Kenny Hills Bakers Bukit Tunku: Port Healing Terbaik Hujung Minggu Di Pinggir Kota

Kenny Hills Bakers menjadi antara port healing terbaik terutama di hujung minggu bersama BFF korang sambil layan kehijauan flora dan fauna serta kicaun burung. View yang sangat indah dengan suasana tenang mengundang perasaan damai kala menikmati secawan kopi.

Ini adalah perasaan sebenar yang sis rasai ketika bersantai hujung minggu dengan sahabat baik sambil masing-masing curhatt (curahan hati ke hati) perihal kisah peribadi masing-masing. Walaupun harga menu di sini agak pricey, tapi berbaloi bila dapat merasai ketenangan kala menghabiskan cuti hujung minggu.

Kenny Hils Bakers Bukit Tunku yang terletak pusat bandaraya Kuala Lumpur tetapi jauh dari hiruk pikul kenderaan menjadi lokasi healing terbaik yang patut korang cuba pergi dan rasai sendiri pengalaman di sini. Mendengar saja kafe kayangan ini, ramai yang teruja untuk mengetahui apa istimewanya kafe ini.

Rata-rata komen di media sosial memberitahu tak boleh move on dengan pastri dan kek yang dihidangkan di sini, terutama killer menu Peach Strudell. Yang ni sapa datang tak try memang rugi besar. Dah la nak datang sini kena betul-betul buat appointment dan kena sanggup Q untuk mendapat hot seat.

Sis dah lama sebenarnya idam hasrat untuk ke sini. Tapi kekangan masa menyebabkan impian itu tertangguh. Tapi kerja sampai bila pun tak habis. So, sis decide dengan my BFFF masa di Universiti yang kebetulan satu Desasiswa Damai. Lega bila Aina, Zait, Cak dan Mek Nor setuju untuk breakfast di sini sambil menikmati alam kehijauan. Sebelum kita cerita bab ni, jom kita check cawangan Kenny Hills Bakers Near Me.

Port healing hujung minggu terbaik.

Baca Juga: Smoked Kingdom by Don Daniyal Perkenal Menu ‘Kepak Ayam’ Rai Ulang Tahun Ke 3

7 Cawangan Kenny Hills Bakers

Rupanya bukan hanya ada satu cawangan Kenny Hills Bakers ni, tapi ada 7 cawangan sekitar Klang Valley yang korang boleh pergi. Ada yang berlokasi dalam mall dan ada yang terletak di pinggir bandar. 

Ini senarai 7 cawangan Kenny Hills Bakers yang mula sekali beroperasi secara kecilan pada 2014. Dan outlet terawalnya adalah di Bukit Tunku, Desa Park City dan Ampang. Ternyata walau baru 9 tahun beroperasi, tetapi kafe kayangan ini berjaya menambat selera citarasa penggemarnya. Ini antara Kenny Hills Bakers near me yang patut korang tahu.

  • Bukit Tunku, KL
  • Ampang
  • Desa Park City
  • Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
  • Bangsar Shopping Centre (Kiosk)
  • IOI City Mall
  • KL East Mall

Waze Ke Kenny Hills Bakers Bukit Tunku

Status Kenny Hills Bakers Halal

Ramai bertanya status halal untuk kafe mewah ini dan bagi ingin tahu, boleh je terus layari portal JAKIM dan buat carian di situ. Bukan saja Kenny Hills Bakers, tetapi juga kedai makan seluruh negara juga boleh tahu status Halal Jakim. Walau bagaimanapun, untuk info Kenny Hills menggunakan ramuan untuk bahan penyediaan makanan daripada pembekal yang disahkan halal.

Order Secara Online

Yang malas nak keluar redah jem, atau yang nak dapatkan info early updates on new product boleh je korang order secara online segala menu yang terdapat di sini. Terus klik je pautan yang diberi ni untuk Kenny Hills Bakers Delivery order.kennyhillsbakers.com

kenny hills bakers
Pelbagai pilihan pastri yang ada.

Baca Juga: Kay’s Steak And Lobster Kongsi Kegembiraan, Rai 26 Anak Yatim Buka Puasa Menu Kayangan

Kenny Hills Bakers Menu Paling Rokemen

Sebenarnya bagi yang berhajat nak datang sini banyak menu sedap boleh dicuba. Sama ada untuk breakfast, lunch atau minum petang, korang pilih saja ikut citarasa masing-masing. Paling penting poket kenalah tebal sebab harga agak kayangan.

So, bagi yang pertama kali pergi, macam sis dengan kawan-kawan hari tu, kami survey dulu menu apa yang best. baca review dari media sosial sambil-sambil tanya geng yang pernah datang sini. Semuanya mencadangka menu sama untuk dicuba.

Bayangkan sis sampai seawal jam 7.30 pagi sebelum dibuka jam 8 pagi. Seawal jam 8 pagi, kafe ini sudah menyediakan pelbagai menu yang sedap, segar dan menyelerakan sama ada bagi penggemar pastri atau hidangan citarasa fusion ;ain.

Bukan itu saja, Kenny Hill s Bakers juga turut menghidangkan pelbagai jenis roti seperti sandwich, salad, nasi Lemak, pasta dan juga pizza yang dibakar secara tradicional.

Dan korang yang datang sini jangan lupa sesekali untuk tidak order dan rasa Peach Strudel yang menjadi antara killer menu di sini. Ramai datang ke KHB semata-mata nak beli peach strudels ini. Tak percaya korang kena rasa keenakan yang ibaret cair di mulut dengan rasa tak begitu manis.

kenny hills bakers
Peach strudel yang jadi pilihan ramai.

