Fesyen suntik vaksin tidak perlukan gaya berlebih-lebih. Sis lebih suka pilih gaya sempoi dan ringkas, asalkan matlamat asal dapat dicapai.
Tetapi oleh kerana sudah lama terkurung, sekali dapat keluar melaram why not kita lebih OOTD. Bukanlah sampai menggayakan kebaya atau tudung lilit, tetapi cukuplah sekadar berpenampilan yang menyenangkan petugas di PVC.
Fesyen Suntik Dapat Vaksin
Sebelum itu juga, Kementeria Kesihatan Malaysia telah mengingatkan agar mereka yang menerima suntikan tidak memakai baju kebaya atau tudung meleret atau kepok, sebaliknya digalakkan memilih pakaian yang senang untuk kita selak bahu.
Bagi wanita jika memakai t-shirt di dalamnya, bahagian luar boleh dilapisi dengan kardigan atau jaket yang bersesuaian. Atau memakai blous yang senang untuk ditarik bahagian bahu di lengan.
Bayangkan kalau pakai baju yan susah untuk ditarik bahagian bahu, pasti melambatkan kerja para petugas. Anggap saja kita mudahkan kerja orang, nanti Allah mudahkan kerja kita.
Tetapi apa yang sis perhatikan, masing-masing tidak mahu kalah bergaya. Walaupun muka ditutupi topeng muka, namun gaya datang ke pusat vaksin tetap mantap. Misalnya Nabila Razali yang selamba bergaya dengan patung Dinosur sebagai penemannya.
Fesyen Suntik Lengan Besar Jadi Pilihan
Lain pula gayanya dengan pelakon Mira Filzah yang memberi tip supaya mereka yang datang ke PVC agar memakain baju berlengan besar untuk mudahkan singring dengan.
Dia juga turut kongsi tip memakai sarung lengan supaya bahagian nak disuntik saja yang terdedah dan lengan tak terdedah. Masih menjaga aurat sebagai seorang Muslimah yang sempurna.
Tidak kurang ada juga selebriti atau public figure memilih bergaya dengan heel kala berada di pusat suntikan vaksin ini. Mungkin juga gaya selepas itu yang penting. Maklum setiap PVC ada menyediakan wall of fame untuk kita rakamkan gambar kenangan tanda sudah terima vaksin.
Jadi OOTD inilah penting untuk dimuat naik dalam medsos masing-masing. Bagi sis ia antara momen terbesar da bersejarah kerana terbabit dalam program imunisasi covid-19 kebangsaan yang bermula awal tahun ini.
Walau apa jua gaya anda tampilkan, yang penting memudahkan kerja para petugas dalam memastikan sesi suntikan vaksin berjalan lancar.
Jom kita lihat fesyen suntik vaksin selebriti di beberapa PVC
Nabila Huda
Elfira Loy
Wany Hasrita
Nabila Razali
Amira Othman
Mira Filzah
Fesyen Suntik Vaksin Farah Nabilah
Izara Aishah
Artikel Lain: