Sunscreen Aloe Vera | Penggunaan sunscreen terbaik sebenarnya amat penting dipakai ketika usia kita masih remaja bagi mencegah pelbagai masalah membabitkan kulit wajah. Masalah kulit yang paling ditakuti adalah jeragat, kulit kusam disebabkan sunburn, jerawat dan kurang hingga mengakibatkan seseorang itu kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
Penjagaan kulit wajah sebenarnya bukan hanya pada basic rutin, tetapi rawatan perlindungan selepas itu dan tentunya penggunaan sunscreen tebaik adalah salah satu caranya.
Pemakaian sunscreen atau dianggap sebagai pelindung pada kulit wajah daripada sinaran matahari. Bukan itu sahaja, kadang kala tanpa kita sedar kulit wajah juga turut terdedah dengan sinaran biru peranti gajet yang kini bagaikan sahabat baik kita, perlu dilihat sepanjang masa.
Oleh sebab itulah penggunaan sunscreen atau sunblock dengan kandugan SPF 50 sangat penting yang bertindak sebagai perlindungan kulit wajah. Bayangkan kalau sudah melewati usia remaja baru nak pakai, jadi tidak hairanlah cela diwajah akan jelas kelihatan. Bukan itu saja, malah lama kelamaan kita akan dapat lihat perubahan tona kulit yang tidak sekata.
Namun begitu, masih belum terlambat untuk kita apply sunscreen ini pada wajah sebaik saja selepas melakukan basic skincare routine penjagaan kulit muka, terutama ketika berada di luar rumah. Malah turut disarankan untuk untuk memakainya walaupun hanya berada dalam rumah.
Hasilnya pasti wajah akan jadi lebih glowing, segar dan lebih bermaya keesokan harinya. Kalau tak percaya cubalah. Tapi korang mesti nak tahu apa sunscreen yang sesuai dipakai terutama untuk kulit berminyak dan paling penting mesra wuduk. Sebelum itu sis nak cerita dulu kepentingan pakai sunscreen untuk rahsia kekal awet muda.
Kelebihan Pakai Sunscreen Atau Sunblock
Sama ada korang sebut sunscreen atau sunblock, kedua-duanya adalah produk sama yang berfungsi untuk memberi perlindungan sepenuhnya pada kulit wajah. Jangan sesekali keluar rumah tak pakai sebab boleh menyebabkan kulit sunburn atau masalah cela lain.
1. Lindung Wajah Dari Bahaya Sinar UV
Tahukah kamu bahaya dari sinar UV? Sinar UVA dan UVB memberikan efek yang tak baik bagi kulit, mulai dari penuaan, kulit terbakar, dan berbelang. Untuk itu, korang harus menggunakan sunscreen, terutama bila keluar dari rumah
Sunscreen mampu melindungi kulit wajah dari pancaran sinar matahari yang berbahaya. Meskipun sinar matahari pagi memang baik untuk keperluan Vitamin D pada tubuh, tetapi untuk melindungi wajah tetap perlu gunakan sunscreen.
2. Elak Tanda Penuaan Pada Kulit
Penuaan diri pada kulit juga boleh disebabkan dari sinar matahari yang merbahaya. Terlalu lama terdedah dengan sinar matahari membuat kolagen pada kulit wajah menurun dan dapat mempercepatkan timbulnya masalah wajah berkedut, kesan belang hitam, kusam dan sebagainya hingga menyebabkan wajah kelihatan tua dari usia sebenar.
3. Atasi Masalah Berlaku Sunburn
Jika korang merancang untuk bersantai ke pantai atau negara beriklim panas, memang wajib membawa sunscreen! Tidak lengkap rasanya pergi ke pantai tanpa lakukan aktiviti berjemur di bawah sinar matahari. Untuk itu, siapkan dan selalu gunakanlah sunscreen sebagai pelindung. Disarankan juga menggunakan sunscreen dengan lapisan yang cukup tebal agar melindungi kulit lebih maksimal.
4 Tips Pilih Sunscreen Terbaik
Ada beberapa tips yang boleh korang perhatikan sebelum memilih sunscreen terbaik sebagai perlindungan kulit wajah. Ini kerana ada pelbagai jenis sunscreen di pasaran.
- Gunakan krim SPF30-60 untuk mendapatkan perlindungan daripada sinaran UVA/UVB
- Bahan aktif yang melindungi UVA/UVB tak akan berkesan selepas tarih lupus. Elak guna lepas 3 tahun dari tarikh beli.
- Sinaran matahari mengandungi 2 sinaran berbahaya. Kalau boleh pilih krim Broad Spectrum Sunscreen untuk lindungi kulit dari sinaran UV.
- Tiada krim pelindung matahari yang boleh lindungi kulit 100% daripada sinaran matahari. Jadi korang kena reapply sunscreen setiap 2-3 jam setiap hari.
Baca Juga: https://myzanjourney.com/air-bunga-ros/
8 Sebab Kenapa Pilih Sunscreen Aloe Vera
Oleh sebab itu pemilihan sunscreen yang sesuai sangat penting untuk penjagaan kulit wajah. Sis dah pakai produk ini sejak tahu kepentingan apply sunscreen pada wajah. Ternyata hasilnya memang menakjubkan. Wajah makin berseri, tidak kusam, tiada kesan sunburn dan paling penting ramai kata usia baru cecah 40an.
1. Perlindungan Terbaik Dari Sinar Ultraviolet
Kandungan Sunscreen Aloe Vera yang mengandungi SPF50+ PA+++ tinggi mampu memberi perlindungan maksimum dari sinaran UV berlebihan. Sunscreen SPF50 yang tidak berminyak ini boleh menghalang 99 peratus sinar UV daripada menembusi kulit dan perlindungan natahali juga lebih lama. Oleh Sebab itu siapa yang gemarkan aktiviti outdoor sangat digalakkan untuk memilik Aloe Vera sunscreen ini.
