Berlatar belakangkan panorama indah dan menarik di tengah-tengah bandaraya Petaling Jaya, pembukaan ibis PJCC berupaya mengalih tumpuan pengunjung sebagai alternatif untuk menikmati staycation di sini selain kotaraya Kuala Lumpur.
Hotel ibis PJCC Petaling Jaya baharu sahaja dibuka kepada pengunjung dalam majlis pelancaran pada 24 November 2023 yang lalu.
Dirasmikan pembukaannya baru-baru ini oleh Ketua pegawai Eksekutif Tourism Selangor En. Azrul Shah Mohammad.
Baca Juga: Discover The Best 5 Luxury Hotels in Kuala Lumpur
Dalam ucapannya, Azrul Shah sangat mengalu-alukan pembukaan hotel ibis Petaling Jaya yang terletak di tengah pusat komersil Petaling Jaya dan yakin ia bersedia menjadi pilihan para pelancong perniagaan dan penginapan.
ibis PJCC Pilihan Staycation Terbaik
“Kedudukannya di pusat bandar menepati citarasa trend masa kini masyarakat yang gemar menginap di hotel untuk tujuan healing selain menjadi pilihan penginapan pelancong untuk pelbagai aktiviti pelancongan domestik sempena kempen Pusing Selangor Dulu.”
Majlis ini juga turut dihadiri oleh Senior Vice President of Accor, Mr. Michel Vivier dan General Manager ibis PJCC, Mr. Suresh Nair.
Bagi yang pertama kali memilih hotel ini tidak perlu gusar kerana lokasinya cukup strategik apabila hanya memandu sekitar 10 minit pemanduan dari pusat membeli-belah Sunway Pyramid dan taman tema air terkenal Sunway Lagoon.
Jadi tidak mustahil hotel ibis yang terletak di Petaling Jaya ini mampu memberikan pengalaman terhebat bagi yang mahu habiskan cuti hujung minggu.
Ternyata hotel ibis Petaling Jaya ini yang memilih warna merah ini mampu memberikan keselesaan menyeluruh kepada pengunjung yang menginap kerana pelbagai kemudahan disediakan.
Setiap bilik dilengkapi fasiliti Sweet Beds™️ by ibis, sebuah katil yang direka khas oleh ibis untuk memberi keselesaan dan tidur yang berkualiti kepada tetamunya.
Kemudahan Disediakan
Antara elemen istimewa Sweet Beds™️ by ibis iaitu mempunyai kaki katil yang fleksibel mengikut gerakan badan semasa tidur, tilam dengan teknologi Intellifoam yang mampu berubah mengikut tekanan badan orang yang tidur, tilam ini juga dilengkapi sarung lembut berbentuk sarang lebah 3-D untuk memastikan kebersihan dan pengudaraan yang baik.
Antara kemudahan lain yang menarik di sini selain mempunyai kolam renang yang cantik dan selesa disediakan untuk kanak-kanak juga orang dewasa. Sambil Melayan kerenah anak-anak anda juga boleh melayan view indah di sekitarnya.
Paling menariknya adalah kemudahan untuk Kemudahan bilik air di dalam bilik hotel ibis Petaling Jaya mesra orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas tentu sahaja akan menjadi pilihan mereka membawa keluarga. Selain itu kemudahan TV pintar, akses Wi-Fi dan bar mini percuma juga penting untuk keselesaan yang membawa anak-anak kecil.
Selain itu bagi syarikat yang mahu membuat meeting atau majlis disediakan expat bilik meeting yang mampu memuatkan sehingga 70 orang dalam satu masa.
Hotel ibis PJCC mempunyai sejumlah 161 buah bilik kontemporari yang telah direka bentuk untuk menawarkan keselesaan, kemudahan dan dekorasi estetik moden untuk memastikan tidur malam yang lena.
Bagi yang ingin membuat tempahan penginapan bilik hotel di sini boleh terus ke laman web rasmi Accor atau melalui pelbagai platform tempahan hotel dalam talian. Harga bilik di ibis ini bermula serendah RM150 termasuk bufet sarapan.
Tetamu yang menginap di sini boleh memanfaatkan program kesetiaan gaya hidup Accor, ALL – Accor Live Limitless dengan memperoleh 4x ganjaran untuk masa terhad sahaja. Ganjaran boleh diperoleh untuk tempahan yang dibuat dari sekarang hingga 17 Disember 2023, sah untuk penginapan sehingga 28 Januari 2024.
ALL-Accor Live Limitless adalah percuma untuk disertai dan menawarkan pengalaman dan insentif yang tidak ternilai kepada ahlinya untuk menikmati keistimewaan eksklusif daripada lebih 40 jenama hotel.
Lain-lain kemudahan sepanjang penginapan di sini termasuk menjamu selera dengan kepuasan tersendiri di ibis Kitchen, restoran makan sepanjang hari di hotel, menawarkan pilihan menu tempatan dan antarabangsa.
Selain itu, ibis Petaling Jaya turut menawarkan empat bilik mesyuarat serba boleh sesuai untuk acara korporat atau majlis peribadi yang boleh memuatkan sehingga 70 orang tetamu.
Info ibis Hotel
Sejak 1974, ibis telah menjadi jenama terkenal, terbuka dan mesra kepada semua pelancong. Hotel ibis digemari oleh pengembara dan penduduk tempatan kerana gaya kontemporari mereka dan dekorasi bilik yang seakan berada di rumah sendiri dan pengalaman daftar masuk mudah alih yang mudah.
ibis adalah sebahagian daripada Accor, kumpulan hospitaliti terkemuka dunia dengan pemilikan lebih 5,500 hartanah di lebih 110 negara, dan jenama yang mengambil bahagian dalam ALL – Accor Live Limitless – program kesetiaan gaya hidup yang menyediakan akses kepada pelbagai jenis ganjaran, perkhidmatan dan pengalaman.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi +6037477500 atau emel HA8V8@accor.com atau boleh terus layari ibis.com