Sinopsis Drama Takdir Itu Milik Aku, Adaptasi Novel Siti Rosmizah. Gandingan Hebat Shahizey Sam Dan Emma Maembong Di Astro Ria

Sinopsis Drama Takdir Itu Milik Aku | Siti Rosmizah kembali menggetarkan jiwa dan emosi malam-malam anda apabila menampilkan karya terbarunya Takdir Itu Milik Aku mulai 26 Februari ini.

Drama adaptasi dari novel popular Siti Rosmizah ini bakal menggandingkan pelakon berbakat Emma Maeombong dan Shahiezy Sam yang akan bersiaran di Astro Ria dan stream Astro GO.

Pastinya gadingan dua bintang hebat ini dinantikan peminat setia mereka, apatah lagi drama ini padat dengan emosi, air mata dan suka duka kehidupan yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Dan pastinya buah tangan Siti Rosmizah ini tidak akan mengecewakan

Baca Juga: Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya Karya Siti Rosmizah, Bersiaran Di Astro Ria

Takdir Itu Milik Aku

  • Episod: 40
  • Tarikh Tayangan: 2024
  • Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
  • Rangkaian: Astro Ria
  • Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan
  • Pengarah: Feroz Kader
  • Produksi: SR One Sdn Bhd

Pelakon-Pelakon drama “Takdir Itu Milik Aku”

Emma Maembong menggambarkan Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang terpaksa menanggung penderitaan hidup bersama neneknya. Di samping itu, Shaheizy Sam muncul sebagai Zarif Adha, seorang lelaki kaya yang angkuh dan sombong. Lisa Abdullah membawa watak Datin Munirah, seorang wanita tamak yang lupa pada nilai agama. Datuk Fauziah Nawi turut menyertai sebagai Nek Tuk, ibu mertua kepada Munirah, manakala Jasmin Hamid memegang watak Kamsiah, ibu tiri Dian yang kejam.

Pelakon utama Takdir Itu Milik Aku

Watak Pelakon Lain:

  • Emma Maembong sebagai Dian Zara
  • Shaheizy Sam sebagai Zarif Adha
  • Liza Abdullah sebagai Datin Munirah
  • Jasmin Hamid sebagai Kamsiah
  • Mustaqim Bahadon sebagai Arman
  • Fauziah Nawi sebagai Nek Tuk Hasnah
  • Mak Engku Fridah sebagai Nek Wan Hamimah
  • Nasz Sally sebagai Maryam
  • Riz Amin sebagai Rahman
  • Sharifah Husna sebagai Azura
  • Duerra Mitilda sebagai Elina
  • Shakilla Khoriri sebagai Adira
  • Mahmud Alibashah sebagai Dato Salleh
  • Rayyan Mikail sebagai Mohd Adif
  • Radhi Khalid sebagai Dollah Kutty

Baca Juga: Luruhnya Bunga Cinta. Sinopsis Drama Adaptasi Autumn In My Heart, Di Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama Takdir Itu Milik Aku

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

“Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati.”

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Siapa Siti Rosmizah

Siti Rosmizah Semail merupakan seorang peguam dan penulis novel terkenal di Malaysia. Berjaya mencetus fenomena tersendiri apabila drama 7 Hari Mencintaiku 2 berjaya mencatat tontonan 12 juta. Begitu juga dengan drama Curi-Curi Cinta juga meraih populariti apabila mencatat 7.5 juta tonton dan turut dinobat drama No 1 tahun ketika itu.

Beliau merupakan graduan lulus Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan telah memulakan kerjaya dalam bidang guaman terlebih dahulu sebelum bergelar penulis novel. Telah menulis sebanyak 12 novel dengan tujuh daripadanya telah diterbitkan sebagai siri drama televisyen.

Novelis popular Siti Rosmizah

Antara novel popularl yang jadi fenomena setiap kali di adaptasi ke drama adalah 

  • Anda Itu Takdirnya – 2008
  • Cinta Kau Dan Aku – 2009
  • Lafazkan Kalimah Cintamu – 2010
  • 7 Hari Mencintaiku – 2011
  • Curi-Curi Cinta – 2013
  • Cukup Derita Itu – 2014
  • Anda Itu Takdirnya 2 – 2015
  • Rindu Awal Separuh Nyawa – 2016
  • Jangan Menangis Cinta – 2017
  • 7 Hari Mencintaiku 2 – 2018
  • Dia Imamku – 2020
  • 7 Hari Mencintaiku 3 – 2022 (bukan novel)

Langgan Pek Primary Astro

Langgan Pek Primary dengan hanya RM41.99 sebulan dan nikmati pelbagai hiburan, drama, filem, acara sukan, dan program kanak-kanak untuk sekeluarga. Astro membawa hiburan terbaik kepada anda, tetapi jangan lupakan masa yang berharga bersama keluarga tersayang. Jadi, jom luangkan masa bersama-sama mereka dan cipta kenangan indah yang tidak akan dilupakan!

Leave a Comment

error: Content is protected !!