MAIS Lancar Kempen Penyaluran Wang Tak Patuh Syariah, Sasar Kutip 2.5 Juta

Mengambil keberkatan di bulan Jamadil Awal 1445H ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah melancarkan kempen Bulan Kesedaran Penyaluran Wang Tak Patuh Syariah yang mana program ini akan berlangsung selama sebulan.

Ia bermula dari 13 November hinggalah ke 15 Disember dengan tujuan memberi kesedaran pada orang ramai untuk mengetahui apa yang dikatakan penyaluran wang tak patuh syariah ini.

Majlis pelancaran kempen ini telah dilancarkan oleh Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Masjid Negeri Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah.

Baca Juga: Lancar Kempen Bulan Kesedaran Faraid Harta. MAIS Semai Minat Ilmu Pengurusan Pusaka

MAIS Kutip 1.8 Juta Wang Tak Patuh Syariah 2022

Dalam ucapannya beliau berkata, pada tahun lalu, pihaknya menerima kutipan wang tidak patuh syariah sebanyak RM1.8 juta daripada kira-kira 2,000 individu berbanding 2021 berjumlah RM1.5 juta.

“Pada tahun ini, kita menyasarkan kutipan sebanyak RM2.5 juta terimaan wang tidak patuh syariah daripada orang ramai menerusi Kempen Bulan Kesedaran Penyaluran Wang Tidak Patuh Syariah ke Baitulmal MAIS.

“Mengikut rekod, dari Januari hingga Oktober tahun ini, MAIS menerima kutipan wang tidak patuh syariah berjumlah RM1.67 juta.

wang tak patuh syariah

“Wang atau harta tidak patuh syariah ini bermaksud ia diperoleh daripada sumber haram seperti transaksi riba, hasil jualan barang curi, duit rasuah, hasil rompakan, duit loteri dan perlindungan insurans konvensional,” katanya yang turut memberitahu kempen diadakan itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mengurus harta secara bijaksana sebagaimana dituntut hukum syarak.

Digunakan Untuk Maslahah Umum

“Menerusi kempen dijadualkan sehingga 13 Disember depan, MAIS mengajak orang ramai membersihkan harta yang diperoleh agar kehidupan dilalui penuh dengan keberkatan.

“MAIS berharap agar masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi dalam memastikan setiap aktiviti atau perniagaan diceburi bertepatan dengan hukum syarak,” katanya turut memberitahu hasil daripada terimaan wang tidak patuh syariah ini, Mais akan gunakan untuk maslahah umum seperti bantuan pendidikan, perubatan dan pembinaan infrastruktur.

Sepanjang tempoh sebulan kempen dijalankan, pelbagai program telah diatur oleh MAIS antaranya seminar, siaran langsung bersama stesyen televisyen Alhijrah, hebahan poster dan sebagainya.

Dalam seminar yang diadakan juga kami turut diberi penerangan khas oleh dua penceramah hebat iaitu Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam, Dr. Abdul Rahman A. Shukor dan Pengarah Urusan Elzar Shariah Solution Sdb Bhd, Dr. Hj Zaharuddin Abdul Rahman yang secara tidak langsung memberi penerangan mengenai keberkatan dalam harta yang kita miliki.

wang tak patuh syariah

Cara Bayaran Melalui Baitulmal Atau Lembaga Zakat Selangor

Orang ramai yang ingin melupuskan wang tidak patuh syariah boleh dibuat secara tunai atau cek di kaunter Baitulmal ibu pejabat atau pejabat agama Islam daerah Selangor atau melalui sistem bayaran dalam talian www.mais.gov.my.

Mais juga melantik Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai ejen kutipan wang tidak patuh syariah sejak tahun 2020 dan bayaran boleh dibuat di semua premis kaunter LZS atau e-Zakat Pay.

Kempen Penyaluran Wang Tak Patuh Syariah Ke Baitulmal MAIS

wang tak patuh syariah

wang tak patuh syariah
Hadir bagi sokongan

Leave a Comment

error: Content is protected !!