Sentuhan Unik Rekaan Anime Streetwear, Denim Untuk AEON Fashion Preview 2023

Menyaksikan AEON Fashion Preview baru-baru ini cukup mengujakan apabila melihat sentuhan kreatif yang dihasilkan secara kolaborasi dengan komuniti pelajar rekaan fesyen Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUMT) untuk persembahan cukup mengagumkan kali ini.

Koleksi yang dipersembahkan lebih segar dan trendy ini dan cukup terserlah dengan idea dalam menghasilkan tiga tema Anime Streetwear, Denim Wear dan Festive Wear membawakan watak anime terkenal seperti Naruto, Spy X Family, Jujutsu Kaisen dan Demon Slayer.

Baca Juga: AEON Nobat Puteri Aisha Carlysa Duta AEON Kids Republic 2023

Inovasi Kreatif Pelajar TARUMT

Invonasi kreatif dihasilan pereka generasi muda ini menjadikan gaya anime menerima sentuhan tersendiri. Dihasilkan 10 orang pelajar fesyen TARUMT dari Fakulti Komunikasi dan Industri Kecil (FCCI) berjaya mengubah koleksi seperti Naruto menjadi Cosplay Couture, Graphic Streetwear dan Anime-Inspired Accessories yang diselia oleh pensyarah Siti Nur Syuhada dan Aizurawaty.

Dengan pilihan warna serta design menarik menjadikan ia outfit of the day (OOTD) yang sesuai digayakan untuk sebarang acara atau di musim perayaan.

aeon fashion preview
Rekaan trendy

Pakaian untuk kanak-kanak turut di peraga.

Turut menjadikan fesyen rekaan denim yang suatu ketika dulu begitu sinonim engin imej rugged workwear dan pakaian lasak. Tetapi kini denim menjadi salah satu fesyen versatile dan evergreen melangkaui sempadan generasi.

Malah inovasi seperti stretch denim turut memberi sentuhan tersendiri yang semakin diminati. Jadi tidak hairanlah variasi fesyen rekaan denim turut pertontonkan dalam AEON Fashion Preview sebagai memenuhi keperluan semua generasi.

Cipta Trend Luar Biasa Dan Ikonik

Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran AEON Malaysia, “Edisi AFP kali ini menegaskan bahawa fesyen tidak lagi terhad dalam satu kepompong yang sempit. AEON telah lama meraikan kepelbagaian sama ada dalam kriteria bentuk badan, saiz, etnik, jantina, dan keupayaan.

“Kami mengutamakan saiz inklusif, pakaian versatil, dan pilihan yang berpatutan lagi bergaya. Fesyen kini menjadi platform sebagai tanda ekspresi diri untuk semua lapisan masyarakat. Berkolaborasi dengan StevenSunny bertepatan dengan #ownwhatyouwear iaitu satu pergerakan yang AEON sudah mulakan sejak dua tahun lalu dengan pencipta trend yang luar biasa dan gaya ikonik,” katanya di majlis pelancaran.

aeon fashion preview
Denim sentiasa jadi pilihan

aeon fashion preview

Sama ada minimalisme anggun, anime cyberpunk atau palet berwarna-warni yang berani daripada manga klasik, koleksi AEON SELECT menawarkan fesyen pelbagai dengan aura yang memukau.

Siapa tak kenal dengan label seperti ARCADIA, innerCasual, ti:zed, Scar, Guy’s Vusion dan Kids Republic termasuk M yang cukup sinonim dengan OOTD AEON dan boleh digayakan dalam apa juga acara.

AEON Fashion Preview

AEON Fashion Preview atau AFP merujuk kepada majlis pratonton fesyen tiga tahun sekali berkaitan dengan jenama fesyen AEON. Membawakan trend terkini, gaya, warna dan tekstur sambil mempamerkan kolesi musim baharu serta mengumumkan kerjasama strategik yang menarik.

Untuk AFP yang lalu telah menjalin kerjasama dengan Katharine Hamnett di butik studio TRIBE diikuti pertunjukan fesyen dalam MRT yang bergerak, juga di Kuala Lumpur TAPAK food truck park serta kerjasama dengan pelajar fesyen Fakulti Seni Halus UITM dan terbaru menampilkan 500 orang personaliti yang berjalan di landasan menjadikannya petunjukkan fesyen terbesar bagi keperibadian an ekspresi diri.

Untuk maklumat lanjut mengenai AFP boleh terus ke platform media sosial di Facebook, Instagram dan X AEON Retail Malaysia atau layari laman web AEON Malaysia.

aeon fashion preview

aeon fashion preview
Warna menerang jadi pilihan

Leave a Comment

error: Content is protected !!