Tips Persediaan Sambut Syawal & Cara Pakai Moisturizer Terbaik Supaya Muka Glowing Pagi Raya

Glowing Di Pagi Raya| Diam tak diam hanya tinggal dua bulan sebelum kita menyambut Syawal nan mulia. Macam biasa kalau bab buat persiapan serah saja pada kaum perempuan. Mereka yang lebih bijak merencana keperluan keluarga. Kalau boleh nak lengkap dari top tp toe, maklumlah raya katanya setahun sekali.

Inilah masanya bertemu sanak-saudara yang jauh dan dekat sambil bertanya khabar serta merapatkan lagi tali silaturrahim dengan bermaaf-maafan. Dan tidak hairanlah ada yang berjalan raya tu kadang-kadang dari pagi sampai ke malam baru balik semula ke rumah.

Lagi-lagi bila beraya di desa, keseronokkan jadi berganda kerana dapat bertemu sanak saudara dan sahabat yang lama tidak ditemui. Ada macam-macam cerita nak dikongsi dari hal anak-anak, kerja, aktiviti terkini sehinggalah bab kecantikan diri.

Waktu ini bila dah lama tak balik kampung, hati confirm berbunga-bunga jugalah kalau ada yang puji kulit wajah makin cantik dan awet muda. Malah ada juga yang bisik beritahu saiz badan kekal langsing walau usia dan cecah hampir setengah abad. Dan ramai pula yang bertanya rahsia kecantikan diri sementelah melihat fizikal masih sapa seperti dulu.

Pastinya kalau time raya, rumah sis pula memang jadi port tetamu yang datang berkunjung sejak awal pagi. Setiap tahun memang tak menang tangan melayan tetamu yang tak putus-putus datang bersama ahli keluarga masing-masing. Usai solat sunat raya di masjid berhampiran, sis terus bergegas balik untuk buat persiapan diri sebagai tuan rumah.

glowing di pagi raya
Tunai solat sunat Aidilfitri di masjid berdekatan.

Baca Juga: Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Kering & Kusam – Pilihan Pelembap Muka Jenis Water Based, Bagus Mengekal Kelembapan & Jadikan Wajah Lebih Glowing!

Maklumlah teruja nak jumpa sanak saudara dan sahabat lama jadi persiapan diri kenalah mantap. Sementara itu persiapan sebelum seperti pasang langsir raya, lampu kelip-kelip, tukar sarung cadar baru, pasang karpet semua sis siapkan malam sebelumnya.

Bercerita bab malam raya, meriahnya tak boleh nak gambar dengan kata-kata. Sebaik saja pengumuman raya oleh Penyimpan Mohor-Mohor Besar Diraja, anak-anak serta anak buah dah berlari di halaman main bunga api. Inilah hari yang diorang boleh main tanpa limitasi sebab malam raya kan. Kemeriahannya sangat subjektif dan inilah nikmat hari raya yang sebenar.

Dan selalunya juadah raya macam ketupat, lemang, rendang dan menu wajib sambal goreng kami sediakan lebih awal. Jadi malam hanya berehat sambil melihat kanak-kanak yang ketawa riang bermain bunga api tanpa henti. Lebih syahdu dengar takbir raya yang mula kedengaran malam selepas solat Maghrib.

Glowing Di Pagi Raya

Kebiasaannya juga selepas sis bersiap secantik yang boleh, macam biasa rutin kami sekeluarga akan bermaaf-maafan dari yang muda hinggalah ke tua. Ini memang dijadikan rutin setiap kali raya dan adab inilah juga yang diajar oleh arwah emak dan bapak yang telah pergi sebelum itu. Selepas bermaafan bersama ahli keluarga lain, barulah kami menikmati juadah raya sebelum selepas itu sibuk sepanjang hari melayan tetamu yang datang.

glowing pagi raya
Pagi raya saling bermaaf-maafan.

Sis paling seronok dapat melayan setiap tetamu yang datang. Kalau nak pikir penat, memang tak menang tangan menyediakan hidangan, membersihkan cawan serta pinggan mangkuk, tapi bagi sis inilah erti kebahagiaan dan keseronokan Aidilfitri itu sendiri. Kata orang penat tolak tepi, sebab tetamu yang datang pun bukan setiap hari, hanya setahun sekali meraikannya.

Walaupun seharian sis berbaju kurung, namun penampilan tetap nampak Onz dan sedap mata memandang. Nama pun raya, jadi gaya perlu kelihatan sentiasa cantik, rapi, kemas dan paling penting mekap On Point. Tak susah pun nak jadi cantik sepanjang hari, yang penting kena follow apa tips yang sis nak kongsi.

Tip Bergaya Cantik & Bertenaga Sepanjang Hari

1. Dapatkan Tidur Secukupnya

Walaupun esok pagi raya, jangan sesekali tidur lewat. Cukup masa kena tidur untuk rasa lebih segar bila bangun keesokan harinya. Paling lewat masuk tidur jam 11.30 malam dan bangun untuk bersiap pukul 5 pagi keesokan hari. Kalau tidur lewat, bahagian mata akan jadi sembap dan boleh cacatkan penampilan.

2. Bangun Awal & Terus Bersiap

Pagi rayalah kena bangun awal pagi. Kalau boleh sebelum azan Subuh dah bangun dengan mandi sunat Aidilfitri terlebih dahulu. Pakai baju bersesuaian untuk buat preparation sebelum tunai solat sunat Aidilfitri di masjid. Waktu ini bersiap ala kadar kerana yang penting dahulukan yang utama iaitu solat sunat di masjid.