2. Melembapkan Kulit
Bagi yang memiliki kulit kering sangat sesuai untuk memiliki proudk ini. Ini kerana kandungan bahan semulajadinya seperti Aloe Vera, Glycerin, Hyaluronic dan Allantoin yang dapat membantu kulit kekal lembap dan moisturizing.
3. Tekstur Ringan & Tak Melekit
Paling best Aloe Vera Sunscreen ini jenis bertekstur ringan, tidak melekit dan berminyak. Ia juga sangat mudah disapu dan terus menyerap dalam kulit tanpa meninggalkan sebarang kesan white cast atau bercapuk. Sunscreen terbaik ini juga tidak menyumbatkan pori. Bukan sahaja sesuai untuk jenis kulit berminyak, tetapi sesuai untuk semua jenis kulit. Dan paling penting boleh digunakan tanpa was-was.
4. Berfungsi Sebagai Makeup Based
Lagi satu kelebihan Aloe Vera Sunscreen ini boleh melembapkan kulit dan menjadi primer terbaik dan makeup akan jadi lebih pigmented. Jadi kita tak perlu dah pakai foundation sebab kesannya kerana hasilnya kulit jadi glowing dan berseri-seri secara semula jadi. Malah jimat masa untuk mekap.
5. Bertindak Sebagai Mesra Wuduk
Aloe Vera Sunscreen ini juga tidak kalis air dan sangat mesura wuduk. Ia merupakan sunscreen yang mudah untuk dibasuh dan kalau yang mahu solat boleh terus mencucinya sebelum mengambil wuduk. Jadi tiada masalah membersihkannya kalau berhenti solat di mana-mana kawasan rehat bagi yang dalam perjalanan jauh. Malah ia juga sunscreen yang boleh dibasuh dengan air apabila kita akan lihat ia larut menjadi warna putih dan memudahkan urusan ambil air wuduk. Jadi tak perlu terlalu beria membasuh kerana mudah ditanggalkan.
6. Hybrid Sunscreen
Satu lagi Sunscreen Aloe Vera ini juga menggabungkan kelebihan dari physical sunscreen yang dapat memantulkan sinaran UV dan kelebihan dari chemical sunscreen yang dapat menyerap dan mengubah sinar UV. Oleh itu ia mempunyai daya perlindugan yang lebih komprehensif terhadap sinar UVA dan UVB.
8. Sunscreen Tanpa White Cast
Paling seronok penggunaannya juga tak menyebabkan kesan belang atau white cast. Kita akan lihat tekstur lepas guna jadi lebih smooth kerana krim siang terbaik ini akan terus meresap dalam kuli. Jadi tak perlu risau masalah bercapuk akan berlaku.
9. Senang Dibawa Ke Mana-Mana
Oleh kerana sunscreen perlu dipakai setiap dua jam jika berada di luar dan sering terdedah dengan cahaya UV yang berbahaya, jadi korang memang kena reapply sunscreen untuk perlindungan optimum. Maklumlah krim muka akan cepat hilang akibat kesan peluh, jadi sangat digalakkan untuk membawa bersama Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ ini ke mana-mana jua. Size yang kecik menjadikan krim ini boleh terus dimasukkan dalam beg tanpa gusar. Jadi agak-agak krim dah hilang terus je apply pada wajah.
Cara Pakai Sunscreen Yang Betul
Cara Pakai Sunscreen Yang Betul
Untuk mendapatkan hasil yang berkesan, ada cara yang betul untuk apply sunscreen ini pada wajah. Reapply sunscreen setiap 2-3 jam di siang hari bagi memastikan wajah kita sentiasa dilindungi, kekal segar dan terlihat lebih glowing.
- Basuh wajah dengan pencuci muka dengan bersih.
- Sapukan pelembap/moisturizer terbaik yang juga daripada Hansaegee Nature yang sesuai untuk semua jenis kulit.
- Seterusnya sapu Aloe Vera Sunscreen SPF 50 iaitu sejenis sunscreen yang tidak berminyak dan sesuai untuk semua jenis kulit. Letak di beberapa bahagian dan gosok perlahan pada wajah.
- Akhir sekali, bolehlah mengenakan sebarag solekan ringkas untuk menambah keserian pada wajah sebelum keluar rumah.
- Cara guna: sapukan dulu sunscreen di bahagian t-zone, kemudian gosok perlahan-lahan hingga meresap dalam kulit wajah. Pastikan keseluruan wajah telah disapu dengan Aloe Vera Sunscreen SPF 50 ini.
Pengalaman Sebagai Pengguna
Serius selepas hampir sebulan memakainya, Aloe Vera Sunscreen ini memang sangat sesuai dengan kulit wajah. Setiap kali lepas rutin harian mencuci wajah, akan terus apply untuk perlindungan. Tak kiralah kalau ada aktiviti dalam atau luar rumah.
Kita boleh lihat kesannya, wajah jadi lebih lembut, tiada cela, kekal lembap, mekap tak bercapuk dan paling penting kulit terasa lebih glowing. Soo yang baru nak cari sunscreen atau sunblock untuk perlindungan wajah, usah ragu-ragu untuk dapatkan Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegae Nature ini kerana sangat-sangat berbaloi memilikinya.
Pasti akan jatuh cinta dengan kesannya yang sangat-sangat baik untuk kecantikan kulit wajah. Tunggu apa lagi, dapatkan segera di pasaran.
Untuk mendapatkan produk ini, boleh beli secara online melalui:
🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia