Drama Bukan Sekadar Lafaz, Kisah ‘Cinta Itu Buta’ Tampilkan Alif Satar Dan Wanna Ali

Drama Bukan Sekadar Lafaz bakal bersiaran di slot Akasia TV3 ini menggandingan pelakon Alif Satar dan Wanna Ali sebagai pasangan dalam drama berkisar cinta yang terpendam.

Bukan sekadar lafaz ini adalah drama adaptasi novel ‘Bukan Sekadar Lafaz’ karya Sophilea yang diarahkan oleh pengarah hebat dan berbakat besar Idora Abdul Rahman melalui produksi Pencil Pictures & Records.

Menurut Pengarahnya Idora Abdul Rahman memberitahu tidak ada masalah sepanjang sesi penggambaran dalam menghasilkan drama Bukan Sekadar Lafaz ini.

Semua pelakon dan krew memberikan kerjasama yang cukup baik dalam menghasilkan drama berkisar kisah cinta ini. Dia juga berharap drama ini akan trending apabila disiarkan tidak lama lagi.

Baca Juga: Luruhnya Bunga Cinta. Sinopsis Drama Adaptasi Autumn In My Heart, Di Slot Akasia TV3

Bukan Sekadar Lafaz

  • Episod: 20
  • Tarikh Tayangan: 2023
  • Rangkaian: TV3
  • Pengarah: Idora Abdul Rahman
  • Produksi: Pencil Pictures & Records
  • Pelakon: Alif Satar, Wanna Ali, Malek Mccrone, Ahmad Idham, Kuza, Mia Nasir, Wanns Ahmad, Yuna Rahim, Yusra Akma, Razzuan Rosli
bukan sekadar lafaz
Drama arahan Idora Abdul Rahman

Watak Pelakon Bukan Sekadar Lafaz

  • Alif Satar sebagai Hudzaifah
  • Wanna Ali sebagai Asyikin Zaman
  • Malek Mccrone sebagai Firman
  • Ahmad Idham sebagai Tuan Zaman
  • Mia Nasir sebagai Lufya
  • Wanns Ahmad sebagai Khalid

Baca Juga: Sinopsis Drama Rajuk Karina Di TV3, Strim Online Di Tonton (Episod 1 Hingga Akhir)

Sinopsis Bukan Sekadar Lafaz

Siapa sangka mereka akan jatuh cinta? Betul lah cinta itu buta. Cinta itu tak pernah pandang siapa dia, apa atau kenapa.

Di jodohkan bersama Hud, sepupu yang kononnya mahu menutup aib keluarga dengan fitnah yang belum tentu benarnya. Asyikin dalam sedih dan duka menerima Hud yang bukan siapa-siapa sebagai suami. Hud hanyalah seorang lelaki biasa yang bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami Asyikin demi menutup aib keluarga.

Perkahwinan yang di atur keluarga buatkan Asyikin sedikit kekok. Berkahwin dengan sepupu sendiri buatkan lidahnya kadang-kadang kelu untuk bersuara. Seperti dalam perjanjian, sampai waktunya Hud harus melepaskan Asyikin. Hud akur dengan perjanjian namun sepanjang menjadi suami Asyikin dia tetap tunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Nafkah Asyikin tetap di hulurkan walaupun dia bukan lah orang berada.

Sedikitpun Asyikin tidak pernah di sentuh kerana dia tahu Asyikin bernikah dengannya kerana keluarga. Hidup berdua buatkan Asyikin mengagumi Hud. Berbulan bersama, fitnah yang diempar semuanya dusta belaka. Si ayah mula menunjukkan kuasa. Hud harus lepaskan Asyikin.

Namun siapa sangka siapa menduga hati saling suka jiwa saling jatuh cinta cuma takut untuk berbicara. Asyikin buat satu pengakuan di dalam satu laman sosial tentang perasaanya pada Hud dan betapa dia tak mahu Hud lepaskan dia pergi.

‘Hud saya menyintai awak tapi saya tak mampu untuk luahkan. Tolong Hud jangan lepaskan saya pergi.’

Hud terbaca. Bibirnya mengukir senyuman. Berbulan serumah meski tidak sekatil tangannya tidak bertepuk sebelah.

‘Syikin awak tahu tak betapa seksanya menahan hati dan perasaan menolak hati saya yang menyintai awak?’

bukan sekadar lafaz
Bersiaran mulai 17 Oktober ini.

Saat tahu hati Asyikin juga ada padanya Hud hantarkan satu pesanan. Cuma dinding bilik yang jadi pemisah.

“Habis tu nak tukar nama apa kat whatsap ini? Kalau sayang, cepat datang bilik sebelah peluk saya.”

Asyikin gembira. Ya dia mahu hatinya dan hati Hud menjadi satu. Namun, mampukah mereka berhadapan dengan keluarga. Sedangkan perjanjiannya Hud harus melepaskan Asyikin.

“Syikin walau apapun Asyikin tetap isteri saya. Saya tak akan pernah lepaskan Asyikin pergi. Ini janji saya. Janji seorang zauj buat zaujahnya.”

Airmata Asyikin mengalir dalam cintanya buat Hud.

Cinta itu datang tanpa di pinta, hadir tanpa perlu di paksa.

Ketika rumah tangga mereka sedang bahagia, pasangan itu diduga apabila Hud terikat dengan perjanjian yang memerlukan dia menceraikan Asyikin apabila tiba masanya.

Apakah yang akan terjadi kepada perkahwinan mereka dan sanggupkah Hud melepaskan Asyikin? Kalau nak tahu, kenalah tonton drama ini sehingga episod terakhir!

Baca Juga: Penyayang Dan Family Man , Ramai Jadikan Idola. Ini Biodata Lengkap Alif Satar

Runut Bunyi Bukan Sekadar Lafaz

Untuk memantapkan lagi drama ini, lag nyanyian pelakon utamanya Wanna Ali yang bergandingan dengan Aiman Ismail dijadikan sebagai runut bunyi rasmi drama ini. 

Gandingan pertama kali kedua-duanya tidak menghampakan apabila lagu Bukan Sekadar Lafaz disampaikan dengan penh emosi . ‘Bukan Sekadar Lafaz’ ini merupakan lagu istimewa hasil nukilan Dato’ Normashayu Puteh yang juga merupakan pemilik Pencil Pictures and Records.

Bagi peminat Drama Sangat jangan lupa untuk menonton buah tangan terbaru drama 20 episod ini yang mengisi slot Akasia bermula 17 Oktober 2023 ini setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7 malam hingga 8 malam. Bagi yang terlepas boleh strim di iQIYI satu jam selepas waktu siarannya di TV3.

Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store.

bukan sekadar lafaz
Tampilkan Aliff Satar dan Wanna Ali

Leave a Comment

error: Content is protected !!