Cara Halau Lipas Guna Bahan Dapur Paling Berkesan

Cara Halau Lipas| Lipas sejenis haiwan perosak yang mempunyai bau tidak menyenangkan. Kehadirannya di dapur boleh undang amarah. Lagi-lagi bila mahu sediakan makanan untuk keluarga, ada seekor dua yang datang tanpa diduga.

Serangga kecil ini memang sejenis yang suka pada sampah dan kotoran. Malah lipas juga dikatakan penuh dengan bakteria dan kuman. Oleh sebab itu kita perlu memastikan cara halau lipas dari rumah terutama cara halau lipas dalam kabinet dapur.

Selalunya kita akan sembur guna semburan seranggan perosak, tetapi perasan tak dah bunuh satu akan datang lagi yang lain. Situasi ini sedikit sebanyak, boleh buat kita stres nak berperang dengan haiwan kecil ini.

Sebenarnya ada beberapa petua untuk hilangkan serangga yang menggelikan ini. Malah dikatakan juga kehadiran haiwan yang boleh terbang ini juga boleh memberi kesan buruk pada kesihatan. Jadi sebagai Ketua Chef di dapur yang bertanggungjawab menyediakan hidangan keluarga, sangat perlu memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan terhindar dengan kehadiran lipas.

cara halau lipas

Baca Juga: Cara Bersihkan Mesin Basuh Berkeladak, Guna 6 Langkah Mudah

Cara Halau Lipas Paling Berkesan

1. Guna Daun Pandan

Koyakkan atau hiris daun pandan menjadi kepingan nipis dan letakkan di tempat yang terdapat banyak lipas seperti di dalam laci atau kabinet. Lipas akan segera lari apabila terhidu bau daun pandan dan tidak akan membiak di rumah anda.

2. Kulit Kayu Manis & Buah Pelaga

Paling senang, ambil beberapa biji buah pelaga dan tumbuk dengan kulit kayu manis. Letakkan di tempat terpencil dan gelap, bau bahan ini akan menghalau lipas. Biarkan sehingga lipas hilang dan tidak muncul lagi.

3. Hirisan Lemon

Boleh juga guna hirisan limau dan letakkan di tempat gelap seperti kabinet atau laci di mana lipas biasa. Selain menghalau lipas, limau juga dapat menyegarkan bau kabinet dan laci. Dan selalunya lemon pasti ada di rumah anda. Jangan lupa apabila lemon kering, gantikan dengan lemon baru.

cara halau lipas

4. Daun Bay

Daun bay juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Ambil beberapa helai daun bay dan tumbuk hingga halus. Selepas itu, tabur daun di tempat lipas.

5. Pilihan Baking Soda & Gula

Campuran dua bahan ini akan membunuh lipas. Gunakan nisbah 1:1 dan letakkan campuran di kawasan yang mempunyai banyak lipas. Gula akan menarik lipas untuk makan, manakala baking soda akan membunuhnya. Boleh diletakkan di dalam kabinet, di luar jangkauan kanak-kanak.

6. Guna Timun

Cara paling senang dan praktikal. Letakkan hirisan timun di tempat yang korang rasa ada lipas menetap. Pasti ada ada yang terperangkap dengan hirisan timun ini.

7. Kegunaan Air Sabun

Boleh juga guna air sabun. Ini kerana lipas tak suka bau wangi dan rupanya air boleh membunuh lipas. Tak kisah guna je apa-apa jenis sabun. Caranya ialah dengan memasukkan air sabun ke dalam botol semburan dan hanya semburkan pada lipas setiap kali nampak lipas. Lipas cenderung cepat mati jika disembur dengan air sabun kerana lubang pernafasan lipas tertutup.

Baca Juga: https://surihack.com/fakta-lipas/

Cara Tradisional Bunuh Lipas

Walaupun kita sudah memastikan rumah dalam keadaan bersi tetapi serangga kecil ini tetap akan datang menyerbu ruang tersmbunyi seperti dalam kabinet dapur atau almaar. Salah seorang pengguna Tiktok Nur Raissa ada petua menghalau lipas yang boleh kita cuba bersama-rama.

Cara yang digunakan ini mudah dan menjimatkan.Hanya dengan menggunakan bahan sedia ada di dapur. Jom cuba kita praktikkan di bahagian dapur terutamanya.

