Cara Memilih Moisturizer/Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak Dan Kusam Supaya Nampak Lebih Sihat Berseri

Sejak dulu sis memang seorang yang gemar melakukan aktiviti lasak bagi menjaga kesihatan diri. Dan antara aktiviti paling disukai adalah hiking, larian atau berbasikal. Aktiviti lasak begini memang sangat-sangat memerlukan daya ketahanan fizikal dan stamina yang tinggi bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Walaupun keluar seawal pagi dan hanya pulang petang, jadi sis bukan sahaja perlu memastikan kesihatan diri terjaga sebaliknya kecantikan kulit wajah juga turut dititik beratkan. Kata orang biar tampil sihat dan cantik dari ‘top to toe’.

Oleh kerana seharian berada di luar dengan melakukan aktiviti lasak sebegini, jadi sis juga turut akan memastikan kulit wajah kekal terhidrat untuk tempóh yang panjang. Maklumlah kulit seharian akan terdedah dengan habuk, debu serta sinaran UV matahari.

pelembap muka

Pelembap Muka

Justeru sebelum keluar, sis akan pastikan memakai krim pelembap muka yang bersesuaian dengan kulit dan akan pastikan ia kekal hidrat sepanjang hari. Jangan ambil remeh perkara ini kalau tidak mahu sesuatu terjadi pada kulit wajah.

Baca Juga: Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Kering & Kusam – Pilihan Pelembap Muka Jenis Water Based, Bagus Mengekal Kelembapan & Jadikan Wajah Lebih Glowing!

Pentingnya Pakai Pelembap Muka/Moisturizer

Sebenarnya pemakaian pelembap muka ini sangat penting bagi memastikan kulit muka kekal lembap dan tidak cepat kusam akibat terdedah dengan cahaya matahari.

Namun begitu, bukan ini saja kepentingan memakai moisturizer, tetapi ada faktor lain kenapa kita kaum wanita perlu rajin-rajinkan diri memakai pelembap wajah. Ini antara faktor kenapa penting wajib pakai pelembap sebelum keluar rumah atau melakukan aktiviti luar.

1. Pelihara Kulit Kekal Awet Muda

Jangan biarkan kulit kita jadi kering kerana akan menyebabkan kulit berminyak dan terlihat kusam serta boleh mengakibatkan masalah jeragat. Pemakaian pelembap yang konsisten dapat mengelak masalah kedutan pada wajah serta memastikan pertumbuhan semula sel kulit dan menjadikan wajah kekal awet muda.

2. Elak Kulit Jadi Berminyak & Kusam

Sebenarnya juga apabila kulit jadi kering, ia akan menyebabkan kulit jadi berminyak. Ini kerana minyak akan keluar dari muka untuk melembapkan kulit dan akan menyebabkan kulit kita jadi berminyak hingga terjadinya masalah kulit muka kusam.

3. Jadikan Kulit Wajah Lebih Berseri-Seri

Kalau kita rajin pakai pelembap, percayalah kulit jadi lebih berseri-seri dan glowing. Ia juga dapat menutup bintik-bintik hitam halus pada wajah terutama bagi mereka yang mempunyai masalah warna kulit tidak sekata. Pilih pelembap jenis lembut yang sesuai dengan kulit wajah dan tidak mengakibatkan alahan.

pelembap muka

4. Jadikan Mekap Lebih Flawless

Jangan tak tahu rutin penjagaan wajah yang baik adalah dengan memakai pelembap sebaik selesai mencuci wajah. Kemudian barulah lakukan step lain seperti pemakaian pelindung wajah dan sebagainya. Hasilnya make up akan jadi lebih flawless dan selamat daripada masalah kulit lain.

Cara Pilih Pelembap Muka Yang Terbaik & Tepat

Pemilihan pelembap muka/moisturizer yang terbaik dengan betul adalah langkah pertama ke arah kulit yang sihat dan berseri. Terdapat beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum Pakai Moisturizer Sebelum Tidur dan juga ketika mahu keluar rumah.

Jenis Kulit Anda
Memahami jenis kulit anda adalah penting. Kulit kering memerlukan pelembap berbahan berat, manakala kulit berminyak memerlukan formula ringan dan water based.

Kandungan Berkualiti
Pastikan moisturizer dipilih mengandungi bahan-bahan semulajadi dan bebas dari bahan kimia yang merosakkan kulit. Carilah Krim Siang Terbaik dan Krim Malam Terbaik untuk penjagaan kulit muka seperti glycerin yang boleh melembapkan kulit, niacinamide yang boleh mengawal pengeluaran minyak di muka

Tekstur dan Konsistensi
Pelembap muka yang sesuai seharusnya ringan serta watery, mudah meresap dan tidak meninggalkan rasa berat di kulit. Pilihan Moisturizer Terbaik adalah yang bersesuaian dengan jenis kulit kita, sama ada kulit kering, berminyak atau normal.

Tips Penjagaan Muka Untuk Kulit Berminyak & Kusam

Sebagai wanita, kita memang sangat digalakkan menjaga kecantikan kulit wajah sejak usia remaja lagi. Ini bagi mengelakkan kulit berminyak jadi kusam, tidak bermaya dan nampak tua dari usia sebenar.

Jangan sesekali malas untuk membuat basic skincare routine kerana kulit yang sihat bermula dengan sikap seseorang itu yang sentiasa mahu tampil cantik sepanjang hari.

Di sini, sis share rahsia sebenar rutin harian dan tips penjagaan muka untuk memastikan kulit muka kita kekal sihat, bersih, dan berseri. Berikut adalah langkah-langkah yang disyorkan:

  1. Bersihkan Muka
    Langkah pertama adalah membersihkan wajah dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda. Pastikan produk yang digunakan tidak mengeringkan kulit terlalu banyak dalam masa yang sama dapat membersihkan hingga ke liang pori.
  2. Gunakan Toner
    Selepas membersihkan muka, gunakan toner untuk menyegarkan kulit dan mengimbangi pH kulit. Toner juga membantu menyiapkan kulit untuk langkah seterusnya.
  3. Pelembap Muka
    Gunakan pelembap yang sesuai dengan jenis kulit anda. Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mencegah kulit dari menjadi kusam.
  4. Perlindungan Matahari/Sunscreen
    Jika langkah ini dilakukan di pagi hari, pastikan untuk menggunakan sunscreen yang tidak berminyak dengan SPF yang mencukupi supaya dapat elakkan kulit kusam.
  5. Rawatan Tambahan
    Jika anda mempunyai masalah kulit khusus seperti jerawat, penuaan, atau masalah kulit lain, anda boleh memasukkan langkah-langkah rawatan tambahan seperti penggunaan serum atau produk khas. (boleh bagi hydrating)
  6. Eksfoliasi
    Eksfoliasi dilakukan beberapa kali seminggu untuk mengangkat sel kulit mati dan membolehkan penyerapan produk penjagaan kulit yang lebih baik.
  7. Masker Wajah
    Gunakan masker wajah mengikut keperluan kulit anda, sama ada masker hidratasi, pembersih, atau pemutihan.

Moisturizer Water Based Aqua Whitening Cream

Oleh kerana sebelum ini sis dah cuba pakai beberapa jenis Pelembap Muka, rupanya Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini paling sesuai dengan jenis kulit. Teksturnya yang lembut dan tak berminyak menjadikan moisturizer ini paling best untuk dipakai memenuhi gaya hidup sis yang aktif dan sihat.

Bukan hanya sis pakai ketika hendak keluar lakukan aktiviti, tetapi juga sebelum tidur wajib sapukan cream ini di wajah. Paling best sis suka sebab Aqua Whitening ini jenis Moisturizer Water Based, jadi dia akan terus meresap dalam kulit dan tidak menganggu waktu tidur sepanjang malam.

Kelebihan Moisturizer Aqua Whitening Cream

1. Kawal Kulit Berminyak

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini sebenarnya sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak. Ini kerana pelembap muka ini mengandungi bahan Niacinamide yang boleh kawal pengeluaran minyak serta tekstur yang ringan dan penggunaannya dapat bantu kawal kulit jenis ini. Jadi tidak hairanlah ia merupakan pilihan terbaik Moisturizer Untuk Kulit Berminyak.

