AEON Fashion Preview 2024, Lebih Fresh, Trendy & Stailo

Aeon Fashion Preview 2024 kali ini tampil lebih trendy, segar dan stailo dalam mencipta kepelbagaian fesyen bagi semua peringkat usia. Tidak hanya mengetengahkan fesyen untuk kanak-kanak, tetapi juga remaja, dewasa, warga emas dan juga mereka yang mempunyai saiz badan besar. Inilah keunikan Aeon Fashion Preview 2024 yang diadakan pelancarannya di Aeon Mall Cheras Selatan baru-baru ini.

Memilih ruang legar membeli belah di bahagian buah-buahan menjadikan runway kali ini yang pertama kali menampilan kelainannya. Berjalan sambil menolak trolly sarat buahan da sayuran seakan memberi sign bahawa fesyen digayakan sesuai untuk acara santai atau formal.

Baca Juga: Sentuhan Unik Rekaan Anime Streetwear, Denim Untuk AEON Fashion Preview 2023

AEON Fashion Preview 2024

Peragaan fesyen membuka tirai dengan menampilkan generasi muda mudi berambut silver dengan memperkenalkan Takumi Jeans. Ini adalah hasil kerjasama Prefektur Okayama yang terkenal dengan penciptaan denim artisanal berkualiti tinggi. 

Seluar jeans ini bukan sahaja mesra alam dan sangat tahan lama tetapi juga merangkumi gabungan sempurna antara ketukangan tradisional dan gaya moden. Direka untuk memenuhi keperluan unik dan cita rasa penonton matang, Takumi Jeans menawarkan keselesaan, gaya, dan kemampanan.

Jika tahun lalu berkolaborasi dengan komuniti pelajar dari Universiti Tunku Abdul Rahman Pengurusan & Teknonlogi (TARUMT), tetapi kali ini tampil bekerjasama dengan designer Asean seperti Singapura, Thailand dan Indonesia. Lima pereka dan jenama terkenal ASEAN yang diundang untuk membangunkan lagi hubungan antarabangsa dan memajukan industri fesyen besama AEON .

Malah inisiatif ini adalah bertujuan untuk mencipta peluang untuk memperlihatkan rekaan yang inovatif dan pelbagai budaya sertamemperkayakan landskap fesyen di Malaysia dan seterusnya.

Koleksi ini bakal dilancarkan di AEON Julai ini, antara jenama seperti Kanzi Collection, Finix, CDL, Andrew Smith dan M.Gee. Berikut biografi setiap designer yang terbabit untuk Runway Aeon Fashion Preview 2024 kali ini.

Kerjasama Designer ASEAN Buka Lembaran Baru

Andrew Smith:  Diketuai oleh pereka Achmad dari Indonesia. Terkenal dengan Koleksi pakaian lelaki yang menggabungkan reka bentuk tradisional dengan elemen fesyen  kontemporari yang dinamik.

Menawarkan pelbagai pilihan daripada jahitan lembut kepada pakaian kasual, Andrew Smith memastikan gaya, keselesaan dan fungsi. Dengan kehadiran global dan komitmen terhadap amalan mampan, jenama ini menyokong seni tempatan dan fesyen mampan.

CDL (Kardinal): Ditubuhkan pada tahun 1973, diketuai oleh pereka Leo dan Safei dari Indonesia. Terkenal dengan pakaian serba guna dan bergaya untuk lelaki dan wanita. Daripada pakaian kasual hingga formal, CDL menggabungkan keselesaan dengan gaya kontemporari, mengekalkan keterjangkauan dan amalan mesra alam.

M.Gee: Sejak 1990, diterajui  oleh pereka Oman dan Fajar dari Indonesia. Mereka ini pakar dalam pakaian kerja luaran berkualiti tinggi termasuk baju, kemeja-T, jaket, dan banyak lagi. Menekankan ketahanan dan bahan berkualiti untuk kegunaan industri dan kegunaan luar.

Finix: Ditubuhkan dan diasaskan oleh Leonard Cheong, seorang pereka dari Singapura pada 2019, Finix menawarkan barisan FORM, FIT dan FLOW yang memenuhi pelbagai gaya dengan fabrik yang kreatif. Menggalakkan ekspresi diri dan keselesaan. Finix berusaha untuk memenuhi pelbagai gaya individu dengan kain yang inovatif dan rekaan yang memungkinkan pengguna untuk mengekspresikan diri mereka dengan lebih bebas.

Kanzi: Diketuai oleh pereka Muhammad dan Liza dari Singapura, terkenal dengan pakaian formal yang elegan yang dihasilkan daripada fabrik Ikat tradisional. Diiktiraf untuk kemampanan, kualiti, dan reka bentuk yang unik, menyepadukan elemen moden dan tradisional.

Baca Juga: Temui Michael Owen Legenda Bola Sepak Dunia Live Di AEON Mall

Ikon Michiko Ohashi Dan Fesyan Plus Size

Turut mempromosikan dunia fesyen kali ini adalah Bintang J-pop Big Angel dan kolaboratof khas majalah La Farfa, Michiko Ohashi.

Sebagai rakan usaha sama khas majalah fesyen bersaiz plus terulung Jepun, Ohashi menggalakkan kepositifan badan dan mencabar piawaian kecantikan tradisional. Mempamerkan koleksi yang meraikan kepelbagaian badan, memperkasakan individu dari semua saiz untuk menerima kecantikan unik mereka.

Komitmen AEON terhadap keterangkuman, memastikan fesyen boleh diakses dan menyeronokkan untuk semua orang. Melalui kerjasama ini, AEON dan Michiko Ohashi berhasrat untuk memberi inspirasi kepada penerimaan dan penghargaan yang lebih luas terhadap pelbagai jenis badan dalam industri fesyen.

Koleksi Terkini Stads Volume 2

Berikutan kejayaan pelancarannya sebelum ini, stads kini mempersembahkan stads Volume 2. Koleksi yang dinanti-nantikan yang menekankan keselesaan dan utiliti dengan fabrik yang ringan dan bernafas, sesuai untuk individu aktif yang sentiasa bergerak di sekitar bandar.

Koleksi ini direka bentuk secara unik untuk disesuaikan dengan gaya hidup bandar, menawarkan fleksibiliti, pembungkusan dan kebolehsuaian yang memenuhi kebebasan peribadi dan identiti.

Selain memacu gaya hidup dan fesyen inklusif, AEON Select juga memperkenalkan siri terbaru Jujutsu Kaisen. Dengan pakaian yang diilhamkan oleh anime, peminat dapat meraikan watak dan cerita kegemaran mereka, menjadikan pakaian harian sebagai kanvas untuk kreativiti peribadi dan identiti.

Amal Gaya Hidup Sihat

Appetite, rangkaian pakaian aktif dengan tagline “Hungry For Action,” didedikasikan untuk memberi kuasa kepada individu untuk menjalani gaya hidup yang aktif dan bertenaga.

Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Merchandise dan Pemasaran AEON, gaya hidup aktif adalah penting untuk kesejahteraan kedua-dua golongan muda dan tua, memupuk kesihatan, kecergasan dan semangat kemasyarakatan merentas generasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai AFP;

Leave a Comment

error: Content is protected !!