Ikan Patin Tempoyak| Sebut saja ikan patin terus terbayang masak tempoyak. Memang sedap kalau dimasak tempoyak, lagi-lagi kalau dimakan dengan nasi panas. Ada macam-macam resepi yang boleh dicuba untuk menyediakan masakan patin tempoyak ini. Dan ini resepi mudahnya.
Sis setiap kali lalu balik kampung memang menyusuri Sungai Pahang dan katanya di sinilah lubuk ikan patin. Kita akan lihat sepanjang sungai, akan ada sangkar atau gerai menjual ikan patin ini. Seronoknya beli kita tak payah siang, ikan patin dibersihkan dan dipotong terlebih dahulu. Harganya pun ok, sangat berpatutan untuk seekor ikan patin.
Ada macam-macam cara nak masak ikan patin tempoyak ini dan salah satunya perkongsian daripada sahabat FB sis, Fasya Fazida yang baru-baru ini menyediakan patin tempoyak. Tengok hasilnya pun dah tahu rasa mesti sedap apatah lagi masakan tempoyak.
Menurutnya ini adalah percubaan kali pertama masak patin tempoyak. Biasanya dia dan keluarga akan makan di kedai Temerloh Catering di Seksyen 15 Shah Alam kalau craving nak rasa masakan ini. Oleh kerana dia ada membeli tempoyak, jadi tidak salah katany mencuba patin tempoyak dengan cara sendiri.
Baca Juga: Resepi Daging Dendeng Perak Style Paling Mudah, Sedap Dan Cepat Pagi Syawal
Resepi Masak Patin Tempoyak
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan patin – dipotong kecil
- 5 sudu penuh tempoyak
- 15 biji cili padi (nak kurang pedas, kurangkan)
- 1 inci kunyit hidup
- 1 batang bunga kantan
- 1 ikat daun kesum
- Sedikit gula
- Garam
- Air secukupnya
Cara Memasaknya:
- Kisar cili padi, kunyit dan tempoyak dengan sedikit air.
- Masukkan dalam periuk, tambahkan air dan didihkan. Air tu masukkan ikut nak pekat atau sedikit cair kuahnya.
- Masukkan sekali bunga kantan dan daun kesum.
- Kuah dah mendidih, masukkan ikan.
- Perasakan dengan sedikit gula dan garam. Siap.
Ini pula sis kongsi resepi patin tempoyak asli dari perkongsian juga di FB dari Dapur Lazz. Menurutnya ini adalah resepi asli patin tempoyak dari Temerloh Pahang. Nampak macam senang je nak buat dan bahan-bahan dapur digunakan memang sentiasa ada di dapur rumah.
Baca Juga: Resepi Sayur Masak Lemak Campak-Campak Je Guna Cara Mudah. 5 Minit Siap Masak!
Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh, Pahang
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan patin
- 1 senduk tempoyak
- 1 ikat daun kesum
- 1 batang bunga kantan
- 7 – 15 biji cili api – nak pedas tambah ler
- 1 inci kunyit hidup
- Air
- Garam
- Gula
Cara Memasak:
- Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap
- Korang nampak bahan-bahan tuh, pegi ambil blender, blender le dengan air. Yang hantu tempoyak tambahlah lagi tempoyaknya. Air ikut taste memasing suka pekat air sikit, suka cair letaklah lebih air. Yang suka pedas tambahlah cili sendiri.
- Dah siap blender, tuang ke dalam periuk. Campaklah sekali dengan daun kesum dan bunga kantan.
- Bila dah mendidih baru masukkan ikannya. Jangan lupa perasakan garam & gula. Cik Tie suka manis sikit. Tunggulah sampai masak. Mak jemah kat sebelah dah bau tempoyaknya, boleh la hantar kat jiran sebelah.
- Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap. Memang ketagih hirup kuahnya.
Sumber : Dapur LAZZ
Tips Siang Ikan Patin
Memang lah sedap dapat makan nasi panas dengan masakan patini ni, tapi bau hanyir boleh matikan selera. Ramai yan teringin nak makan tapi tak tahu cara betul untuk siang ikan patin agar hilang bau hanyir dan lendir yang tak menyenangkan ini.
Sebenernya ada tip mudah untuk hilangkan bau hanyir ikan patin ini. Caranya dengan menghilangkan urat putih yang ada dibahagian tengah ikan ini. Rupanya kena cari urat putih ini waktu menyiangnya dan bila jumpa buang terus.
Kemudian basuhlah bersih dan masak ikan tadi seperti biasa. InsyaAllah bau hanyir akan hilang terus. Tip ini telah dikongsi oleh pengguna Tiktok menggunakan akaun Arliya Selamat. Bagi penggemar ikan patin jangan lupa tips berguna ini kerana kalau tak buang bau tak menyenangkan boleh bantutkan selera.
Baca Juga: https://nitasawal.com/ikan-bilis/
Hilangkan Bau Tanah Ikan Patin
Dan ini pula perkongsian untuk hilangkan bau tanah pada ikan patin. Salah satu ramai yang tak menggemari ikan ini kerana bau tanah yang macam melekat pada badannya dan buatkan selera makan juga hilang. Tapi ada cara untuk hilangkan bau tanah ini.
- Sebaiknya bersihkan ikan di bawah air mengalir
- Cuci insang ikan dan sisik dengan bersih.
- Rendam ikan dengan air yang dicampur dengan perahan air limau nipis atau kasturi.
- Biarkan lebih kurang 30 minit
- Bilas semula di bawah air mengalir
Cara Lain:
- Ikan yang sudah dibuang sisik dan insang dicuci kemudian cuci sekali lagi dengan air garam.
- Kemudian bilas di bawah air paip mengalir hingga bersih.
Cara Memasak:
- Cara terbaik masak ikan ini dengan cara menggoreng atau membakar, dengan sedemikian bau tanah pada ikan akan hilang dengan sendirinya.
- Gaulkan dengan perencah yang kuat aroma dan rasa seperti campuran bawang, kunyit, halia dan serai selain garam dan asam jawa. Hanya dengan cara ini bau tanah akan hilang.
10 Lokasi Ikan Patin Tempoyak Sedap
Yang datang ke Temerloh dan terkenal dengan panggilan Bandar Ikan Patin, pasti akan craving untuk makan ikan ini sama ada digoreng atau lebih popular dimasak tempoyak. Sis senaraikan antara 10 kedai patin popular yang sememangnya jadi pilhan ramai penggemar ikan ini. Tapi jangan terkejut dengan harga sebab ikan ini antara yang boleh tahan harganya walau hanya ambil seketul isi.
- Selera Patin Bangau
- Saiful Gulai Masam
- Kancil (Tepi Sungai)
- Pondok Patin
- Atok Patin
- Koi De Tanjung
- Makan Makan Bangau
- Cwok Cafe
- Along Katering
- Gobang
Baca Juga: Resepi Sambal Ikan Bilis Garing Ala Che Nor, Buat Ketagih Nak Makan