Villa NurJannah Janda Baik, Pilihan Port Healing Staycation Luar Bandar Terbaik

Villa NurJannah Janda Baik| Villa NurJannah yang terletak di Janda Baik menjadi pilihan terbaik bagi mereka yang mahu bercuti jauh dari kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur. Melupakan seketika bebanan kerja dan menghayati keindahan tempat percutian privasi seluas 4000 ekar ini.

Hanya memandu tak sampai satu jam dari Kuala Lumpur, korang akan dapat menikmati suasana percutian paling mendamaikan sambil mendengar kicauan burung serta unggas dari kawasan hutan berdekatan. Villa NurJannah yang dibina di atas tanah persendirian menjanjikan momen healing terbaik dan privasi tanpa gangguan orang luar.

villa nurjannah janda baik

Villa NurJannah yang mula beroperasi pada 1 Mac 2024 ini mampu memuatkan kira-kira 40 orang tetamu dalam satu-satu masa. Villa mewah yang asalnya hanya digunakan untuk kemudahan ahli keluarga menghabiskan cuti hujung minggu, kini telah dibuka secara rasminya untuk orang ramai yang mahukan percutian lebih privasi.

Dimiliki sepenuhnya oleh Pengiran Datuk (DR) Pengiran Putera dan Datin Majmin Said ini 6 bilik mewah dengan kemudahan lengkap, termasuk penghawa dingin, tandas peribadi dan balkoni peribadi menghadap rimba menghijau.

Bukan itu sahaja turut tersedia di sini kemudahan dua bilik dormitory dan tapak glamping yang menyediakan empat biji khemah berasingan. Jangan risau kerana setiap khemah glamping disediakan kemudahan penghawa dingin.

villa nurjannah janda baik

Baca Juga: Discover The Best 5 Luxury Hotels in Kuala Lumpur

Yang Best Di Villa NurJannah Janda Baik

Tempat Privasi

Jauh dari kesibukan kota dan lokasi strategik menjadikan Villa NurJannah Janda Baik pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan percutian penuh privasi. Pengunjung perlu menyewa keseluruhan villa walaupun hanya untuk satu keluarga saja. Jadi, bagi yang berhajat, boleh ajak ahli keluarga lain sama-sama merasai ketenangan bercuti di sini. Confirm berbaloi walaupun harga sedikit pricey.

Fasiliti Percuma

Bagi mereka yang bercuti ke villa ini turut menyediakan kemudahan asas yang diperlukan. Antaranya seperti set karaoke, ruang tamu yang luas boleh menempatkan bilangan ramai, dapur dengan bahan asas memasak, sauna dan juga pit BBQ. Boleh juga membuat tempahan makan dari kedai berdekatan jika tidak mahu menyediakan sendiri makanan.

Malah hubungan rapat dengan drag setempat juga (orang asli), ada kalanya tatami menggunakan khidmat tukang masak tempatan. Lebih menyeronokkan turut dibina Rumah Hijau yang dilengkapi dengan pelbagai panaman buah-buahan dan sayuran.

Sungai Persendirian

Istimewanya Villa NurJannah juga mempunyai kemudahan sebatang sungai kecil yang mengalir jernih yang mengalir sepanjang masa di bahagian belakang villa. Pengunjung boleh mandi bila-bila masa tapa berkongsi dengan orang lain.

Tempat Rekreasi & Riadah

Untuk yang gemar melakukan aktiviti sihat turut disediakan kemudahan gimnasium yang lengkap dengan treadmilll, trampoline, dumbell dan set weight lifting. Juga di bahagian tepi sungai terdapat gelanggang bola tampar pasar. Selain itu pihak pengurusan turut bercadang untuk membuka dua buah kolam memancing ikan Ogos nanti.

Harga Rahmah Ditawarkan

Villa mewah yang telah dibuka untuk tempahan ini menawarkan harga bermula RM3,500 untuk hari minggu (Isnin-Khamis dan RM5,000 pada hujung minggu (JUmaat – Ahad) dan untuk yang mahu menginap pada cuti khan mula harganya bermula pada RM7,000.

Villa ini juga telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri ke -9, Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu majlis ringkas tetapi cukup meriah dihadiri pengamal media dan penduduk sekitar.

Untuk yang berminat untuk menginap di villa mewah ini, boleh terus hubungi nombor talian 0197344505 atau email villanurjannah@gmail.cpm atau layari laman sosial @villanurjannah.

villa nur jannah janda baik

Baca Juga: ibis PJCC Pilihan Staycation Strategik Di Bandaraya Petaling Jaya

Leave a Comment

error: Content is protected !!