Doa Berbuka Puasa: Waktu Mustajab Dan Amalan Sebelum Berbuka

Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadan, bulan permulaan puasa. Maklumlah dah setahun takut ada pula yang lupa doa berbuka puasa. Jadi bagi yang terlupa atau nak mengingat kembali doa buka puasa, ini yang boleh diamalkan. Boleh baca doa sebelum berbuka puasa ini sama ada dalam bahasa Arab atau Rumi.

Doa Berbuka Puasa 

Jika berpuasa seorang, boleh baca doa berbuka puasa sendirian ini ketika masuknya waktu berbuka

doa berbuka puasa

Maksud doa buka puasa:

“Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”.

Dan ini pula doa berbuka puasa ramai dengan seorang membaca diikuti yang lain.

doa berbuka puasa

Maksud doa buka puasa:

“Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”.

Baca Juga: Niat Puasa Ganti Wajib : Bolehkah Gabung Puasa 6 Dan Hukum Puasa Sunat Hari Jumaat

Hukum Puasa Ramadhan

Hukum berpuasa bulan Ramadhan itu diwajibkan ke atas semua umat Islam (melainkan faktor lain) dan ibadah puasa ini juga merupakan rukun Islam ketiga.

Puasa juga merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah dan juga penghapus dosa-dosa atas setiap kesilapan yang dilakukan.

Dan antara keistimewaan puasa juga Allah akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa ini melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh Allah SWT.

Tarikh Mula Puasa 2024

Untuk tarikh mula berpuasa bulan Ramadhan bagi seluruh umat Islam di Malaysia bagi tahun ini 2024, adalah mulai pada tarikh 12 Mac 2024 (Masihi), iaitu jatuh pada Hari Selasa Bersamaan 1 Ramadhan 1445 (Hijrah).

Sehubungan itu, tarikh penetapan permulaan puasa bulan Ramadhan 2024 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen sekitar jam 8 malam pada 29 Syaaban 1445H.

Perkara Disunatkan Ketika Berbuka Puasa

  1. Berbuka segera apabila masuknya waktu Maghrib
  2. Berbuka dengan kurma dulu sebelum makan sesuatu yang berat 
  3. Baca doa ketika berbuka puasa

Digalakkan Berdoa Hampir Waktu Buka Puasa

Sangat digalakkan kerana waktu ini mustajab untuk berdoa. Doa ketika waktu ini tidak akan ditolak oleh Allah SWT, iaitu doa saat menjelang berbuka puasa dan waktu bersahur.

Sebaiknya berdoa antara 5 hingga 10 minit sebelum waktu berbuka. Ramai yang lupa betapa mustajabnya doa diakhir-akhir waktu untuk berbuka ini. Jadi bagi yang dah tahu kelebihannya, boleh amalkan selepas ini, maklum bila lihat makanan penuh atas meja kita mudah lupa bab yang satu ini.

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. — [Riwayat Ibn Majah (1753)]

Baca Juga: Cegah Kembung Angin Ketika Puasa

Antara Cadangan Senarai Doa Ketika Berbuka Puasa:

Ini antara doa yang dicadangkan boleh diamalkan beberapa minit sebelum waktu berbuka.

Puasa Ramadhan

Puasa di bulan Ramadhan ini adalah menahan diri dari makan minum dan melakukan perkara yang membatalkan puasa. Sebagai umat Islam kita memang diwajibkan berpuasa dan amalan ini merupakan salah satu rukun Islam kelima.

Secara praktikalnya, puasa itu bermula dari mula terbit fajar hingga waktu berbuka, iaitu saat matahari terbenam. Namun sebelum kita melakukan ibadah puasa itu, terlebih dahulu perlu perlu dimulakan dengan niat terlebih dahulu. 

Dan niat ini jika tidak diucapkan tetapi dalam hati saja sudah memadai. Niat merupakan doa puasa Ramadhan yang harus dilakukan sebelum berpuasa keesokan harinya. 

Kita boleh juga berniat waktu malam lepas solat terawih atau ketika selesi bersahur maktu imsak. Ini adalah niat berpuasa yang boleh dilakukan untuk harian atau niat puasa sebulan.

Niat Puasa:

Syarat Wajib Puasa

Ada empat yarat wajib puasa yang perlu diketahui:

  1. Islam – Tidak wajib untuk orang kafir yang asal dan tidak perlu qada untuk tahun sebelum masuk Islam.
  2. Berakal – Tidak wajib bagi orang gila, jika gila itu terjadi bukan disebabkan oleh perkara haram. Tapi jika sebaliknya seseorang itu hilang akal kerana minum arak, maka wajib pada pausa setelah kembali sedar.
  3. Baligh – Tidak wajib berpuasa atas orang yang belum baligh. Wajib wali suruh anak puasa apabila usia 7 tahun dan memukul dengan niat mendidik jika enggan apabila usia 10 tahun.
  4. Berkemampuan – Tidak wajib bagi orang yang tidak mampu sama ada seperti hadapi kesukaran atau sakit berat yang haruskan tayamum dan tidak mampu pada syarak kerana haid atau nifas. Jika seorang perempuan berhenti haid/nifas pada siang hari Ramadan, disunatkan imsak baginya.

Syarat Sah Puasa

  1. Islam – Murtad tidak sah puasanya
  2. Berakal – Telah mumayyiz, walaupun belum baligh
  3. Suci Daripada Haid, Nifas dan Wiladah (bersalin)
  4. Hari Dibolehkan Berpuasa – Haram puasa pada dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha dan hari-hari Tasyrik (11,12,13 Dzulhijjah)

Baca Juga: 5 Kelebihan Puasa Bulan Rejab & Kejar Syafaatnya

Leave a Comment

error: Content is protected !!