Trend Warna Baju Raya 2024: Senarai Butik Baju Kurung Moden Popular Sambut Lebaran

Baju kurung sama ada Baju Kurung Moden atau Klasik adalah merujuk kepada pakaian tradisional masyarakat Melayu yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Penggayaan baju kurung ini sesuai untuk dipakai tidak kira sama ada majlis rasmi atau tidak. Rekaannya yang klasik dengan sentuhan kontemporari menjadikan inilah gaya paling santun dan selesa dipakai dalam sebarang majlis.

Asal Usul

Sebenarnya jika menyebut Baju Kurung kita akan terbayang sama ada yang moden atau klasik. Malah kalau dulu baju kurung yang biasa digayakan adalah kurung cekak musang atau teluk belanga.  Tetapi kini rekaannya telah dimodenkan sesuai dengan penggayaan masa kini dan berbeza-beza mengikut negeri.

Biarpun ada perubahan pada segi potongan dan bentuknya serta pilihan material sama ada organza, chiffon, sutra, linen atau cotton dan juga tambahan aksesori menjadikan si pemakai tampak anggun kala menggayakannya baju kurung klasik atau moden.

Dikatakan juga baju kurung ini ada kaitannya dengan pakaian ‘djallabiyah yang berasal dari Mesir yang mana maksudnya adalah rekaan baju longgar. Namun sukar untuk membuktikan bila sebenarnya baju kurung mula dicipta dan dipakai oleh masyarakat Melayu kita.

baju kurung moden
Kurung Kedah, Kebaya atau Moden, pilihan masing-masing.

Baca Juga: Baju Raya 2023 Ini Gaya Pilihan Selebriti Popular

Jenis-Jenis Baju Kurung

Baju Kurung Moden

Baju kurung moden adalah pakaian tradisional yang telah mengalami evolusi dan penambahbaikan dari versi asalnya. Ia merupakan salah satu jenis pakaian yang amat popular di kalangan wanita Malaysia. Baju kurung moden mempunyai ciri-ciri rekaan yang lebih kontemporari berbanding dengan baju kurung klasik.

Baju Kurung Teluk Belanga

Atau dikenali Baju Kurung Johor di mana redan baju Perempuan kabur hingga bawar lutu dengan alas leher halus dan tidak berkocek. Terdapat pelbagai bntuk sulaman dipadankan pada bahagian leher seperti mata lalat, tulang belut atau insang pari.

Baju Kurung Cekak Musang

Sama dengan Baju Kurung Teluk Belanga kecuali pada bahagian lehernya. Lehernya ada kolar cselebar satu jari dan menegak. Hujung kolar ada bukan panjang yang berkancing. 

Baju Kurung Kedah

Rekaan baju longgar diperbuat daripada kain cita (kapas) berbunga kecil atau kain kasa tebal atau nipis yang jarang serta potongan leher bujur sireh. Dipakai dengan kain sarung yang diikat kemas sama ada sisir sebelah kiri atau kanan.

Baju Kurung Pahang

Dikenali juga Baju Kurung Riau Pahang. Kedua-dua Bahagian tepinya berpesak kembang yang disambung kain gantung. Baju kolar tinggi monarki digayakan dengan tujuh atau sembilang butang.

baju kurung moden
Baju kurung moden dengan sentuhan lace di hujung baju dan tangan.

Trend Pantone Color 2024

Untuk pantone color tahun ini sisi dapati ia mengetengahkan warna-warna terang yang cukup menarik. Jadi bagi yang sudah merancang untuk membuat baju raya sedondon, boleh pilih salah satu color trend ini untuk digayakan Syawal nanti. Paling sis teruja pastinya warna Rooibos Tea yang sangat menarik dengan tona warna yang cukup menerang.

Rooibos Tea

Warna merah kayu yang sangat sesuai bagi mereka yang suka rona menerang. Warna yang sangat cantik jika memilih untuk digunakan pada baju kurung moden, klasik atau kebaya

baju kurung moden

Orangeade

Atau merah jingga yang begitu menyerlah penampilan seseorang untuk gaya lebih ceria dan energetik. Cubalah warna ini untuk raya nanti, pasti menarik perhatian.

baju kurung moden

Watercress

Warna hijau air yang sangat sesuai jika dipadankan dengan sentuhan baju kurung moden. Warna yang segar ini memberi semangat kala menggayakannya lebaran nanti.

Desert Flower

Diumpakaan warna Bunga Padang Pasir atau mera jambu yang mambu memberi kehangatan serta menarik dengan sentuhan feminin bagi si pemakainya nanti. Rona lembut memberi keselesaan pada si pemakai.

Chambray Blue

Warna Biru Chambray ini jadi pilihan terbaik untuk dibuat sebagai baju Melayu Lelaki. Rona lembut yang sangat memikat dengan gaya santai penuh bergaya.

Pastel Lilac

Warna Lavender Pastel mampu memberikan feel lebih romantis dengan paduan warna lembut. Sesuai digunakan untuk rekaan baju kurung moden Syawal nanti. Elok juga sedondon seisi keluarga dengan pilihan warna ini.

Marlin

Warna Biru Laut  tone rona menerang yang sangat cantik. Kalau yang berhajat untuk buat baju sedondon, warna ini sangat sesuai sekali dijadikan pilihan untuk baju Melayu lelaki atau Kurung Moden.

Lemon Drop

Warna Kuning Lemon satu lagi warna ceria untuk mereka yang mahukan kelainan. Lari dari warna klise dan pilihan Lemon Drop untuk gaya lebih berani.

Mint

Warna Pudina Hijau Mentol yang menyegarkan dan tampil dengan gaya lebih energetik. Sama ada untuk baju Melayu atau Kurung, warna ini sangat sesuai jadi pilihan.

