Buffet Ramadan Berkonsep Masakan Kampung Tarikan Utama Buka Puasa Di Esplanade Hotel, Klang

Buffet Ramadan| Mendapat jemputan review Buffet Ramadan di KSL Esplanade Hotel, Klang ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Melihat pelbagai juadah yang disediakan bagai tidak sabar untuk menikmati menu menarik yang dihidangkan buat pengunjung sepanjang bulan puasa nanti.

Kata orang harga bufet konsep rahmah dengan wang yang dikeluarkan berbaloi kerana banyak pilihan menarik yang semuanya nampak sedap dan menyelerakan.

KSL Esplanaed Hotel, Klang memperkenalkan Buffet Iftar Ramadan 2024 berkonsepkan aneka masakan kampung atau Santapan Warisan Iftar bagai mengimbau kenangan kala berbuka puasa bersama keluarga di kampung menikmati masakan tradisional warisan nenek moyang kita.

buffet ramadan

Hidangan utama yang disajikan mengikut negeri dan masakan yang dipilih adalah yang paling terkenal di negeri tersebut. Para tetamu akan disajikan dengan pelbagai masakan istimewa mengikut negeri-negeri. Daripada Nasi Dagang, Gulai Ikan Aya di Gerai orang Terengganu, sehinggalah Gulai Ikan Patin Tempoyak, Gulai Ayam with Rebung di Gerai Orang Pahang.

Selain hidangan utama seperti Sup Gear Box, terdapat juga gerai makanan lain yang menawarkan pelbagai makanan lain seperti Sate, Rodak, Makanan Laut, Pasta, Burge, Ayam Balik, Keropok Lekor, Dimsum dan pelbagai jeis nasi seperti Nasi Lemak, Nasi Aram, Nasi Kerabu, Nasi Tomato dan nasi Minyak.

Turut juga disediakan pilihan lain seperti Laksa Penang dan Laksam. Lebih 100 menu daripada hidangan utama hinggalah kepada pencuci mulut serta pelbagai jenis air disediakan kupada pengunjung. Antaranya Kopi, Teh, Strawberry, Melon, Sweet Corn, Green Apple, Mocha, Green Tea dan banyak lagi.

Untuk pilihan dessert pula menawarkan citar rasa moden dan tradisionak seperti Kek, Puding, Jeli, Kuah Koci, Seri Muka, Kuih Kasui, Dodol, Talam Keladi, Sagu Gula Melaka dan tanya lagi. Dan tidak ketinggalan sajian lemang, ketupat bersama serunding.

buffet ramadan

Baca Juga: Kay’s Steak And Lobster Kongsi Kegembiraan, Rai 26 Anak Yatim Buka Puasa Menu Kayangan

Harga Buffet Ramadan

Harga buffet ramadan adalah RM108+ (dewasa) RM88+ (warga emas) and RM68+ (kanak-kanak antara  4-11 tahun). Early bird akan mendapat diskaun. So, cepat booking ye.

Buffet iftar Santapan Warisan ini akan bermula pada 16 Mac – 9 April 2024, bertempat di Restoran Birch,di  Level 3A, daripada jam 6.30 petang hingga 10 malam. Jadi, para tetamu dapat menikmati hidangan secara santai.

Jadi bagi yang berminat untuk datang berbuka puasa secara individu atau berkumpulan, boleh terus menghubungi KSL Esplanade Hotel untuk membuat tempahan dengan menghubungi +6018 767 7288 atau layari website: www.kslesplanadehotel.com.

Kemudahan Selesa Disediakan

Turut disediakan adalah kemudahan kawasan parking yang luas dan selesa menanti pengunjung yang datang. Dan bagi yang mahu menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum menikmati hidangan, turut disediakan ruang surau yang luas di tingkat satu.

Juga sambil menikmati hidangan, anda turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian live band bagi memeriahkan lagi suasana iftar di sini.

KSL Esplanade Hotel Klang

Sedikit tentang hotel yang terletak di Klang Selangor ini. Ia boleh dijadikan lokasi penginapan jika berkunjung ke Klang.

Terletak hanya 10 minit dari pusat bandar Bukit Tinggi Klang, KSL Esplanade Hotel menawarkan penginapan bertaraf 4 bintang, dengan fasiliti yang bertaraf tinggi, hotel ini juga mudah diakses melalui lebuhraya KESAS, SKVE dan NKVE.

Hotel yang dibina atas tanah seluar 18 ekar yang mengelilingi KSL Bandar Bestari ini adalah merupakan projek mega daripada pemaju dari Johor Bahru yang memiliki KSL City Mall, Hotel-hotel  KSL dan resort di Johor Bahru.KSL

Menariknya, ia merupakan struktur binaan pencakar langit pertama dibina di Bandar Bestari Klang, ternyata ia menjadi kelebihan KSL Hotel untuk mengukuhkan jenamanya memandangkan tiada premis perniagaan lain yang setara dengan bangunan setinggi 23 tingkat itu.

Semestinya produk utama KSL Hotel adalah ruang penginapan yang merangkumi sejumlah 403 bilik kontemporari dan moden termasuk Superior, Deluxe, Family, Premier dan Executive Suite untuk tetamu menginap dengan penuh privasi dan selesa.

Baca Juga: Resepi Daging Dendeng Perak Style Paling Mudah, Sedap Dan Cepat Pagi Syawal

Leave a Comment

error: Content is protected !!