Doa Hari Arafah| Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum bermulanya hari wukuf di Arafah. Inilah yang dikatakan Haji yang sebenarnya. Bagi para jemaah haji yang sudah berada di tanah suci, diingatkan untuk tidak berulang alik ke masjid bagi menjaga kesihatan.
Tambah lagi dengan cuaca panas yang mencecah lebih 40 darjah selsius. Tabung Haji mengingatkan jemaah supaya solat saja di surau hotel dan melakukan ibadah lain di kawasan penginapan saja.
Waktu Arafah inilah saat ditunggu kerana merupakan salah satu hari yang mana doa sangat-sangat mustajab. Hari di mana kita berada dekat dengan Allah. Mintalah apa saja kerana Allah Maha melihat, Mendengar dan Maha Mengetahui segala-galanya.
Bagi sahabat yang mengirim doa, jemaah haji yang berada di sana jadi wakil untuk dibacakan doa di bumi Arafah sepanjang Wukuf iaitu masuknya Zuhur 9 Zulhijjah hingga tenggelam matahari waktu Maghrib.
Selagi berada di bumi Arafah doa dibaca sangatlah mustajab dan ambillah peluang untuk meminta apa saja daripadanya.
Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, mereka boleh mengambil peluang dan kelebihan hari wukuf di Arafah ini untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut, berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing, tanpa menghadkan tempoh berdoa kepada jam atau masa yang tertentu, bahkan digalakkan berdoa sepanjang tempoh berwukuf itu. Ini kerana tiada dalil khusus yang menghadkannya.
Baca Juga: Tips Haji 2024: Buat 10 Amalan Sunat Ini Menjelang Wukuf Di Arafah
Waktu Arafah Sebenar
WAKTU ARAB SAUDI
9 Zulhijjah – JUMAAT – 14 Jun 2024
Zuhur – 12:04pm
Maghrib -6:51pm
WAKTU MALAYSIA
8 Zulhijjah – JUMAAT – 14 Jun 2024
Bermula Waktu Malaysia – 5:04pm
Berakhir Waktu Malaysia – 11:51pm
Bagi yang berada di Malaysia, Puasa pada Hari JUMAAT di kira puasa hari Tarwiyah manakala *Puasa pada hari SABTU 15/6/2024 (9 Zulhijjah 1445H) dikira Puasa Arafah.*
Baca Juga: https://nitasawal.com/doa-mudah-hafal-jadi-amalan-setiap-hari/
Senarai Doa Hari Arafah Boleh Amal
Apa saja doa yang dibaca pastinya untuk diri kita, keluarga, sahabat handai dan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia. Ini antara panduan doa yang boleh diamalkan menjelang hari wukuf nanti. Tak kira korang berada di mana, jika berkesempatan ambillah peluang keemasan ini.
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.
Tutup dgn selawat.
Baca Juga: Cara Mudah Kirim Doa Depan Kaabah & Hari Arafah 1444H