Capri

Rona Biru Capri ini juga mampu memberi mood lebih ceria kala menggayakannya di pagi Syawal. Antara warna lembut yang sesuai untuk seisi keluarga.

Pilihan Warna Klasik Popular

Brilliant White

Warna Brilliant White ini bagi mereka yang mahu gaya lebih sederhana tetapi masih lagi ada sentuhan moden. Kelembutan warna ini usah dipertikai dan sesuai untuk semua acara.

Mushroom

Warna Cendawan pilihan bagi mereka yang mahukan tema klasik. Sesuai untuk rekaan gaya Baju Melayu Lelaki dan Baju Kurung Klasik. Padanan sedikit aksesori menambah keanggunan di pagi raya.

Northern Droplet

Rona Kelabu, satu lagi pilihan warna lembut bagi yang sukakan gaya klasik. Tak perlu berlebihan kerana aura warna ini sudah cukup memberi kegembiraan buat si pemakai.

Quiet Shade

Pilihan Kelabu Pekat untuk mereka yang mahukan gaya klasik Syawal nanti. Dipadankan dengan aksesori tertentu memberi penampilan lebih menarik.

Brush

Rona yang cukup elegan bagi yang sukakan gaya klasik. Pilihan bersesuaian untuk mood sedondon seisi keluarga.

Baju Raya 2024: Senarai Butik Popular Baju Kurung Moden

1. Minaz

Butik Minaz cukup popular setiap kali raya kerana ramai yang berkenan dengan kurung moden rekaan yang eksklusif. Dengan mainan rona pastel serta terkenal dengan pilihan fabrik sifon menjadikan Butik Minaz jadi pilihan baju ready made ketika raya.

2. Nadzri Morshidi

Menampilan rekaan kurung moden yang simple dengan pilihan fabrik sifon bercorak menjadikan ia piliha terbaik untuk digayakan di pagi Syawal. Harga ditawarkan juga berpatutan dan paling penting rekaannya cukup selesa kala tersarung di badan.

3. Mimpi Kita

Rekaan dari butik Mimpi Kita sangat eksklusif dan lain daripada yang lain. Memberi pelbagai jenis kurung moden, kurung klasik dengan menawarkan harga mengikut kemampuan. Rata-rata peminat Mimpi Kita tidak sabar mengetahui apa rekaan terbaru untuk raya nanti.

4. Rizman Ruzaini

Jangan takut untuk membeli belah di butik Rizman Ruzaini ini kerana harga ditawarkan mengikut range rekaan dan fabrik. Ada yang mampu milik dan ada juga yang mahal dengan rekaan lebih eksklusif. Potongan kurung moden yang cukup cantik dengan gaya selesa menjadikan RR antara pilihan selebriti popular.

5. Jakel & Ariani RTW

Pelbagai pilihan rekaan yang menarik ditawarkan gedung terkemuka ini. Dengan size yang banyak menjadikan ia antara pilihan terbaik untuk mendapatkan baju raya sedondon seisi keluarga. Malah baju melayu lelaki juga turut dutawarkan denga pelbagai pilihan warna dan saiz.

baju kurung moden

Tip Pilih Baju Raya Nampak ‘Terletak’ Dan Cantik

Tak mudah sebenarnya nak cari baju raya yang sesuai dan nampak terletak pada badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yan cerewet bab penampilan. Kalau boleh nak terletak cantik di badan.

Maklumlah raya setahun sekali, Jadi perlu tampak terletak cantik di badan kala seharian keluar beraya. Kongsi tip oleh Pereka Fesyen Suzie Eryanty Suleiman bagaimana memilih baju yang sesuai mengikut saiz badan seseorang.

1. Bidang Lebar

Jika mempunyai bahu jenis bidang besar, elak pakai busana yang ada detailing seperti puff sleeve di bahagian bahu. Tetapi biarlah detailing di bahagian kain seperti kain kembang. Elak juga pakai baju rekaan peplum yang boleh buatkan korang nampak lebih pendek.

2. Dada Lebar

Elak pakai baju potongan tepat bawah dada kerana boleh buat dada jadi lebih menonjol. Tapi cari busana tidak mempunyai potongan di bahagian pinggang seperti kurung moden dengan ‘puff shoulder’. Elak juga pilih baju corak bunga kecil atau garisan ke bawah.

3. Tubuh TInggi Dan Langsing

Elak terus pilih busarna terlalu ikut potongan badan. Pakai Baju kurung Kedah pasti lebih menawan. Kalau nak pakai baju yang ada detailing juga tiada masalah, atau pilih corak melintang dan pilihan warna cerah lebih sesuai digayakan.

4. Rendah Atau Gempal

Elak cari baju yang corak sarat supaya tak nampak pemakai lebih rendah. Elok pilih corak bunga kecik, garisan ke bawah serta warna gelap. Jangan sesekali pilih baju melekap di badan. Pilihan kurung moden pendek dengan kain design mermaid lebih sesuai.

5. Tubuh Kecil Molek

Jangan pilih design banyak detailing. Pilih hanya satu bahagian untuk ditonjolkan. Contoh, baju peplum dengan potongan kain mermaid. Jika bercorak, elak corak terlalu padat dan pilih corak bunga besar untuk nampak lebih ‘terletak’.

6. Perut Buncit

Elak pakai baju ketat di bahagian perut. Baju rekaan peplum lebih sesuai untuk cover perut. Atau kurung Kedah, kaftan, jubah atau kebarung lebih sesuai dan nampak elegan. Ingat jangan salah pilih baju kerana boleh menjadikan penampilan kita hodoh dan tidak sedap mata memandang.

baju kurung moden
Yang penting selesa digayakan di pagi raya.

Leave a Comment

error: Content is protected !!