Bayar Fidyah Puasa| Ternyata kempen demi kempen yang dijalankan setiap tahun kewajipan membayar fidyah telah memberi impak yang amat besar kepada masyarakat Islam terutamanya di Selangor. Ini boleh kita lihat bagaimana kutipan hasil bayaran fidyah meningkat setiap tahun dari tahun-tahun sebelumnya.
Jika tahun lalu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah berjaya mengumpul sebanyak mengutip RM12.5 juta pada tahun lalu berbanding sasaran, RM11.5 juta.berbanding tahun sebelumnya. Sehubungan itu tahun ini besarlah harapan MAIS untuk mengutip lebih banyak kutipan dengan mensasarkan 14 juta bagi tahun 2024 ini.
Perkara ini telah diberitahu oleh Pengerusi MAIS sendiri, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika pelancaran Pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Tunai Fidyah Negeri Selangor Tahun 2024 yang berlangsung di sebuah hotel baru-baru ini.
Menurut beliau kesedaran yang tinggi masyarakat di luar sana tentang pentingnya membayar fidyah ini di tambah dengan usaha MAIS menyediakan platform lebih mudah iaitu kalkulator untuk melaksanakan kiraan fidyah ini.
Dalam ucapannya, Pegerusi MAIS turut memberitahu kewajipan membayar fidyah dan menggesa masyarakat Islam di Selangor menyegerakan bayaran fidyah ini.
Baca Juga: MAIS Lancar Kalkulator Fidyah Puasa Platform Mudah Kiraan Ganti Puasa
Beliau juga berkata, masyarakat memberikan kepercayaan dengan menunaikan fidyah kepada MAIS atau ejen yang telah dilantik agensi itu seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS); Malaysia E-Government (MYEG); Bank Muamalat Malaysia Berhad; As-Salihin Trustee Berhad dan Rakyat Trustee Berhad.
Kempen Bayar Fidyah Puasa
Kempen bayaran ini bermula sejak 13 Februari hingga 11 Mac nanti dengan pelbagai aktiviti dilakukan seperti Live Tiktok MAIS, OPS Tunai Fidyah di lapangan, pembukaan Kaunter Runding Cara Baitulmal di daerah dan agihan bayaran fidyah di lokasi terpilih.
Sehubungan itu beliau turut berharap kempen dilakukan ini akan dapat memberi kesedaran tinggi pada masyarakat Islam di Selangor untuk tunai kewajipan berpuasa dan membayar fidyah . Turut berpesan agar masyarakat Islam tidak ambil mudah perkara berkaitan hukum hakam.
Dalam majlis yang sama juga pihak MAIS turut meraikan rakan media dan rakan strategik sebagai satu penghargaan kepada rakan strategik yang telah memberikan komitmen tinggi bagi pelaksanaan program dan kepada rakan media memberikan sokongan melalui liputan meluas berhubung kejayaan, peristiwa dan aktiviti semasa MAIS.
Antara penerima penghargaan ini adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Radio Television Malaysia (RTM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Media Selangor, TV Alhijrah, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan, Bernama, Kosmo, Radio IKIM, Radio Zayan, Radio Selangor, Radio Klasik, Karangkraf, rakan blogger dan sebagainya meliputi media arus perdana dan media digital.
Kewajipan Tunai Fidyah
Fidyah merujuk kepada pembayaran atau penggantian yang diberikan oleh seseorang yang tidak mampu menjalankan ibadah puasa semasa bulan Ramadan atau mengerjakan ibadah haji kerana alasan kesihatan atau keadaan yang menghalang.
Fidyah ini biasanya diberikan dalam bentuk makanan kepada orang yang memerlukan atau dalam bentuk wang untuk menyediakan makanan kepada golongan yang memerlukan. Ini adalah satu bentuk kewajipan agama dalam Islam untuk memastikan semua umat Islam dapat memenuhi tuntutan agama mereka tanpa mengabaikan kesejahteraan diri mereka.
Apabila seseorang yang berkelayakan untuk membayarnya sengaja tidak melaksanakan kewajipannya tanpa alasan yang sah. Ini dianggap sebagai pelanggaran terhadap kewajipan agama dan boleh menimbulkan dosa kepada individu tersebut.
Oleh itu, adalah penting bagi setiap individu yang berkelayakan untuk membayar fidyah agar memenuhi tuntutan agama Islam dan untuk menjaga kebajikan orang-orang yang memerlukan bantuan.
Baca Juga: Lancar Kempen Bulan Kesedaran Faraid Harta. MAIS Semai Minat Ilmu Pengurusan Pusaka
Bayar Guna Kalkulator
Hukum bayar fidyah wajib. Bagi yang ingin pembayaran fidyah, selain hadir sendiri ke MAIS, boleh lakukan secara online saja. Cukup mudah, dengan menggunakan aplikasi Kalkulator Fidyah yang telah diperkenalkan oleh MAIS.
Kalkulator Fidyah Puasa ialah sebuah platform digital kalkulator yang telah dibangunkan oleh MAIS bagi memudahkan masyarakat Islam untuk membuat pengiraan kadar fidyah sebelum membuat bayaran. Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah.
Untuk makluman, Kalkulator Fidyah Puasa ini mempunyai tiga kadar bayaran iaitu RM2.00, RM4.00 dan RM6.00 dan mempunyai kaedah bayaran berganda dan tidak berganda. Ia akan bantu membuat kiraan berapa jumlah fidyah yang perlu dibayar.
Kadar Bayaran Fidyah 2024
Orang wajib bayar fidyah adalah mereka yang meninggal kerana sakit kronik, sakit tua, ibu hamil & yang menyusu anak, lambat ganti puasa (jangan laa amalkan), musafir & mereka yang meninggal dunia.
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan termasuk upah sama ada RM2.00 atau RM4.00 atau mengikut jenis beras yang dimakan.
- Beras Super Tempatan Gred A – RM2.00
- Beras Import, Perang, Pulut, Herba Ponni, Wangi – RM4.00
- Basmathi, Jepun, Merah – RM6.00
Untuk info lanjut layari terus www.mais.gov.my