Penyayang Dan Family Man , Ramai Jadikan Idola. Ini Biodata Lengkap Alif Satar

Nama Alif Satar kembali jadi trending apabila drama Bukan Sekadar Lafaz mewarnai slot terbaru Akasia di TV3 bermula 17 Oktober lalu. Bergandingan dengan pelakon Wanna Ali, Yuna Rahim, Alif Satar memegang watak sebagai Huud dalam drama terbaru ini.

Drama Bukan Sekadar Lafaz diterbitkan oleh Pensil Picture arahan Idora Abdul Rahman ini mengetengahkan kisah cinta yang lama dipendam tetapi akhirnya diluahkan demi insan tersayang. Mengetengah 20 episod, ramai mula menyukai drama yang menggantikan Luruhnya Bunga Cinta sebelum ini.

Ramai yang meminati cerita ini disebabkan kemunculan pelakon utamanya Alif Satar yang mampu menarik perhatian dek sikap sebenar penyanyi dan pengacara popular ini. Alif Satar yang juga suami dan bapa kepada 3 anak perempuan comel ini dikatakan seorang yang romantik, caring, bijak dan memenuhi ciri-ciri suami idaman setiap wanita.

Lihat saja cara dia melayan keluarganya dengan penuh rasa cinta walaupun sibuk dengan urusan kerja. Malah biarpun kerja dikelilingi selebriti wanita yang seksi dan cantik, namun Alif Satar masih bersih dari kisah kontroversi dalam rumah tangga dibina.

Beliau yang baru pulang dari mengerjakan haji dengan isterinya mengakui mengutip pelbagai pengalaman yang berharga dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Baca Juga: Drama Bukan Sekadar Lafaz, Kisah ‘Cinta Itu Buta’ Tampilkan Aliff Satar Dan Wanna Ali

alif satar

Pengalaman Haji Alif Satar

Mengangap dirinya bertuah keran dipilih jadi tetamuNya tahun ini bersama jutaan jemaah di kota suci Mekah. Dalam satu perkongsian, Alif Satar mengakui pengalaman bermalam di Mina membuka matanya bahawa setiap manusia itu sama saja tidak kira pangkat dan darjat.

Malah katanya pengalaman seperti gelandangan itu semua membuatkan semua rasa rendah diri dan buang rasa sombong sebagai manusia. Alif juga turut merasai pengalaman tidur bersama jemaah lain di tempat terbuka berbumbungkan langit, tidak mandi dan ke tandas selama dua hari ketika melakukan ibadah manasik Haji.

Kongsi Tip Setia

Menurut pelantun lagu Jangan Nakal ini memberitahu biarpun pernah bekerjasama dengan ramai pelakon jelita dan berbakat besar, namun masing-masing tahu batasan serta bersikap profesional.

Alif yang sudah 17 tahun berada dalam industri ini dan tiada lagi mana-mana pelakon wanita yang cuba untuk ‘mengganggunya’.

Dia juga mengakui dirinya jenis pergi karja balik dan tidak ada yang cuba untuk mengurat. Malah menganggap kerjaya seni seperti satu perniagaan dan tidak mahu merosakkan segala yang telah dilakukan untuk sampai ke tahap sekarang.

Menurutnya lagi dengan satu kesilapan akan merosakkan segala-galanya. Dia yang bahagia bersama isteri dan anak-anak mengakui keluarga adalah segalanya. Malah tiada masalah untuk membawa mereka bersama ketika penggambaran dalam filem Pulau.

alif satar

Baca Juga: Luruhnya Bunga Cinta. Sinopsis Drama Adaptasi Autumn In My Heart, Di Slot Akasia TV3

Biodata Lengkap Alif Satar

  1. Nama penuhnya Muhammad Alif bin Mohd Satar
  2. Lahir di Kuala Lumpur pada 19 September 1990
  3. Tahun ini usianya sudah mencecah 33 tahun
  4. Selain susuk badan sasa disebabkan rajin menyertai pelbagai aktiviti lasak seperti marathon, berbasikal, Alif juga mempunyai ketinggian 173 sentimeter
  5. Anak sulung dari empat beradik kepada pasangan Mohd Satar Ramli dan Nur Hafiza Muhammed

Mula Terbabit Dalam Dunia Seni

  1. Mula berkecimpung dalam dunia seni sejak dari tahun 2006
  2. Bukan sahaja bergelar penyanyi, tetapi juga seorang pelakon dan pengacara
  3. Ketika usianya 16 tahun telah menyertai program realiti One In A Million musim pertama dan mendapat tempt ketiga. Ketika itu Faizal Tahir menang tempat kedua dan Suki pula adalah juara. Penyanyi lain yang turut serta adalah Dayang Nurfaizah, Farah Asyikin dan Datin Alyah.
  4. Membawakan lagu bergenre Pop dan antara lagu popularnya seperti Jangan Nakal, Cukup Indah, Lelaki Sepetti Aku, Selamanya Cinta (duet dengan Shila Amzah) dan Sesungguhnya Aku dan Sebenarnya (bersama Siti Nordiana). Dek kerana lagu Cukup Indah, dia juga popular dengan panggilan Alif Satar Cukup Indah
  5. Sebelum itu Mulakan karier lakonan seawal usia 14 tahun menerusi teater muzikal Peter Pan The Lost Boy melalui prodüksiyon West End LOndon.

Antara Drama, Filem Dibintangi & Pencapaian

  1. Namun wataknya sebagai Ahnaf Wafiy melalui drama adapts Dia Semanis honey dilakonkan bersama Siti Nordiana menjadikan dirima sebaris pelakon lelaki drama TV popular. Populariti karya itu Seterusnya membawa kepada lanjutan dalam pementasan Dia Semanis Honey The Musical pada 2017.
  2. Drama lakonannya yang lain pula adalah Dendam, Suria Di Cordoba, Pia, Destinasi G4, Tundukkan Playboy Itu, Dia Semanis Honeymoon, Suri Hati Mr. Pilot dan Pengantin Musim Salju dan Red Velvet bergandingan dengan Neelofa. Bakatnya juga turut menyerlah dalam drama Risik Pada hati yang ditayangkan pada 2022.
  3. Sangat berpotenasi dlm bidang pengacaraan dan pernah menjadi hos untuk program Idola Kecil, Suka Lettew, Meletop Kebabom, Akademi Fantasia 2016, Big Stage, Anugerah Juara Lagu ke 33 dan Bintang Minggu Ini (Musim 2).
  4. Antara anugerah diraih sebagai anak seni adalah Pelakon Lelaki Popular di Anugerah Telenovela 2017 menerusi drama Dia Semanis Honey dan Pelakon Utama Terbaik di BOH Cameronian Arts Awards menerusi Dia Semanis Honey The Musical, Artis Versatil Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017, tempat ketiga AJL37 menerusi lagu Anugerah Terindah bersama kumpulan The Locos
  5. Mendirikan rumah tanga dengan Shadila Halid yang lebih tua beberapa tahun daripadanya. Isteri Alif Satar yang juga pengurusnya dan pasangan ini dikurniakan tiga orang anak. Nama anak Alif Satar adalah Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad ‘Ali.
  6. Tahun ini juga sangat bermakna apabila dia dan isteri dijemput jadi tetamuNya mengerjakan ibadah Haji dan menganggap satu pengalaman terindah.
Alif Satar

Baca Juga: Biodata Ustaz Don Daniyal: Perjalanan Indah Bergelar Seorang Pendakwah

Drama Bukan Sekadar Lafaz

Drama Bukan Sekadar Lafaz yang kini bersiaran di slot Akasia TV3 ini menggandingan pelakon Alif Satar dan Wanna Ali sebagai pasangan dalam drama berkisar cinta yang terpendam.

Bukan sekadar lafaz ini adalah drama adaptasi novel ‘Bukan Sekadar Lafaz’ karya Sophilea yang diarahkan oleh pengarah hebat dan berbakat besar Idora Abdul Rahman melalui produksi Pencil Pictures & Records.

BIarpun ketika menjalani penggambaran drama ini, Alif sibuk dengan persiapan untuk mengerjakan ibadah Haji, namun dia memberikan komitmen 100 peratus untuk menjayakan drama 20 episod ini. Bagi peminat Alif Satar yang mempunyai jutaan pengikut di Instagramnya, boleh mengikuti drama ini di TV3 atau strim di Tonton.

alif satar

Leave a Comment

error: Content is protected !!