3. Pilih Pakaian Fabrik Sesuai

Sebaik usai solat, terus bersiap secantik mungkin. Biasanya sis akan pilih baju kurung fabrik cotton yang lebih ringan, selesa dan senang untuk bergerak seharian di rumah sambil melayan tetamu. Jangan pakai fabrik organza, sifon atau fabrik jenis keras kerana akan membuatkan penampilan kita jadi kekok. Tapi kalau mahu beraya rumah sanak saudara pilihlah baju raya paling meletop. Pemilihan hijab juga penting untuk melengkapkan gaya di pagi raya. Katanya tahun ini warna brick bakal jadi pilihan untuk trend tema baju raya.

glowing di pagi raya
Penampilam berseri-seri dengan gaya cukup sempurna.

4. Apply Moisturizer Aqua Whitening Cream

Apa-apa pun sebelum itu pastikan korang dah apply moisturizer terbaik, Aqua Whitening Cream sebagai rutin penjagaan diri harian. Jika memang pakai ini sebagai pelembap muka pilihan, kesannya memang akan dapat dilihat apabila kulit wajah glowing dan berseri-seri di pagi raya.

Ini kerana Aqua Whitening Cream ini water based yang menghasilkan titisan air setiap kali disapu pada wajah. Sebelum apply mekap, pakai moisturizer/pelembap muka yang sangat sesuai untuk kulit berminyak. Lebih elok pakai pada waktu malam sebelum tidur untuk memastikan wajah kelihatan fresh keesokan harinya.

Tekstur yang ringan dan cepat meresap dalam kulit menjadikan wajah korang kekal hydrated sepanjang hari. Kandungan Niacinamide dalam Aqua Whitening Cream ini juga berfungsi untuk mengawal kulit berminyak. Lagi-lagi seharian terdedah dengan cuaca panas jika berada di luar rumah. Jadi penggunaannya yang konsisten juga dapat memperbaiki masalah cela dan kerosakan kulit wajah.

glowing di pagi raya

5. Pakai Solekan Minimalis

Untuk menyerlahkan penampilan pagi raya, orang perempuan kena bersolek mengikut keperluan. Jangan terlalu tebal dan pilihan yang minimalis lebih memadai. Apa yang penting sebelum itu memang dah apply Aqua Whitening Cream terlebih dahulu sebelum dirias secantik keperibadian dirimu. Produk yang bebas paraben dan alcohol ini dijamin selamat melindungi kulit wajah dan berfungsi sebagai anti penuaan.

Kelebihan moisturizer terbaik Aqua Whitening Cream jenis water based ini juga menjadikan mekap kita kekal lama keseriannya dari pagi hinggalah lewat petang. Jadi tak perlu untuk tambah mekap lagi kerana penampilan tetap terserlah sepanjang hari Syawal nanti. Yang penting apply pelembap wajah paling ‘best’ ini sebelum menyolek wajah.

glowing di pagi raya
Jangan lupa apply Aqua Whitening Cream untuk lebih glowing

6. Jangan Skip Makan, Minum Air Secukupnya

Walaupun penat melayan tetamu yang datang, sebagai tuan rumah jangan pula skip untuk makan dan minum. Jamah sedikit hidangan atau sama-sama menikmatinya dengan tetamu yang datang. Kalau tak makan, minum saja sudah memadai untuk mendapatkan tenaga berpanjangan.

Sebenarnya bukan persiapan diri saja perlu dititik beratkan tetapi keperluan lain juga korang jangan lupa. Antara keselamatan rumah yang ditinggalkan sebelum balik ke kampung untuk tempoh yang lama. Kita tak tahu bahaya yang mengundang jika tak ambik kisah beberapa persiapan penting sebelum balik kampung.

Dapat berkumpul seisi keluarga.

Baca Juga: 6 Kelebihan Niacinamide Dalam Moisturizer Terbaik, Aqua Whitening Cream Atasi Masalah Kulit Wajah

1. Pastikan Semua Pintu Dikunci

Sebelum pulang ke kampung, pastikan semua pintu rumah dikunci sebaiknya. Jangan bagi peluang pada ‘orang luar’ yang datang menyinggah semasa ketiadaa kita nanti. Perlu saling ingat mengingati sesama ahli keluarga bab kunci pintu ini.

2. Simpan Barang Berharga Dalam Satu Tempat Khas

Kalau boleh simpan barangan berharga dalam satu tempat khas yang hanya ahli keluarga tahu. Biasanya tempat tersembunyi ini memang direka khas untuk meletakkan barangan berharga yang ditinggalkan setiap kali keluar rumah untuk pulang berhari raya di kampug atau pergi bercuti.

3. Maklum Pada Balai Polis Berhampiran

Sepanjang ketiadaan di rumah, untuk keselamatan beritahu pada pihak berkuasa di Balai Polis berdekataan jika ada sesuatu perkara berlaku di rumah semasa ketiadaan. Minta juga mereka sesekali buat rondaan untuk memastikan keselamatan rumah terjamin

4. Maklumlah Pada Jiran

Jika ada jiran yang tak balik ke kampung (yang boleh dipercayai), boleh juga beritahu sepanjang ketiadaan di rumah. Minta laporkan kepada anda dan pihak berkuasa jika nampak perkara mencurigakan berlaku. Boleh juga serahkan kunci pada jiran yang dipercayai jika ada mana-mana barangan elektrik yang lupa untuk dimatikan. Contohnya periuk nasi atau seterika.

Kemeriahan Syawal paling bermakna.

Baca Juga: Cara Memilih Moisturizer/Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak Dan Kusam Supaya Nampak Lebih Sihat Berseri

Leave a Comment

error: Content is protected !!