Dr Diana Clinic Bangi Tawar Rawatan Jeragat Tanpa Sakit

Dr Diana Clinic | Jeragat adalah tompok hitam di sekitar wajah yang boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan, lebih-lebih lagi kelihatan tua dari usia sebenar. Pelbagai rawatan untuk hilangkan masalah cela ini tanpa proses menyakitkan dalam masa pantas. Inilah yang disediakan di Dr Diana Clinic yang membuka cawangan terbarunya di Bangi.

Dr Diana Clinic yang telah lama beropersi dengan cawangan pertamanya di Senawang mengorak langkah lebih jauh dan bijak apabila menyediakan kemudahan klinik estetik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan kulit wajah.

Mensasarkan wanita yang berusia 30 tahun ke atas terutama golongan profesional, founder/usahawan ternyata servis diberikan di sini sangat berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Malah kedudukan cawangan kedua yang dibuka di Bangi ini yang lebih strategik lokasinya sebagai pusat kecantikan amat sesuai dikunjungi oleh golongan ini.

Bukan bermaksud mengubah ciptaan Tuhan, tetapi membantu untuk wanita yang mempunyai masalah kulit seperti pigmentasi seperti jerawat, jeragat atau penuaan tampil lebih berkeyakinan dan sentiasa cantik di mata insan tersayang.

dr diana clinic
Layanan mesra petugas di sini.

Jeragat Paling Degil

Menurut pemilik Dr Diana Clinic, Dr Nur Diana Abd Razak, 39 tahun, kalau dulu ramai takut mendengar mengenai klinik estetik. Terbayang jarum yang dicucuk pada wajah dan kesannya yang boleh menyebabkan kecacatan atau kematian. Tetapi kini stigma itu tidak lagi wujud. Bagi wanita kini, klinik estetik bukanlah lagi asing malah menjadi satu pusat yang wajib dikunjungi terutama untuk mmperbaiki kesihatan kulit wajah terutama pigmentasi dan penuaan.

“Sekarang ramai yang dah percaya dan datang ke klinik untuk merawat kulit. Walaupun ada cara tradisional, tetapi jika ada cara lebih pantas, gunakan tanpa bertangguh. Oleh sebab itu kita lihat klinik estetik bagai cendawan tumbuh dan rata-rata yang datang memang bertujuan memperbaiki dan merawat masalah kulit wajah.

“Oleh sebab itu kami di Dr Diana Clinic sendiri turut menyediakan pelbagai rawatan untuk kulit wajah. Terutama bagi menyelesaikan masalah pigmentasi seperti jeragat yang menjadi musuh utama wanita berusia 30 tahun ke atas. Jeragat adalah tompok gelap yang ada dekat kulit sama ada berbintik ataupun yang melebar pada kulit atau kawasan yang terdedah pada cahaya matahari.

“Jeragat ini boleh disebab oleh beberapa faktor seperti genetik, terdedah cahaya matahari, mengandung (gangguan hormon) dan juga disebabkan pengambilan pil perancang. Itu adalah penyebab utama masalah jeragat, tetapi sekarang ini boleh juga disebabkan oleh penggunaan produk yang salah,” tambahnya menjelaskan punca utama jeragat.

Beliau turut menambah penyakit tertentu juga jadi punca masalah jeragat seperti gangguan masalah tiroid. Jika berdepan masalah ini, memang kena berjumpa doktor bertauliah untuk kenal pasti masalah yang berlaku. Faktor lain juga adalah disebabkan salah guna produk atau ubat-ubatan yang kita makan.

Apabila datang ke klinik estetik, doktor akan lihat jenis jeragat dan barulah akan mencadangkan pelan rawatan sesuai untuk mengatasi masalah jeragat. Selalunya setiap orang itu boleh mengalami beberapa jenis jeragat yang berbeza. Mungkin mengalami freckle, melasma dan beberapa lagi type jeragat di kulit wajah.

dr diana clinic
Tenang dan selesa sepanjang rawatan

Jenis-Jenis Jeragat

Terdapat pelbagai jenis masalah menjadi punca jeragat dan yang boleh dikatakan paling ‘jahat’ adalah disebabkan salah pakai produk. Misalnya pakai produk timbang kilo yang menyebabkan jeragat sukar untuk dirawat dan boleh dikatakan bersifat kekal.

“Bila diagnosis dan kita panggil Cchronosis dan jeragat ini sifatnya nampak hitam di wajah. Kulit seperti menggerutu dan terbakar. Ini semua adalah disebabkan salah pakai produk atau penggunaan bahan merkuri. Jika berlaku masalah begini, memang sangat sukar untuk dipulihkan.

“Jika ada pesakit yang datang dengan masalah begini, memang ambik masa untuk pulih. Kita boleh kurang dan kebanyakan agak frustrated, down, sedih, kerana kesan pulih ambik masa lama hingga ada yang bertahun-tahun.

“Kalau ada yang tak terima kenyataan tanya kenapa lambat sangat (untuk pulih), kita kena terangkan kenapa proses penyembuhannya begitu. Biasanya ini adalah kesan sampingan akibat penggunaan krim pemutih,” katanya mengenai masalah jeragat ini.

Antara testimoni mereka yang dapatkan rawatan.

Selain itu, menurut Dr Diana jeragat jenis lain adalah Melasma. Sejenis jeragat seperti peta yang sekata. Ini disebabkan mereka yang meletakkan krim di kawasan berkenaan. Kalau jeragat yang disebabkan genetik atau mengandung pula kelihatan setompok.

“Jeragat jenis Melasma ini juga agak degil tetapi boleh dirawat. Cumanya jenis ini kalau kita dah rawat, berpotensi untuk keluar semula. Ini kerana disebabkan masalah babitkan genetik, terdedah cahaya matahari yang boleh aktifkan balik pigmentasi kulit.

“Jenis lain adalah Solar Lentigines untuk orang yang berusia dengan timbul jenis bentuk bulat. Ini juga disebabkan terdedah cahaya matahari dan tidak pakai sunscreen. Jenis ini boleh hilang terus sebab jenis kecil-kecil dan boleh makin membesar. Namun perlu jalani beberapa session dan rawatan step by step bergantung pada sizenya.

“Satu lagi jenis jeragat adalah Keratosis dan ia bersifat timbul. Beza dengan jeragat, berpunca dari dalam tetapi Keratosis ini tumbuh dekat permukaan kulit. Rawatan yang kita buat adalah dengan laser dan buang. Lepas buang kulit akan jadi normal kembali, tetapi ambil masa sedikit atau kita panggil down time beberapa hari. Sepanjang tempoh itu jangan terdedah pada cahaya mata hari,” tambah Dr Diana yang pernah bertugas selama 12 tahun sebagai doktor perubatan di hospital kerajaan dan swasta.

Masalah Solar Lentigines

Rawatan Untuk Jeragat

Bagi yang ingin mendapatkan rawatab estetik di Dr Diana Clinic perlu datang untuk diagnos apa masalah kulit wajah sebenar sebelum memulakan pelan rawatan sepatutnya. Misalnya masalah jeragat, jerawat atau freckle yang menjadi punca kenapa ramai wanita kini sedar pentingnya mendapatkan rawatan di klinik estetik.

“Dari segi rawatan biasanya kita kawal pigmen yang keluar dan hilangkan yang keluar. Kita boleh pudarkan dan treatment mengenai penjagaan harian. Pertama elakkan terdedah pada cuaca panas terutama ‘peak hour’, kedua penggunaan sunscreen setiap dua jam hingga empat jam sekali.

“Ini kerana sunscreen akan hilang disebabkan masalah peluh dan sebagainya. Jadi kena reapply sunscreen setiap 2 atau 3 jam sekali,” katanya lagi yang turut memberi tips jika sudah mekap, hanya tepek di atas mekap untuk kaedah reapply sunscreen.

Tambah Dr Diana juga mengingatkan jika berada di rumah pula penjagaan juga penting dalam menjaga wajah. Tidak boleh berpanas, pakai sunscreen dan tidak boleh berhaba. Cuaca panas dan kulit kering akan mengaktifkan semula sel jeragat. Ini adaah tips penjagaan mudah jika berada dalam rumah.

“Dan seterusnya barulah menerima rawatan di klinik. Pertama sekali kita akan pudarkan jeragat yang dah ada. Yang kedua pula kita tak nak adanya timbul masalah jeragat baru (bawah kulit) bagi mengelakkan masalah berulang. Inilah rawatan yang akan kita buat di sini bagi mengatasi masalah jeragat.

“Basically kalau kita jaga betul kulit wajah, tak perlu pun sebenarnya rawat jeragat. Selalunya yang dah ada masalah jeragat baru akan datang terima rawatan. Kalau kita perasan ada tompok gelap dan tak pasti puncanya boleh terus datang jumpa doktor. Dari awal doktor boleh guide untuk elak jadi lebih teruk.

“Kita akan bantu cuba hilangkan dan ada jangka masa sebeum jumpa untuk rawatan seterusnya. Selalunya di Dr Diana Clinic kita akan start dengan 5 sesi, dari facial, injection, laser dan chemical peel. Ini rawatan menyeluruh untuk atasi masalah jeragat ini,” ujar Dr Diana yang turut memberitahu perlu rawat masalah dari bawah kulit terlebih dahulu agar jeragat tidak timbul semula.

Menurutnya semua rawatan di sini dilakukan oleh doktor bertauliah terutama membabitkan diagnosis, laser atau suntikan dan selebihnya dibantu oleh terapist untuk cucian wajah. Mereka juga turut menggunakan medical machine yang memang diiktiraf pihak berwajib.

Jadi bagi mereka yang datang mendapatkan rawatan di Dr Diana Clinic ini akan dinasihat supaya jaga dan rawatan kulit wajah di rumah sebaiknya, jangan berpanas, penggunaan sunscreen dan kemudian barulah diagnos apa jenis masalah jeragat dan pelan rawatan yang akan diberikan.

Baca Juga: Scaling Gigi: 4 Cara Dapat Kos Rawatan Murah Di Hospital Kerajaan

Beza Klinik Estetik Dan Spa

Menurut Dr Diana, ramai yang keliru perbezaan antara klinik estetik dan juga spa. Apatah lagi kini wujud pelbagai jenis pusat spa yang perkhidmatan disediakan juga sebenarnya berlainan antara satu sama lain.

“Pengguna kena faham perbezaan ini. Kalau klinik estetik kami diberi lesen yang diiktiraf oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan rawatan sebagai seorang doktor. Berlainan dengan pusat rawatan spa atau dikenali juga dengan Medi Spa. Mereka ini bukanlah klinik, walaupun ada menggunakan bahan medical tetapi ia tetap dipanggil sebuah spa.

“Jadi untuk membezakan klinik estetik dengan spa ini adalah registration di bawah KKM. Selagi tidak berdaftar di bawah KKM, panggilah Medi Spa, atau ada doktor tetapi tidak register KKM, tidak boleh dipanggil sebuah klinik.

“Ia tetap sebuah tempat spa dan hanyalah kedai biasa. Ramai yang tak faham dan tidak ambil peduli mengenainya (berkaitan bab registration KKM). Nak dapat registration ini memang caranya melalui KKM sahaja mengikut kriteria yang dibolehkan pihak berwajib.

“Kalau tiada registration KKM ia adalah sebuah kedai/perniagaan biasa. Tapi kalau muncul sebagai klinik tapi tak daftar dipanggil premis tidak berdaftar. Jika membabitkan perkhidmatan atau rawatan doktor premis itu perlu mendapatkan kelulusan KKM, jika tidak rawatan (suntikan atau pembedahan) itu salah dari segi etika perubatan sendiri,” ujarnya yang sebelum ini pernah berkhidmat selama 12 tahunsebagai doktor perubatan di sebuah hospital kerajaan dan swasta.

Beliau turut mengingatkan pengguna sebelum pergi mendapatkan mana-mana rawatan di klinik perlu pastikan adanya 3P. Pertama klinik berdaftar, doktor yang berdaftar dan juga rawatan yang dilakukan.

Dr Diana

Cara Rawat Jeragat Di Dr Diana Clinic

“Apa yang saya boleh simpulkan adalah jeragat antara yang sukar dirawat tapi boleh dirawat. Seseorang itu memang perlukan maintenance dan follow up berterusan. Ini kerana mereka yang alami masalah jeragat boleh berulang-ulang dapat semula sehingga dia tua. Diibaratkan seperti penyakit kronik jugalah. Soo bila hilang, tak jaga boleh datang balik.

“Sebab itu saya selalu pesan pada pesakit, apa-apa pun penting jaga kesihatan kulit. Tak guna spend banyak untuk rawatan tapi akhirnya masalah ini datang balik. Apa yang paling utama pakai sunscreen daripada muda, kalau boleh sejak usia 6 bulan ke atas.

“Anak-anak kita pun patut kat sekolah dah boleh start pakai. Contohi orang Korea sejak bersekolah lagi memang dah start diajar pakai sunscreen. Kalau ikutkan fizikal sunscreen yang paling bagus. Dan sekarang dah ada jenis hybrid (fizikal & chemical) pun ok juga untuk dipakai. Lebih elok daripada tak pakai langsung.

“Jenis ini bagi lebih perlindungan dan benefit untuk penjagaan kulit wajah. Tapi kalau yang ada alahan atau kulit sensitif, seperti wanita mengandung, lebih elok pilih yang fizikal sunscreen. Dan bagi yang gemar mekap, elok pilih chemical sunscreen kerana mudah ‘blend’ dan tak bercapuk pada wajah,” jelasnya yang turut menasihati pemakaian sunscreen diusia awal untuk elak masalah pigmentasi.

Antara rawatan diberikan

Menurutnya jika ada ada tompok gelap, kita tengok balik sunscreen itu cukup atau tidak pakai. Bagus atau tidak dan protection secara menyeuruh atau tidak. Paling bagus carilah yang ada kandungan SPF 30 ke 50 sesuai untuk keadaa cuaca di malaysia. Kandungan PA juga perlu cukup dan paling penting kena reapply.

Dan kalau berada di luar dalam cuaca panas, pastikan ada perlindungan seperti pemakaian payung, topi. Begitu juga jika kita tengok mak atau mak saudara ada masalah jeragat, memang perlu jaga kulit wajah lebih awal. Elakkan terus berpanas, pakai sunscreen dan rutin penjagaan wajah yang basic. Apa yang penting pemakaian sunscreen perlu dijadikan amalan harian seperti kita menggosok gigi.

Tanpa alatan menyakitkan

Tak Pakai Sunscreen Penyebab Kanser

Dr Diana turut menjelaskan tidak memakai sunscreen juga risiko berlakunya kanser kulit. Kalau tak pakai dan terdedah cahaya matahari, jadi trigger berlakunya masalah ini. Bukan itu sahaja jeragat juga boleh jadi penyebab kepada masalah kanser kulit. Salah satu untuk mencegahnya adalah kena pakai sunscreen sebagai perlindungan.

:Jika ditanya pada saya, dalam rutin penjagaan harian itu yang mana lebih penting saya akan beritahu penggunaan sunscreen. Tak kisah cuci muka guna air paip sekalipun janji pakai sunscreen. Banyak jenis sunscreen yang dijual sekarang, jadi tiada alasan malas untuk pakai. Boleh juga latih anak-anak yang masih kecil untuk start pakai setiap kali keluar pergi sekolah,” jelasnya sebelum mengakhiri berbualan.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan rawatan di Dr Diana Clinik boleh pergi di cawangan ini:

1. Dr Diana Clinic (Seremban)

Bandar Baru Senawang  (Bersebelahan Mydin Senawang N9

2. Dr Diana Clinik (Bangi) 

Sunway Gandaria  (Waze Zus Coffee Bangi)

Waktu Operasi:

Seremban : Isnin -Sabtu  (9.30 pagi – 6.00 petang) Ahad (Tutup)

Bangi: Isnin – Ahad  (9.00 pagi – 5.30 petang) Rabu (Tutup)

Buat temujanji sebelum datang

Baca Juga: Berak Berdarah: 6 Punca, Gejala & Cara Rawatan Paling Berkesan

Leave a Comment

error: Content is protected !!