Tuisyen Online SPM Murah, Serendah RM3. Daftar Segera Di Planet Mahir

Kelas Tuisyen Online SPM Murah | Pendidikan kini sangat penting dan dititikberatkan oleh ibu bapa masa kini. Dengan ilmu seseorang itu akan dipandang tinggi dan menggunakan kebijaksanaan yang ada untuk menjadi manusia berguna dunia akhirat.

Justeru ramai yang tercari-cari sistem pembelajaran sama ada offline atau online untuk anak-anak. Usah risau kerana tanpa kita sedar ada tuisyen murah serendah RM3 sehari untuk membolehkan kita akses kelas online ini di mana-mana sahaja berada.

Caranya adalah dengan mendafarkan anak-anak yang bersekolah menengah untuk belajar secara online di Planet Mahir, Gedung Ilmu Online yang terbaik di negara kita. Tawaran sangat istimewa yang digelar Anugerah Terindah ini bagaimanapun bermula pada 1 Mei 2024 hingga 31 Oktober 2024 sahaja.

Bagi yang telah mendaftar terus membolehkan setiap keluarga itu mengakses tuisyen dalam Talian VOD yang sangat komprehensif dengan hanya serendah RM3 sehari sahaja. Tiada caj serendah ini kecuali bersama Planet Mahir yang melihat peluang ini untuk melihat lebih ramai mendapat pendidikan murah dan berbaloi.

Memang menjadi hasrat Planet Mahir yang berfungsi sebagai Gedung Ilmu Online menyalurkan bantuan pendidikan berkualiti mampu milik yang boleh diakses walau tanpa mengıra situasi kewangan setiap keluarga.

tuisyen online spm murah
Serendah RM3 untuk pembelajaran secara online.

Seperti yang kita tahu selepas pasca COVID-19, pembelajaran secara online cukup popular terutamanya dalam kalangan iba bapa yang mempunyai anak-anak mahu menduduki peperiksaan terpenting seperti SPM atau STPM.

Jadi tidak hairanlah atas inisiatif inilah Planet Mahir yang menjadi pelopor inovasi dalam bidang pendidikan digital mengambil peluang memperluaskan lagi pembelajaran atas talian ini bagi membolehkan diakses oleh semua pelajar di mana-mana sahaja.

Bagi yang mendaftar, tuisyen online ini boleh terus diakses melalui laman web planetmahir.com pada Video-On-Demand. Jadi belajar boleh terus mengikuti pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Kaedah pembelajaran ini sangat berbeza dibandingkan dengan tuisyen online pusat tuisyen lain yang hanya membuat sesi pembelajaran dan pengajaran secara live.

Semua subjek telah direkodkan dan boleh ditonton berulang-ulang kali. Bukan itu sahaja, malah bahan pengajaran seperti soalan, nota dan lain-lain juga boleh dikongsi sebagai sebahagian daripada ciri-ciri Digital Classroom Planet Mahir.

Lebih istimewa juga pelajar turut boleh berinteraksi dengan tutor menggunakan kemudahan Live Chat. Tenaga pengajar tutor untuk setiap subjek juga terdiri dari guru-guru yang berpengalaman, berkelayakan dan popular. Jadi tidak hairanlah Kelas Tuisye Online Planet Mahir ini yang menggunakan #jombelajarsampaimahir ini akan menjadi trending di seluruh Malaysia dan dunia.

Keistimewaan Kelas Tuisyen Online SPM Murah

Apa yang paling membuatkan tuisyen Online Planet Mahir ini lain daripada lain apabila turut memberi peluang bukan ibu bapa untuk membiayai kelas untuk pelajar-pelajar ini. 

Inilah peluang untuk membuat sedekah dengan cara menanggung kos bayaran kelas tuisyen untuk anak saudara, anak kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang kurangkan berkemampuan pergi kelas tuisyen. Secara tidak langsung beri peluang kepada mereka hadir kelas tusyen online murah ini secara percuma. Atau dalam erti kata lain join kelas tuisyen online percuma yang ditaja oleh orang lain dengan menyertai di website Planet Mahir.

Kelas tuisyen online di Platform Mahir sama seperti kita melanggan rancangan kegemaran di Netflix, satu subjek pada satu masa. Terdapat 21 subjek yang ditawarkan untuk calon SPM antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Kimia, Fizik, Biologi, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik Tambahan, Prinsip Akauan, Perniagaan, Ekonomi, Pendidikan al-Quran & Sunnah, Syariah, Bahasa Arab, Sains Rumah Tangga, Pendidikan Moral, Sains Sukan, Pendidikan Seni dan Tasawwur Islam.

Jadi inilah peluang untuk pelajar serta ibu bapa di luar sana untuk menjadikan tuisyen online di Partform Mahir ini sebagai pusat tuisyen online terbaik demi masa depan anak-anak. Semua guru tuisyen online di sini sangat berpengalaman dan sedia membanti pelajar dalam subjek yang diambik.

tuisyen online spm murah
Orang kuat Planet Mahir.

Manakala untuk calon STPM pula terdapat 10 subjek yang diaper iaitu, Perakauan, Sejarah, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Bahasa Melayu, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Biologi, Fizik dan Pengajian Am.

Sementara untuk pelajar dari tingkatan satu hingga tiga pula disediakan tujuh subjek diajar iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Sejah, sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

Lantik Duta Planet Mahir

Dalam majlis pelancaran yang diadakan cukup sederhana itu juga turut memperkenalkan duta bagi memperkenalkan lagi tuisyen Online ini kepada orang luar.

Bekas Pengacara populara di Stesen Televisyen TV3, Nizal Mohammad telah dilantik sebagai Duta Besar yang diperkenalkan sendiri oleh Pengerusi Eksekutif Planet Mahir, Dato’ Mohd Husni Mohammad Salleh. Lantikan ini diharap akan dapat meningkatkan lagi populariti Tuisyen Online Planet Mahir ini sekaligus menjadi platform tuisyen online terbaik di Malaysia.

Melihat pengikut bekas pengacara popular ini yang mempunyai pengikut media sosial ramai ditambah komitmen tidak berbelah bagi terhadap pembangunan kreativiti dan inovasi, akan dapat mengukuhkan penciptaan kandungan dan membawa perspektif segar dan dinamik ke platform Planet Mahir.

tuisyen online spm murah
Nizal Mohammad dilantik Duta Besar yang diperkenalkan oleh Pengerusi Eksekutif Planet Mahir, Dato’ Mohd Husni Mohammad Salleh

Info Planet Mahir

Planet Mahir merupakan platform pendidikan menawarkan perpustakaan video tuisyen yang luas untuk belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6, terutamanya untuk calon-calon peperiksaan SPM dan STPM Berta kursus pembelajaran kemahiran atas permitían.

Terdapat seramai 120 tenaga pengajar yang berdedikasi dan hampir 1000 jam penyediaan kursus, Planet Mahir teguh dalam misi untuk memecahkan halangan dalam mencapai pengetahuan dan pembelajaran. Pengurusan Planet Mahir percaya kepada kuasa pendidikan untuk mengubah kehidupan dan komitéd untuk menyediakan sumber pembelajaran yang berkualiti tinggi kepada para pelajar.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Planet Mahir, boleh terus emel kepada admin@planitmahir.com atau hubungi talian 013-6833184

tuisyen online spm murah

Baca Juga: INTEC Education College Tawar 100 Pelajar Sambung Pengajian Di China

Leave a Comment

error: Content is protected !!