Sehari bergelar guru atau cikgu pastinya satu pengalaman paling menarik. Sis pernah jugak bercita-cita nak jadi cikgu tapi hanya sekerat jalan sebab pikir balik kerjaya wartawan macam lagi best.
Terpanggil untuk menulis entri ini memandangkan hari ini rasanya cukup istimewa buat warga pendidik. Mana tidaknya hari ini adalah hari kebesaran mereka sempena Hari Guru.
Sehari Bergelar Guru & New Norm
Ramai juga teman-teman sis yang jadi guru@cikgu@pendidik dan macam-macam lagi gelaran. Dari zaman di sekolah hinggalah kini dalam suasana new norm dengan sistem pembelajaran dari rumah atau PdPR sejak pandemik Covid-19 melanda dunia.
Teman-teman yang sama-sama belajar di USM, sebahagiannya bergelar pendidik. |
Cuma memang sis tidak dijodohkan untuk menjadi guru ataupun bertemu jodoh dengan guru. Tetapi sis juga ada pengalaman bergelar guru untuk satu hari.
Sis masih ingat ketika itu di Sunway dan sekolah yang sis dapat untuk menjadi guru sementara itu adalah sekolah Cina. Tetapi hanya mampu bertahan satu hari sahaja dan sis memang tidak betah untuk bergelar pendidik.
Biarlah teman-temkan sis yang ambil satu kursus iaitu Mass Comm in Journalism/ Broadcasting tetapi mengubah haluan jadi guru.
Kepada geng Cikgu Cak, Enn, Zie, Sudir dan lain-lain, semoga korang semua selesa dengan gelaran yang akan dibawa hingga akhir hayat. Banyak pahala korang tau. Bagi sis cukuplah pengalaman sehari bergelar guru.
Sebenarnya ada idea lain yang mahu sis coretkan di entri ini. Sis ingin bercerita tentang kehamilan. Opss bukan sis yang mengandung tau kerana sis sudah tutup kedai. Ini sebahagian cerita kepada geng makan kami Mama Itt.
Sejak mendapat berita dia mengandung (dalam usia mencengah 4 siri) kami semua gembira. Bukan apa, dia pastinya teruja untuk mengandung semula setelah hampir 9 tahun setia dengan ‘handbang’ lama.
Pastinya nanti semuanya akan serba baru dan rasa teruja yang amat sangat. Cuma sis kasihan pada Mama Itt yang dilanda morning sickness yang agak teruk (katanya start pada kehamilan anak pertama dan keduanya lagi).
Tiada Selera Makan
Ketika artikel ini ditulis, Mama Itt sudah hampir seminggu MC dek sebab tidak larat. Kami yang pergi ke rumahnya semalam kasihan melihat keadaan bakal ibu ini. Lembik dan katanya lebih enak berbaring sahaja.
Nak tengok TV pun tak lalu, apatah lagi masuk dapur ataupun memasak. Tekak terasa tidak mahu makan apa-apa dan katanya lagi lebih enak baring sambil menelan sedikit askrim ataupun bubur. Semoga Mama Itt terus bertahan untuk membawa seorang lagi khalifah Allah ke dunia yang indah ini.
Cuma sis cuba bandingkan dengan diri saya. Alhamdulillah, sis tidak merasai alahan itu. Cuma sekadar sedikit loya pada tekak (itupun pada bulan-bulan pertama).
Selepas itu sis rasa macam biasa. Setiasa bertenaga dan ceria. Daripada kehamilan pertama hingga kelima. Cuma rezeki sis dikurnia empat anak je, dan satu lagi sis simpan di syurga.
Mungkin ketika itu sis menghadapinya seorang diri (memandangkan En Abah masih kerja di Pantai Timur) dan Allah memberi sedikit keselesaan & kelonggaran untuk melalui semua itu. Dan apabila diuji peristiwa tahun lepas, sis tertanya-tanya, kenapa ia jadi pada sis.
Teruk rupanya morning sickness ini. Mendengar cerita teman-teman lain juga begitu. Setiap saat mahu muntah. Atau petang sahaja mahu keluar isi perut.
Artikel Lain: Catuan Air Selangor, Terus Check-In Hotel
Lebih teruk tudak boleh pandang muka ataupun bau suami. Setakat tidak boleh masak, bisa diatur boleh makat diluar. Ada juga yang langsung tidak boleh mekap dan wajah dibiar polos. Tidak macam sis dulu, kata orang mekap tetap mampan.
Sentiasa posing. Kami bersama hadiah Al-Quran, sumbangan Big Bos KMK… |
Sis ingat bila anak pertama sahaja kita mengalami alahan ini, tetapi rupa-rupanya tetap sama sama ada kehamilan pertama atau kedua atau seterusnya.
Mengandung Usia 40-an
Ye, sis bersyukur tidak mengalaminya. Jauh di sudut hati sis macam nak rasa tetapi dalam usia begini, sudah 40-an mampukah sis bertahan?
Apa-apapun sis harapkan geng makan kami Mama Itt sentiasa sabar dengan ujian Tuhan ini dan pastinya bayi comel yang dinanti akan menceriakan kehidupan Aliya, Aiman dan suami tersayang.
Ketika entri di update, kami masih lagi jadi geng makan, geng shopping dan membawang. Diam tak diam baby ketiga Mama Itt juga sudah berusia 7 tahun dan petah macam mamanya. Namanya Sis Jela dan sis laff dia jadi mentor sis dalam berOOTD.
Mama Reen – 16/5/2014
Artikel Lain: Rezeki Tak Kemana. Just Go With The Flow.