Burger Mcming Khairul Aming. Sebut je nama prosperity burger pasti membayangkan keenakan burger ini di restoranfast food yang popular. Tapi dek kerana beberapa isu ramai yang tidak berpeluang untuk menjamahnya tidak seperti tahun sebelum.
Oleh sebab itu ramai yang menyuruh influencer masakan popular Khairul Aming mencuba resepi ini di ruangan media sosialnya. Tidak menghampakan permintaan ramai, Khairul Aming telah berkongsi resepi ini dan katanya harga hanya RM1.99 sahaja jika dijual di area Gombak.
Ternyata pengikutnya cukup gembira dengan perkongsian Khairul Aming resepi burger prosperity ala burger mcd yang cukup mudah untuk disediakan. Biarpun menggunakan beberapa bahan masakan, tapi masih mampu mencarinya untuk menikmati burger Mcming Khairul Aming sendiri di rumah.
Tidak menggunakan burger buat sendiri sebaliknya memilih Burger Ramly yang diusahakan bumiputera, ternyata video masakan pendek ini berjaya menawah hati ramai apabila ditonton lebih untuk cuba buat termasuklah sis sendiri.
Yang kelakarnya jenuh juga untuk mencari burger oblong keluaran Ramly Burger kerana bukan semua kedai menjual oblong ini. Hanya ada di kedai tertentu dengan stok yang agak limited.
Sis terpaksa pergi beberapa kedai dan hanya ditemui di satu kedai berhampiran yang menjual barangan keperluan bagi yang peniaga yang mahu berniaga burger. Nak buat hidangan macam burger king pun bahannya ada disediakan di sini.
Baca Juga: Resepi Ayam Goreng Kunyit Rangup Guna Tepung Bestari. Rasa Memang Padu
Biarpun Khairul Aming tak share bahan resepi tapi dari video berkenaan kita dapat tahu resepi prosperity burger yang nampak senang untuk membuatnya sendiri. Okay sis kongsi resepi untuk korang yang nak cuba buat sebagai hidangan petang atau malam.
Atau mungkin ada yang saja-saja nak berniaga, boleh cuba resepi Mcming ini kerana kos digunakan tak lebih dari RM15 untuk sebiji burger.

Resepi Prosperity Burger MCming Khairul Aming
Bahan Untuk Sos Patty:
- Sebiji bawang holand – potong dadu
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu butter
- Cendawan butang – dipotong
- Lada hitam – ikut suka & ditumbuk
- 1 1/2 sudu tepung gandum
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu kicap manis
- 1 kiub lembu – pastikan ada
- 1 cawan air
Cara Membuat:
- Panaskan butter dalam kuali, masukkan bawang holand , bawang putih dan biar kekuningan.
- Masukkan cendawan kacau seketika.
- Masukkan tepung gandum dan air.
- Masukkan sos tiram, kicap, lada hitam dan kiub lembu.
- Perasakan dengan sedikit garam dan kacau hingga sebati dan masak

*Sis guna khidmat TM6 untuk blend bahan kuah ini. Hasilnya memang sedap dan tak perlu masak lagi. Kalau guna resepi asal KA, lepas dah masak, blend dan kemudian masak sekejap sos atas kuali.

Bahan Untuk Burger:
- Burger oblong burger Ramly
- Roti oblong
- Sedikit bawang holand
Cara Membuat:
- Potong dua roti dan sapu sedikit mentega. Bakar seketika.
- Masak burger atar kuali dan biarkan hingga masak.
- Ambil daging oblong tadi, masukkan dalam kuah dan letak atas roti oblong tadi. Letak bawang holand atasnya (untuk yang suka) dan letak sekeping lagi roti.
- Bolehlah dihidangkan dengan curly fries dan air jus yang bersesuaian. Kalau KA pakai air jus oren, tapi sis pakai air A&W, lagi onzzz.

Baca Juga: Resepi Tart Coklat Cadbury Viral, Air Tangan Chef Selebriti Chef Fazley Yaakob. Confirm Sedap!
Sebenarnya untuk rasa lebih sedap dan sihat, korang boleh buat sendiri burger menggunakan daging sama ada yang segar atau frozen. Cara ini lebih jimat dan boleh buat sendiri menggunakan resepi sedia ada. Malah boleh buat stok dan bila perlu boleh masak bila-bila masa sahaja.
Sis kongsi juga cara buat patty homemade yang hanya menggunakan bahan dapur sedia ada dan paling penting adanya bahan daging. Rasanya memang lebih sedap dan tekstur pun juicy. Resepi ini dikongsi oleh Zurina Zulkifli
Resepi Buat Homemade Patty Burger Sedap & Juicy
Bahan-Bahan:
- Daging kisar
- Garam
- Serbuk lada hitam
- Sebiji bun roti – basahkan
Cara Membuat:
- Masukkan daging ke dalam mangkuk, tambahkan sedikit serbuk lada hitam dan garam. Kuantiti ikut citarasa.
- Kemudian ambil sebiji bun (roti) burger basahkan dan kepalkan. Campurkan bun basah ke dalam daging kisar. Fungsi campur bun tersebut adalah untuk merangupkan rasa patty apabila dimasak nanti.
- Gaul sebati dan kepalkan daging jadi bebola.
- Leperkan daging ikut size dikehendaki untuk menjadi patty.
- Boleh simpan dan keluarkan apabila mahu gunakan untuk masak hidangan mudah ini.

Baca Juga: Resepi Asam Pedas Melaka Simple Dan Sedap Tanpa Daun Kesum
Sedapnya.. nak nak buat pulak dalam TM6 sure terus rasa mewah dah ni. Best ni kalau boleh rasa.
ramai yang share resepi burger mcming ni. nampak sedap. boleh cuba buat nanti.
homemade patty mmg sedap pasal guna isian daging / ayam sebenar + rasa boleh adjust ikut selera sendiri.
wowo…this is a tasty home burger making recipe, thanks for this, gonna shopping for all the ingredients & making mine to enjoy:) cheers SiennyLovesDrawing
wowo…this is a tasty home burger making recipe, thanks for this, gonna shopping for all the ingredients & making mine to enjoy:)
Cheers SiennyLovesDrawing