Lagi satu sis nak rokemen adalah kek tiramisunya. Kek tiramisnya juga sangatlah heaven rasanya dengan bahagian luar dipenuhi dengan kekacang. Yang tak minst kekacang pun akan jatuh cinta dengan keenakan kek ini.

Oh ye lagi satu sis juga cuba big breakfast yang boleh makan dua orang. Hirisan daging, telur, roti dan segala adunan menjadikan big breakfast berbaloi dinikmati di Kenny Hills Bakers Bukit Tunku ini.

Dan bagi pemnat kopi sudah tentu cappuccino yang jadi pilihan. Terasa nikmat menikmati aneka pastri dengan menghirup kopi mahal ini. secawan besar kopi ini cukup menenangkan jiwa yang resah atau gundah gulana. Kalau makan di sini jangan tanya berapa harga (compare dengan kedai kopi/bakeri lain), janji duit ada dan yang mahalnya feeling healing di sini.

Okay, sis kongsi sebahagian senarai menu dan harga di sini untuk rujukan korang sambil-sambil boleh bajet nak makan apa nanti. Ada banyak lagi Kennny Hills Bakers menu ni, tapi kita layan pilihan yang popular.

MENU BREAKFASTHARGA
The Big BreakfastRM38.00
Our Basmathi Nasi LemakRM30.00
Nasi KerabuRM34.00
The Old MalayanRM16.00
Egg FlamencoRM28.00
Vegetarian Egg FlamencoRM28.00
Truffled Eggs And Smoked SalmonRM34.00
kenny hills bakers
Big Breakfast
MENU SIGNATURE SANDWICHESHARGA
The LafayetteRM29.00
Croissant Croque MonsieurRM26.00
Tuna Melt CroissantRM26.00
Smoked Salmon & Avocado CroissantRM26.00
Roasted Chicken & Avocado CroissantRM26.00
Salt Beef BagelRM28.00
Smoked Salmon BagelRM28.00
Roast Beef SandwichRM30.00
MENU WAFFLEHARGA
Strawberry & CreamRM26.00
BananutellaRM26.00
Fried Chicken & Maple SyrupRM28.00
MENU HOUSE FAVOURITE TOASTIES RILLETTESHARGA
Scrambled Egg & Cheese ToastieRM28.00
Truffle & Raclette ToastieRM30.00
Smoked Chicken ToastieRM30.00
Salt Beef Reuben ToastieRM32.00
Smoked Salmon RilletteRM26.00
Prawn RiletteRM28.00
kenny hills bakers
Pilihan lain.

MENU PASTRIESHARGA
Chocolate Chip CookieRM6.00
CaneleRM6.00
Signature Egg TartRM8.00
Pain Au ChocolateRM9.00
Pain Au RaisinRM9.00
Cinnamon DanishRM9.00
Plain CroissantRM8.00
SconeRM8.00
Almond CroissantRM10.00
Nutella CroissantRM9.00
BananatellaRM9.00
Peach StrudelRM18.00
MINUMAN COFFEEHARGA PANASHARGA SEJUK
EspressoRM10.00
Espresso MacchiatoRM11.00
BlackRM11.00RM13.00
PiccoloRM11.00
CortadoRM11.00
LatteRM12.00RM14.00
CappuccinoRM12.00RM14.00
Flat WhiteRM12.00
ChocolateRM13.00RM15.00
MochaRM14.00RM16.00
kenny hills bakers
Secawan kopi cappucino

Senarai Location Kenny Hills Bakers

LOKASI KENNY HILLS BAKERS
Kenny Hills Bakers Bukit Tunku
Lot B-2, Taman Tunku,
Off Jalan Langgak Tunku, Bukit Tunku,
50480 Kuala Lumpur.
Hours: Every day 8am–10pm Phone:03-6206 4111
Reservation: Dinner from 7pm onwards every day.
Kenny Hills Bakers Desa Park City
GF-06 Waterfront,
5, Persiaran Residen Desa Park City,
52200 Kuala Lumpur.
Hours: Every day 8am–10pm
Phone:03-6419 5990
Reservation: All day for weekdays and 7pm onwards for weekends and Public holidays.
Kenny Hills Bakers Ampang
241-B, Lorong Nibong,
Off Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Hours: Every day 8am–10pm (8am-7pm during CMCO)
Phone: 03-4265 2020
Reservation: Dinner from 7pm onwards every day.
Kenny Hills Bakers Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
The Greens Terrace, Lot G-2,
Jalan Wan Kadir 3,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Hours: 8am – 10pm daily
Phone Number: 03-2703 7030
Reservation: Dinner from 7pm onwards every day.
Bangsar Shopping Centre (Kiosk)
BSC Fine Foods, Bangsar Shopping Centre,
Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur.
Hours: 8am – 9pm daily
Phone Number: 017-2182320
No reservation is allowed as it is only a kiosk.
IOI City Mall
Lot GE217 & GE218, IOI City Mall Phase II,
Wilayah Persekutuan, City, Lbh IRC,
Ioi Resort, 62502 Putrajaya
Hours: 8am – 10pm daily
Phone Number: 03-8953 8985
Reservation: 7pm onwards on Mon-Thurs and
No reservations are allowed on Friday, Sat, Sun, and Public Holiday.

Leave a Comment

error: Content is protected !!