Disertakan niat dan tata cara solat Subuh dengan panduan lengkap untuk dipelajari bersama. Maklumlah Solat Subuh ini antara yang paling ramai sukar untuk melakukannya kerana waktu mengerjakannya awal pagi. Bagaimanapun ini panduan lengkap untuk mengerjakan Solat Subuh.
Panduan ini juga diberikan untuk mualaf yang baru memeluk Islam dan mahu mengetahui cara mudah mengerjakan solat seperti mana solat fardhu yang lain. Semoga perkongsian diberi ini dapat memberi manfaat kepada semua umat Islam.
Solat Subuh
Solat Subuh merupakan salah satu solat fardhu yang wajib dikerjakan oleh setiap umat Islam yang sudah akil baligh. Tidak seperi solat lain, menurut Mazhab Shafei Solat Subuh dilakukan sebanyak dua rakaat beserta doa qunut yang dibaca pada rakaat kedua.
Jika sengaja meninggalkan Solat Subuh 2 rakaat ini hukumnya adalah berdosa dan wajib menggantikannya dengan niat Qada. Seperti solat fardhu lain, tidak boleh sesekali meninggalkannya kerana solat itu dianggap sebagai tiang agama.
Baca Juga: Cara Solat Hajat Ringkas Sekali Doa : Panduan Pertama Kali Buat
Waktu Solat Subuh
Waktu dilakukan Solat Subuh ini adalah ketika terbitnya fajar sadiq iaitu dari munculnya warna putih yang merata (horizontal) di ufuk (horizon), dan waktu yang dibolehkan untuk melakukan solat ini terus berlangsung hingga nampak timbulnya bulatan terawal matahari.
Masanya adalah selama 2 jam iaitu pada pukul 5.50 pagi hingga 7 pagi dan waktunya juga tertakluk pada setiap negeri masuk waktu solat.
Solat Sunat Sebelum Subuh
Solat sunat sebelum solat Subuh ini dilakukan sebaik saja masuknya waktu solat, selepas azan Subuh. Ianya dilakukan sebelum kita menunaikan sembahyang Subuh dua rakaat tadi. Kita sangat digalakkan untuk mengerjakan solat sunat sebelum Subuh ini kerana ia adalah solat sunat paling dituntut berbanding solat-solat sunat rawatib yang lain. Ganjarannya adalah sulat sunat yang terbaik dari seisi dunia.
Lafaz untuk solat sunat ini boleh saja dibaca dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu yang mudah difahami.
Niat solat sunat sebelum Subuh:
“Sahaja aku solat sunat subuh dua rakaat kerana Allah Taala”
Atau niat solat sunat Qabliyyah Subuh:
“Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat Qabliyyah kerana Allah Taala“
Atau niat solat sunat sebelum Subuh:
“Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala”
Baca Juga: Kelebihan Surah Al Kahfi, Syaitan Pun Tak Berani Kacau
Niat Solat Subuh 2 Rakaat
Boleh dilakukan secara solat berjemaah atau sendiri. Lebih afdhal jika dapat dilakukan Solat Subuh berjemaah di Masjid atau surau berdekatan rumah korang.
Niat Solat Secara Berjemaah:
Niat Solat Secara Sendiri:
Niat Solat Subuh Dalam Melayu:
“Sahaja aku solat fardhu Subuh dua rakat kerana Allah Taala”
Tata Cara Solat Subuh
Di bawah ini diterangkan tata cara dan cara Solat Subuh mengikut langkah yang betul:
Rakaat Pertama Dalam Solat
- Berdiri tegak menghadap kiblat. Kemudian baca lafaz niat solat Subuh dalam bahasa Arab
- Takbiratul ihram serentak dengan bacaan niat di dalam hati. Ucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan. Baca niat di dalam hati, “Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.”
- Membaca doa Iftitah.
- Membaca surah al-Fatihah setelah sudah membaca Doa Iftitah.
- Membaca Surah Lain yang Dipilih
- Rukuk
- Iktidal (Bangun dari Rukuk)
- Sujud Pertama
- Duduk di Antara Dua Sujud
- Sujud Kedua
- Berdiri Semula untuk Rakaat Kedua
Rakaat Kedua Dalam Solat
- Angkat takbir seperti biasa
- Baca surah al-Fatihah.
- Kemudian, bacalah satu surah pilihan. Terdapat Surah al-Ikhlas, Surah Quraisy, atau Surah al-Kafirun
- Rukuk
- Iktidal (bangun dari rukuk)
- Doa Qunut
- Sujud Pertama
- Duduk di antara dua sujud
- Sujud kedua
- Duduk tahiyat akhir
- Memberi salam
Bacaan Doa Qunut Pada Raakat Kedua
Bacaan Doa Qunut Dalam Rumi
Hukum Baca Doa Qunut
Membaca doa qunut ketika rakaat kedua Solat Subuh adalah termasuk dalam perkara sunyt Ab’adh. Jadi sekirianya tertinggal atau terlupa untuk membacanya. Seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi
Amalan Sedekah Subuh
Sedekah paling mudah dilakukan adalah sedelah subuh. Sedekah subut ini banyak ganjarannya asalkan kita ikhlas dan istiqamah. Sambil sedekah pasar niat agar Allah kabulkan apa yang dihajati.
Nak tahu formulanya, ukuti perkongsian Dzuriasikim Dzulkifli yang dikongsi bersama Sinar Plus.
Formula Rezeki Infiniti Dengan Tabung Sedekah Subuh
1. Masukkan derma seikhlas walaupun 50 sen setiap hari pada waktu Subuh. Jangan miss walau sekali pun. Ingat, Allah tak pandang nilai wang, tetapi keikhlasan tika kita memberi.
2. Cukup sebulan, dermakan ke masjid atau beri makan kepada anak yatim, orang yang memerlukan atau kepada mereka yang sangat layak untuk menerima sumbangan. Mungkin
saudara mara kita sendiri, sahabat yang dalam kesusahan atau kurang berkemampuan.
3. Waktu tiap kali menderma ke “Tabung Subuh” tu, lakukan ia sambil berdoa dengan spesifik dan jelas serta penuh tenang dan rasa gembira (elevated emotion). Kemudian, ucapkan alhamdulillah penuh kesyukuran dan keyakinan. Ingat, ALLAH Maha Mendengar.
4. Jika tidak sempat sediakan “Tabung Subuh” di rumah, kumpulkan setiap hari dan sedekahkan kepada masjid/surau. Jika bertugas di luar kawasan (berjauhan dari rumah contohnya) jangan lupa bawa wang sedekah dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau.
Baca Juga: Amalan Hebat Seawal Subuh Buka Pintu Rezeki
Tq kak infonya.. detail gitu dan amat membantu.
hihi