Jerung Char Koay Teow Menu Sedap & Viral Di Utara

Jerung Char Koay Teow Menu Sedap & Viral Di Utara. Jerung Char Koay Teow Penang (JCKT Penang), sebut saja namanya membayangkan resipi ini lain daripada yang lain. Terus terbayang kesedapan menu Char Koay Teow yang memang selama berpuluh tahun menjadi hidangan wajib bagi pengunjung yang datang ke utara.

Namun keistimewaan Jerung Char Koay Teow Penang (JCKT Penang) berbeza dengan mana-mana sajian yang sama sepertinya dihidangkan di sini. Maklum dengar nama sudah dapat membayangkan hidangan yang sudah tentu lazat dan menyelerakan.

Jerung Char Koey Teow

Jerung Char Kuey Teow

Artikel Lain: Masak Lemak Rebung, Cukup Pekat & Lemak

Biarpun JCKT Penang baru memulakan perniagaan kira-kira lima tahun lalu, tetapi namanya yang unik jadi sebutan di kalangan penggemarnya. Tak payah diperkenal, sebut saja nama JCKT Penang ini sudah terbayang keistimewaan char koay teow ini.

Keistimewaan adalah dari segi rasa char koay teow itu sendiri yang ramai suka dan kata sedap. Ada respons daripada customer, anaknya memang tak makan char koay teow di tempat lain selain di situ. Selain itu, ramai pelanggan mengatakan sambal nasi lemak di situ mengimbau nostalgia.

Jerung Char Koay Teow
Jerung Char Koay Teow

Persis sambal air tangan mak-mak zaman dulu. Resipi itu diperoleh daripada kakak kepada suami puan Salnita, iaitu pemilik jenama ini. Selain itu, menurut customer, mereka suka datang ke situ kerana servis yang cepat

Malah restoran ini menjadi lebih viral kerana turut menjadi tumpaun selebriti selebriti terkenal tanah air iaitu Serina Chef Wan, pendakwah tersohor ustaz Abdullah Khairi dan pemain bola sepak Pulau Pinang, Zafuan Azeman.

Restoran yang dibuka pada Mac 2018 ini dimiliki oleh pasangan Salnita Taharain dan suami, Azahar Aziz. Restoran ini terletak di Jalan Lengkok Kelicap, Mutiara Perdana, Bayan Lepas, 11900, Pulau Pinang, Bayan Lepas, Malaysia. Rupanya ada cerita disebalik terciptanya jenama JCKT Penang ini.

Setelah lebih 20 tahun bekerja kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang, pasangan ini berasakan tiba masanya untuk mereka berhenti kerja ‘makan gaji’. Selepas berhenti kerja, mula tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan dan ketika itulah terfikir untuk berniaga.

Waktu itu kebetulan anak saudara suami datang ke Pulau Pinang untuk belajar memasak Char Koay Teow di sebuah kedai yang cukup terkenal di Pulau Pinang. Pada saat itu juga timbul idea untuk Puan Salnita untuk turut berniaga Char Koay Teow.

Jerung Char Koay Teow
Jerung Char Koay Teow

Kini JCKT Penang menjadi antara tumpuan ramai pelanggan termasuk dari luar Pulau Pinang termasuklah Johor, Selangor, Kelantan dan macam-macam lagi. Apatah lagi di zaman sosial media ini. Ramai customer yang mengaku, datang hasil selepas google.

Sebenarnya nama Jerung Char Koay Teow ini diperoleh daripada seorang usahawan yang menjadi mentor puan Salnita dan Suami. Mentor itu selalu sebut perkataan ‘Jerung’. Dari situ timbul idea untuk jenama ‘Jerung’ untuk perniagaan mereka.

Viral Di Pulau Mutiara

Sebelum berniaga, mereka belajar dulu bagaimana hendak berniaga. Apatah lagi pasangan ini tidak ada asas perniagaan dan hanya bekerja kilang. Namun jika sudah menjadi rezeki tidak ke mana. Walau baru lima tahun beroperasi, sambutannya sangat menggalakkan.

Harapan puan Salnita dan suami, adalah untuk bawa jenama ‘Jerung’ ini sehingga menjadi seubah syarikat Sdn bhd. Menjadi syarikat yang boleh membekalkan sos chat koay teow, sambal tumis frozen bukan saja kepada penduduk sekitar Pulau dan Perlis saja. Semua orang boleh rasa dan bukan hanya setakat kedai makan saja.

Memulakan operasi setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 5.30 petang hingga 12 tengah malam, kini JCKT juga turut membuka cawangannya di Perlis bermula Januari 2021. Selain di Penang, terdapat cawangan JCKT Penang ini di Perlis.

Jerung Char Koay Teow

Antara menu yang ditawarkan di Penang adalah pelbagai jenis Pelbagai jenis char koay teow ( ada bubuh ketam, kambing, chicken chop di atas char koay teow). Nasi lemak ayam, nasi lemak chicken chop, nasi lemak kambing, nasi lemak superman (ayam+udang). Makanan western pula seperti kentang goreng, chicken chop dan lamb chop.

Menurut Puan Salnita, menu yang menjadi pilihan para pelanggan di restorannya ialah Char Koay Teow dan Nasi Lemak Ayam.

Manaka di cawangan Perlis pula Aneka char koay teow (sama seperti di Pulau Pinang). Nasi goreng udang, Nasi Goreng Chicken Chop, Nasi Goreng Ayam Goreng dan Nasi Goreng Kambing. Untuk makanan Western sama jugak dgn penang. Paling top di sini ialah char koay teow dan nasi goreng udang.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari media sosial JCKT Penang di platform:

FB: Jerung Chat Koay Teow Enterprise (Penang)
Jerung Char Koay Teow Perlis (cawangan Perlis)
IG: Jerungckt

Artikel Lain: Khasiat Sayur Pak Choy Untuk Kesihatan

6 thoughts on “Jerung Char Koay Teow Menu Sedap & Viral Di Utara”

Leave a Comment

error: Content is protected !!