Fenomena Crumple Shawl Yang Memang Onzz & Trend

Fenomena Crumple Shawl yang pernah sis gayakan dulu memang sangat onzz. Waktu itu sis beli semua warna yang ada dek kerana ketaksuban dengan fesyen ini. Apa je colour yang ada semua sis beli dan jadikan koleksi kesayangan

Dah sekali menulis, memang kita akan jadi gian. Baiklah kali ini sis nak tulis sesuatu yang sis sangat suka. Apalagi iaitu pasal fesyen. Sebelum ini sis ada tulis mengenai fenomena ‘glitter shawl’ yang menjadi pilihan dan mainan penggemarnya.

Dan kali ini mengikut pemerhatian sis, crample shawl pula mendominasi fesyen. Jika melihat perkembangan trend ini di pejabat saya, semua teman-teman, Eizan, Linda, Anis, Wawa, Seda, Fasya Fazida yang turut menggilai fenomena crumple shawl ini.

Fenomena Crumple Shawl
Bersama Fasya & arwah Linda menggayakan crumple shawl

Bila membaca kembali entri ini sis teringat pada sahabat baik sis, Arwah Linda yang telah kembali ke rahmatullah hujung tahun lepas. Dia antara sahabat sis yang rajin juga menjual tudung yang harga bajet. Kalau berkenan memang sis akan beli.

Linda seorang sahabat yang baik, ceria, pemurah walaupun suaranya agak nyaring memanggil sis. Tetapi suara nyaring itulah yang sis rindui kini. Moga Arwah Linda tenang di negeri abadi. Momen bersama Linda akan sis kenang till jannah

Artikel Lain: Design Baju Raya 2023 Gaya Terkini Paling Onz

Fenomena Crumple Shawl

Bukan mereka sahaja, sis juga tidak terkecuali. Apatah lagi harganya cukup murah RM10. Dan sis percaya jika beli di jalan TAR, pasti harganya jauh lebih murah.

Memang sebelum itu sis tercari-cari shawl jenis ini. Sis pulak jenis yang ‘rock’ (rock ke…) dan simple…so shawl begini memang kena dengan jiwa gituuu.

Bagi sis jika mahu yang bergaya proper (selendang meletop & kemas), adalah untuk tujuan pergi dinner or majlis orang kahwin.

Di pejabat shawl sempoi memang jadi pilihan. Belum lagi tengok pergi pasar, hehe..tudung sarung je lagi senang untuk digayakan.

Sebelum ini memang sis ada beberapa koleksi crumple shawl ini. Cuma ianya bercorak. Dan sis memang nak cari yang pelbagai warna.

Apatah lagi bila buka IG Jojie (sis jadikan dia idola dalam pemakaian selendang, sebab gayanya yang selamba), dan cantik Jojie memakainya dengan hanya meletakkan di kepala. Apa yang penting menutup aurat.

Berbalik yang tadi, sis borong tudung dari seorang staf remaja (Uzma) sampai lima helai. Semua color yang best sis rembat, hingga menimbulkan rasa tak puas hati Anis (jangan mare ye Anis).

Memang tudung ini cukup senang dan mudah untuk digayakan. Tanpa iron, crumple shawl ini memang memikat hati terutama yang gemar bergaya simple.

Rasanya trend crumple shawl ini bermula dah lama (sis sebenarnya sudah memiliki koleksi ini sebelum itu) tetapi apabila penyanyi no 1, CT memakainya, selendang itu kembali popular.

Fenomena Crumple Shawl

Salah satu koleksi crumple shawl sis. Momen bersama owner ‘terlajak laris’ Datuk Syukri.

Artikel Lain: Jaket Serlah Penampilan Gaya Lebih Santai

Tarikan Personaliti Itu Penting

Betullah tarikan personaliti itu penting dalam mempengaruhi orang untuk memakainya. Dan terbaru CT juga telah dilamar menjadi Ikon bagi tudung Ariani, satu jenama popular. Perkembangan yang bagus apatah lagi CT menjadi ikon fesyennya.

Satu keputusan yang bijak di ambil oleh kedua-duanya kerana baik CT ataupun Ariani punya pengaruh yang kuat. Memang senang nak gayakan crumple shawl ini.

Hanya lilit-lilit sahaja dan penampilan tampak cantik sekali. Tak caya jom tengok gambar-gambar sis bersama teman-teman yang menggayakan crumple shawl ni.

Murah atau mahal, terpulang pada seseorang itu. Jika murah tetapi gaya memakainya cantik, pasti akan jadi tarikan orang lain untuk memakainya.

Bukan sis katakan tidak pada satu jenama ini (memang popular) tetapi, tudung begitu bukan taste sis. Lebih selesa (bagi sis) menggayakan selendang atau tudung yang senang untuk dipakai. Tepuk dada tanya selera. Apa yang penting kita menutup aura kannnn…

Tapi ini cerita 15 tahun lalu, rasanya fesyen hijab crumple sudah tidak innn lagi. Kembali kepada fesyen shawl biasa dari fabrik cotton, satin, atau memilih hijab bawal sahaja. Kalau ditanya sis memang suka hijab bawal kerana senang untuk disarung dan digayakan. Inilah hijab yang sering sis gayakan setiap kali tibanya Syawal.

Fenomena Crumple Shawl
Bersama owner Malady Couture, Kak Mass

Tip Pilih Hijab

  • Cari yang lebih selesa digayakan
  • Pilih fabrik tidak panas seperti cotton, lagi-lagi mahu digayakan sepanjang hari
  • Jika OOTD digayakan kosong, carilah hijab bercorak untuk menambah keserian gaya
  • Sebaliknya jika baju berbunga2, elakkan pilih hijab sama sebaliknya pilih plain & soft color
  • Boleh pilih sama ada mahukan shawl yang panjang atau labuh atau bentu tiga segi
  • Untuk yang mahu menutup dada, pilih bidang 50 atau 55 kerana lebih santun
  • Jadi lebih bijak beli hijab yang melakuka promosi beli 3 atau dua atau lebih pada harga promosi
  • Boleh recycle kembali hijab tidak digunakan dengan memberi kepada golongan lebih memerlukan.

Artikel Lain: Drama Love Elsa, Tarikan OOTD Pelik Uyaina Arshad

6 thoughts on “Fenomena Crumple Shawl Yang Memang Onzz & Trend”

Leave a Comment

error: Content is protected !!