib kita akan datang berbanding sebelum. Kalau tiada dugaan, rasa macam mendatar pulak perjalanan hidup kita ini.

Kebolehan Satu Kelebihan

Ada yang bernasib baik akan terus berada di takhta atas. Dan siapa sangka mereka  yang sebelum ini tidak di pandang akan berada dalam kedudukan sangat selesa. Apa yang penting ada skill tau kebolehan yang boleh dipamer pada orang atasan kerana senjata inilah yang menjadi satu kelebihan.

Apa-apa pun kita anggap itu adalah rezeki masing-masing. Mungkin ada benda yang kita alpa menyebabkan Tuhan ‘memberhentikan’ seketika dan insya-Allah kalau ada rezeki mungkin kita akan mendapat lebih dari itu.

Ada masanya benda-benda macam ni memberi kita ingatan. Tidak semua orang suka pada kita. Siapa tahu sebab rambut sama tapi hati lain-lain. Sentiasalah berbaik sangka pada orang lain.

Cheeky Boy, Aiman.

Untuk atasinya senang je. Lihat kemampuan kita adakah boleh mencapai limtasi yang telah ditetapkan. Kalau tidak better under diri tanpa ada sebarang sesalan. Biarkan yang berupaya sahaja mendepani segala cabaran di hadapan.

Urusan rezeki di tangan Tuhan. Dan kurniaan yang sedikit itu mampu buat kita bahagia. Asal jangan cari pasal dengan orang.

Sis tanamkan dalam minda ‘go with flow’ dan memang bila kita ikut ketetapan minda, perjalanan jadi jadi lebih senang. Mungkin akan lebih dipermudahkan oleh Allah.

Rezeki Tak Kemana

2016 yang sangat  mencabar dan 2017 memberi kita satu kesedaran bahawa hidup ini umpama roda. Bukan hanya menyentuh soal rutin harian, tetapi juga merangkumi pelbagai perkara termasuk urusan rezeki.

Senang cerita tahun ini tiada percutian, tiada baju raya, tiada tabungan dan untuk langkah penjimatan kena BERPUASA. It’s ok salah satu proses diet paling bak untuk kesihatan kannn. Kalau dah kurus mestilah suami lagi sayang kan.

Atau lepas ni lebih rajin ‘update’ blog sendiri yang memang sekarang ni boleh buat duit walau hanya di alam maya. Mana tahu satu hari nanti kita boleh tulis sendiri tanpa mengikut masa ditentukan orang.

Tak ada rasa menyesal kerana segalanya sudah tersurat oleh Allah SWT. Percayalah rezeki kita ada di mana-mana. Kalau bukan tahun ni, tahun depån atau tahun selepasnya nanti. Teruskan berdoa padaNya.

Mama Reen – 2016

Artikel Lain:

Vaksin Pfizer Bahu Lenguh, Ini Kesan Sampingannya

Makaroni Goreng Bertelur, Sarapan Simple Weekend

Ayam Masak Kicap @ Sumor, Penangan Resipi Istimewa Arwah Mak!

Leave a Comment

error: Content is protected !!