Temui Michael Owen| Siapa saja yang tak kenal pemilik diri Michael Owen. Namanya cukup popular dan gah sekitar tahun 90an dan awal tahun 2000 terutama bagi peminat bola sepak dunia menjadikan pemain berasal dari England ini legenda dalam sukan paling berpengaruh dunia.
Pernah datang ke Malaysia sekitar tahun 1997 dan 2019 dan kali ini bekas pemain Liverpool, Manchester United dan Kebangsaan England yang kini berusia 44 tahun ini akan kembali semula ke sini untuk satu program bersama AEON Malaysia.
Jadi bagi peminat Michael Owen yang mula bermain secara profesional bersama Kelab Liverpool ketika usianya mencecah 17 tahun ini berpeluang untuk bertemu dengannya secara eksklusif dengan menyertai sebahagian kempen Active Beat AEON yang berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2024, di AEON Mall.
Selain peluang bertemu secara peribadi dengan legenda bola sepak dunia ini anda juga boleh menikmati makan malam eksklusif bersama Owen yang turut pernah dinobat pemain terbaik Eropah pada tahun 2001. Rugi sangat kalau tak dapat berjumpa dengannya dan anda boleh menyertai sesi Meet 7 Greet ini dengan mudah. Hanya berbelanja di AEON Mall.
Baca Juga: AEON Nobat Puteri Aisha Carlysa Duta AEON Kids Republic 2023
Cara Untuk Sertainya:
1. Beli-belah di AEON Mall
Buat pembelian dari pelbagai jenama dan penyewa di AEON Mall.
2. Tebus Tempat Anda
Tunjukkan resit pembelian anda di Kaunter Maklumat AEON Mall untuk menebus pas anda untuk bertemu Michael Owen.
Jadual & Lokasi Meet & Greet Temui Michael Owen
SESI | TARIKH & LOKASI | SYARAT PENYERTAAN |
---|---|---|
Meet & Greet | 1. 28 Jun 2024: AEON MALL Ipoh Station 18 2. 29 Jun 2024: AEON MALL Cheras Selatan 3. 30 Jun 2024: AEON MALL Bukit Indah 4. 1 Julai 2024: AEON MALL Nilai | 1. Belanja RM300* (Pemegang Kad UOB / Untuk jenama terpilih) atau 2. Belanja RM500* (Bukan Pemegang Kad UOB / Semua Jenama) 3. Dalam gabungan maksimum 3 resit pada hari yang sama. |
Exclusive Dine-In | 1. 28 Jun 2024: AEON MALL Kinta City 2. 29 Jun 2024: AEON MALL Bukit Tinggi 3. 30 Jun 2024: AEON MALL Tebrau City 4. 1 Julai 2024: AEON MALL Shah Alam | 1. Belanja RM600 (Pemegang Kad UOB / Untuk jenama terpilih) atau 2. Belanja RM800 (Bukan Pemegang Kad UOB / Semua Jenama) 3. Dalam gabungan maksimum 3 resit pada hari yang sama. |
Terma dan Syarat
Syarat dan peraturan tertentu dikenakan untuk penyertaan dalam acara ini. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila layari laman web rasmi di www.aeonmallmy.com. Pastikan anda membaca dan memahami semua terma sebelum menyertai.
Rebut Peluang Keemasan Ini
Ini adalah kesempatan yang tidak selalu datang – bertemu dengan salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, Michael Owen! AEON Mall membawa impian anda menjadi kenyataan dengan peluang eksklusif ini.
Jadi, tunggu apa lagi, ajak sahabat dan peminat setia Owen. Sambil membeli-belah di AEON Mall dan pastikan anda mendapatkan tiket untuk acara eksklusif ini. Mana tau dapat sign autograf dan berswafoto dengan bintang bola sepak kesayangan ramai ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial:
- Facebook: @AEONMallMY
- Instagram: aeonmallmalaysia
- TikTok: aeonmall.malaysia
- Website: www.aeonmallmy.com
Trivia Michael Owen
- Dilahirkan di Chester UK, pada tahun 1979
- Pada 1996 bersama pasukan remaja Liverpool memenangi Piala FA Remaja England dan menandatangani kontrak sebagai pemain profesional bersama Liverpool pada hari lahir yang ke-17.
- Pada 31 Mei 1998, dinamakan dalam skuad Piala Dunia England untuk kejohanan di Perancis.
- 17 Disember 2001, beliau dinamakan sebagai pemain terbaik Eropah. Turut bermain untuk kelab Real Madrid pada 2004.
- Tahun 2010, Michael Owen diisytiharkan cedera dan beliau tidak dapat beraksi sepanjang musim.
- Pada 19 Mac 2013 pula, telah mengumumkan persaraannya sebagai pemain pro menjelang akhir musim ini.
Baca Juga: Sentuhan Unik Rekaan Anime Streetwear, Denim Untuk AEON Fashion Preview 2023