Tekstur Aqua Whitening Cream yang tidak berminyak serta menghasilkan water drops
2. Jenis Water Based

Paling best guna Pelembap Muka Terbaik Aqua Whitening Cream ini kerana ia jenis Moisturizer Water Based. Kalau kita apply pada kulit wajah akan nampak ada water drop dan mudah untuk menyerap dalam kulit. Ini akan menyebabkan kulitnya sentiasa kekal lembap sepanjang hari. 

Tekstur yang ringan.
3. Kawal Pori Terbuka

Masalah pori terbuka dan pori besar juga dapat diatasi jika guna krim ini. Penggunaan secara konsisten menyebabkan pori kulit juga tidak akan tersumbat dengan minyak berlebihan selagi kulit kekal lembap. Jadi hasilnya kulit akan bertambah glowing dan lembut. Ini kerana kandungan Camellia Japonica Seed Oil yang merupakan bahan NonComedogenic, iaitu sejenis bahan yang tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat.

4. Mampu Cerahkan Kulit

Jangan tak percaya, ia juga boleh bantu mencerahkan kulit wajah. Cara mengatasi kulit kusam, pakailah secara konsisten pagi dan malam dan jadikan Aqua Whitening Cream ini teman penjagaan kulit wajah terbaik. Wajah confirm kelihatan cerah dan berseri-seri. Malah kandungan bahan Niacinamide juga mampu untuk mencerahkan tona kulit tak sekata.

5. Atasi Masalah Kedut

Lagi satu kelebihannya adalah kulit kita jadi lebih anjal walaupun usia makin meningkat. Amalkan pemakaiannya setiap pagi dan malam dan dengan cara urutan yang betul, hasilnya kulit wajah akan kekal awet muda.

6. Senang Dibawa Ke Mana-Mana

Saiznya yang kecil menyebabkan Aqua Whitening Cream ini sesuai untuk dibawa ke mana-mana dan boleh dipakai apabila diperlukan. Tekstur jenis ringan dan senang untuk diapply pada wajah menjadikan rutin penjagaan wajah jadi aktiviti menyeronokkan.

Tidak dinafikan bagi mereka yang tercari-cari moistuziser terbaik untuk wajah adalah dengan memilih menggunakan Aqua Whitening Cream kerana memberi banyak kesan yang baik pada kulit wajah. 

Size yang kecil dan mudah untuk terus letak dalam beg.

Cara Betul Apply Aqua Whitening Cream

pelembap muka
Mula-mula letak di bahagian pipi, hidung, dahi dan dagu. Sapu dan urut perlahan-lahan. Sapukan keseluruhan hingga meresap dalam kulit.

Sekarang, mari kita pelajari langkah-langkah mudah untuk mengaplikasikan pelembap dengan betul:

Gunakan Secukupnya  – Kuantiti yang sesuai adalah kunci. Gunakan pelembap secukupnya untuk meratakan di seluruh wajah dan leher.

Urut Dengan Lembut – Sapu di bahagian tertentu wajah dan urut perlahan-lahan pelembap muka ke dalam kulit dengan lembut. Hindari menggosok dengan kasar kerana boleh merosakkan kulit wajah nanti.

Tunggu Seketika Sebelum Makeup  – Beri masa beberapa minit untuk pelembap meresap sebelum mengenakan solekan.

Wajah nampak flawless lepas gunakannya.

Setelah menggunakan Aqua Whitening Cream ini secara konsisten, sis memang puas hati dengan hasil yang diberikan. Kulit jadi lebih lembap, lembut. tidak kusam, malah lebih glowing. Penampilan sis jadi lebih berseri lagi-lagi apabila ditegur rakan lain.

Memang sangat puas hati dengan keberkesanannya dan sis sangat recomended pada yang masih tercari-cari pelembap muka yang sesuai, inilah produk skincare WAJIB jadi teman baik setiap wanita.

Produk yang popular ini juga selamat digunakan kerana kandungan tanpa Paraben, Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan juga alkohol. Malah bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak juga sangat bagus untuk memakainya sebagai salah satu rutin penjagaan wajah yang sempurna. Dapatkan produk Skincare Online Malaysia yang bagus ini segera di pasaran.

Untuk mendapatkan produk ini, boleh beli secara offline di mana-mana drugstore atau secara online melalui:

🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Leave a Comment

error: Content is protected !!