Bunjut Penghalau Lipas

Bahan-Bahan:

  • Kain net
  • 3-4 kuntum bunga lawang
  • 1/2 sudu teh bunga cengkih
  • 1/3 sudu teh lada hitam
  • Sedikit minyak urut
  • Getah atau tali untuk mengikat

Langkah Penyediaan

  1. Bentangkan kain net.
  2. Letakkan semua bahan yang disenaraikan pada bahagian tengahnya.
  3. Kemudian renjiskan minyak urut pada rempah ratus tersebut untuk kekalkan bau agar ia tahan lama.
  4. Bentukkan menjadi bunjut dan ikat dengan getah atau tali.
  5. Letakkan bunjut tersebut di mana-mana sudut kabinet atau ruang kediaman.

Guna Kaedah Semburan

Atau korang juga boleh guna cara atau petua yang dikongsi Public Health Malaysia di mana cara digunakan ini boleh matikan lipas dalam 2 minit melalui kaedah air semburan.

Bahan-Bahan:

  • Air sabun
  • Botol semburan

Langkah Penyediaan:

  1. Campurkan air dengan sabun dan isikan ia ke dalam botol semburan.
  2. Semburkan cecair ini ke arah lipas.
  3. Air sabun akan melemaskan lipas dan ia akan mati dalam masa beberapa minit.

Pun begitu, Public Health Malaysia mengingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan dengan memastikan sisa makanan dikutip dan sampah sarap tidak disimpan dalam rumah.

Info Bahaya Lipas

  1. Lipas mempunyai tabiat yang buruk semasa makan yang mana ia akan melakukan regurgitasi.
  2. Regurgitasi ialah memuntahkan semula apa dimakannya di tempat ia sedang menikmati makanan. Justeru, lipas akan meninggalkan bakteria-bakteria berbahaya dan najis yang mengandungi pelbagai jenis kuman.
  3. Terdapat kira-kira 4,000 spesies lipas di Malaysia.
  4. Ia membiak dengan banyak dan cepat. Sebiji telur lipas mengandungi enam hingga 16 ekor anak lipas.
  5. Biasanya, lipas akan menyimpan telur dengan melekatkannya pada perabot, pakaian, dalam almari dan tempat-tempat yang tersorok.
  6. Berdasarkan kajian, terdapat bakteria di usus lipas yang boleh menyebabkan jangkitan pada salur kencing, keradangan pada badan dan masalah pencernaan. Bakteria ini dikenali sebagai “Pseudomonas Aeruginosa”.

Tanda Lipas Menyerang Rumah

1. Nampak Lipas Berterbangan & Ada Najis

Kalau ada najisnya, pasti serangga ini ada di rumah anda. Kebiasaannya, najis ini boleh dijumpai di tempat yang gelap seperti kabinet dapur dan almari baju.

2. Akan Ada Bau Hapak

Lipas sebenarnya mengeluarkan bau seakan-akan bau yang hapak di sekitar rumah. Sentiasa peka dengan bau di sekitar rumah anda yang mungkin merupakan petanda serangga ini sudah mula mencerobohi kawasan rumah anda.

3. Kelibat Lipas

Tanda paling jelas, anda nampak sendiri lipas mulai berlegar-llegar di sekitar rumah, anda tidak boleh berlengah lagi. Ini masanya untuk anda mulakan langkah menghalau dan menghapuskan lipas ini.

Lipas Boleh Gigit Manusia

Rupanya seranggan omnivor ini juga selain makan tumbuh-tumbuhan, sisa makanan, lipas juga boleh gigit kulit manusia. Walaupun tak sampai mudharat macam kena sengat lipan atau kala jengking, tetapi kita tetap tak mahu situasi ini terjadi.

Lagi satu paling tak disukai bila lipas masuk dalam telingan. Ini kerana tahi telinga menghasilkan asid Lemak berwap yang boleh tarik perhatian serangan perosak ini. Memang jadi habitat serangga kecil ini yang suka lubang sempit, lembap yang dikatakan sesuai dijadikan sebagai tempat tinggal.

cara halau lipas

Baca Juga: 10 Khasiat Daun Kesum, Bahan Utama Penyedap Laksa Lebih ‘Kaw’

Leave a Comment

error: Content is protected !!